BAB 63

3.8K 195 57
                                    

Sandra masih menggaru-garu leher dan wajah. Tangannya dan dadanya turut tidak terkecuali. Bintik-bintik merah mula muncul pada kulitnya, malah sudah ada bahagian kulitnya berdarah akibat digaru. Gatal pada kulitnya tidak dapat dicakap.

"Bodohnya aku! Kenapa aku cium jantan tadi tu? Kan dah alergik sebab nescafe! Benci betul!"raung Sandra. Tidak tertahan rasa gatal yang menyerang kulit tubuhnya. Langkah kaki dihayun keluar dari bilik tidurnya. Hampir seluruh kabinet dapur digeledahnya mencari sesuatu.

"Sandra cari apa ya? Boleh Aunty bantu?"tegur Izzah. Izzah menoleh dengan kerutan di dahi. Tangan Sandra masih lagi menggaru lehernya.

"Sandra cari ubat Aunty. Sandra terkena alergik. Gatal sangat."adu Sandra.

"Lah macam tu. Duduk dulu, biar Aunty ambilkan. Dah habis kulit luka sampai macam tu."arah Izzah. Belum sempat Sandra melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia terbaring tidak menyedarkan diri di atas lantai.

"Ya Allah! Iydan! Iydan! Tolong Aunty angkat Sandra pergi bilik rawatan sekejap. Dia pengsan."pinta Izzah melihatkan Iydan yang kebetulan lalu. Biasalah baru pulang dari tapak latihan pengawal.

Keesokkan paginya, Sandra membuka perlahan matanya apabila terasa silauan cahaya matahari mula menerobos masuk melalui pintu gelangsar. Lehernya yang masih terasa gatalnya digosok seketika.

"Pedih betul."gumam Sandra sambil meniup lengannya yang luka.

"Sikit je pun dah pedih. Kalau bunuh lagi sakit."suara Ariz menyindir menyentakkan Sandra. Reaksinya yang pada mulanya cuak sedaya updaya ditutup.

"A-apa maksud kau?"soal Sandra tergagap-gagap.

"Huh! Kau apa hal sampai tergagap-gagap macam tu? Kau fikir nak bunuh orang ke?"

"Err bu-bukanlah! Aku ingatkan kau nak bunuh aku tadi."Sandra memberi alasan.

"Buat apa aku nak bunuh orang tak bersalah? Macam bodoh je ada akal pun."sindir Ariz pedas. Rahsia Sandra semalam masih belum diberitahu kepada sesiapa selain Aarash. Sandra diam malas mahu melayan.

"Eh baru tinggal sekejap nak cari ubat, dah rancak berbual ya? Ni mesti ada sesuatu ni."tegur Fatin mengusik.

"Tak ada lah Mak Cik. Budak ni sampai bila duduk dekat istana? Kenapa dia tak balik rumah sendiri?"soal Ariz tidak bertapis di hadapan Sandra. Bengangnya terhadap Sandra masih lagi menggunung. Sudahlah mencabul bibir sucinya, boleh pula buat rancangan jahat dalam istana.

"Eh Ariz ni! Yang tu tanya Uncle Hakim. Mak Cik tak tahu."balas Fatin lembut.

"Okey. Riz keluar dulu Mak Cik."Ariz terus beredar dari situ. Sandra hanya memandang Ariz dengan perasaan geram.

"Dia ni kalau aku bunuh awal-awal memang mampuslah."getus hati Sandra. Rasa benci meluap-luap dalam dirinya kepada Ariz. Ariz seakan-akan ingin menghalang rancangannya untuk membunuh mereka semua.

"Maaflah Ariz memang macam tu. Nampaknya alergik Cik Sandra dah berkurang. Tolong jangan garu ya. Nanti luka pula. Dan yang peliknya macam mana lebam Cik Sandra boleh surut eh? Setahu saya jika terkena racun itu, lebam akan bertambah."ujar Fatin pelik.

"Tak apa. Eh iya ke? Saya tak tahu pun."Sandra tersengih kecil. Tekaknya terasa seperti ingin mengeluarkan sesuatu, lantas kaki dihayun menuju ke arah tandas. Cecair merah kehitaman dimuntahkan ke dalam mangkuk tandas.

"Nampaknya racun tu dah keluar. Nasib baik aku. Thanks to papa!"getus hati Sandra yang sudah bersorak riang itu. Mulut dibasuh kemudian langkah kaki dihayun menghampiri Fatin yang menunggu di luar pintu tandas.

"Cik Sandra okey tak?"soal Fatin dibalas anggukan kecil daripada Sandra.

•••

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang