BAB 32

4.4K 214 68
                                    

Aarash terduduk lemah di atas kerusi. Wajah ummi yang dikasihinya dipandang penuh sebak. Kenapa satu demi satu insan yang disayanginya hendak meninggalkan dia?

"Racun apa yang perempuan tu bagi dekat ummi, Uncle?"soal Aarash tanpa menoleh memandang wajah Zack. Matanya masih memandang wajah Maira yang tidak sedarkan diri.

"Uncle pun tak tahu. Tadi sebelum ummi Rash minum air tu, Uncle dah suruh perempuan tu minum dulu. Tak ada apa-apa terjadi pun pada dia. Tapi bila ummi Rash minum, jadi macam ini pula."jelas Zack. Dia turut bersedih melihat Maira yang terbaring tidak menyedarkan diri seperti itu. Sepatutnya dia lebih berhati-hati.

"Uncle ada cedera dekat mana-mana?"soal Aarash lagi. Wajah Zack yang dianggap sebagai bapa saudaranya sendiri itu dipandang. Dia cukup mengenali kelima-lima pengawal peribadi Maira kerana sejak kecil lagi mereka berlima melindungi keluarganya.

"Tak ada. Irfan, kau jaga Ratu sekejap. Aku nak telefon Mike."arah Zack. Irfan hanya menurut dan berjaga di sebelah Maira.

"Bersabar ya Rash. Dah makan belum ni?"soal Irfan prihatin.

"Dah tadi. Uncle duduklah, Rash nak cari Haziq sekejap."pamit Aarash. Dia terus beredar dari situ menuju ke bilik kerja Haziq. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebaik sahaja masuk.

"Kau kenapa muka sedih je? Lyza marahkan kau ke?"soal Haziq dengan dahi berkerut.

"Bukan, tapi ummi aku. Ummi aku dekat luar Ziq. Dia tenat sebab kena racun dekat seseorang tadi."ujar Aarash sebak. Setitik air matanya jatuh ke pipi.

"Astaghfirullah al azim."mengucap Haziq. Terkejut dia mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Aarash.

"Kenapa Dia nak tarik semua orang yang aku sayang Ziq? Baba aku pun Dia tarik semasa aku perlukan kasih sayang dia."ujar Aarash sebak. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Semua yang terjadi ni mesti ada hikmahnya. Tabah ya."kata Haziq. Bahu sahabatnya itu digosok memberi kekuatan. Mendengar ketukan di pintu, Haziq menoleh memandang ke arah pintu.

"Siapa dekat luar?"soal Haziq.

"Lyza. Ellyza Izziana."balas Ellyza dari luar.

"Aku tinggalkan kau dengan isteri kau dalam ni. Aku keluar dulu."ujar Haziq. Dia terus keluar dari bilik. Ellyza dipelawanya masuk.

"Abang?"panggil Ellyza. Wajah suaminya yang menunduk itu dipegang lalu diangkat. Air mata yang tersisa di pipi disekanya lembut. Aarash terus memeluk pinggang Ellyza dengan wajah yang disembamkan pada perut Ellyza. Ellyza hanya membiarkan Aarash melepaskan tangisannya sehingga dia bertenang sendiri.

Jujur dia tidak pandai memujuk. Dia sendiri juga turut bersedih melihat Maira jadi seperti itu. Melihat diri Aarash seperti ini, lagilah dia sedih. Tidak boleh dibayangkan jika dia yang berada di tempat Aarash. Berat sekali dugaan yang dihadapi oleh suaminya.

"Lyza tak pandai pujuk, tapi abang kena kuat. Ummi mesti tak suka tengok abang lemah macam ni. Tak apa kalau abang nak menangis. Nak luahkan dekat Lyza pun boleh, tapi nanti ya? Alex cakap ummi dah sedar. Jom kita pergi tengok dia."ujar Ellyza.

"Ummi dah sedar?"soal Aarash. Ellyza hanya mengangguk kecil.

"Okey jom kita pergi tengok."Aarash sudah berdiri ingin keluar. Laju Ellyza menghalang.

"Sekurang-kurangnya basuhlah muka tu. Sembab sangat. Sedih ummi tengok nanti."ujar Ellyza. Aarash hanya menurut. Usai sahaja membasuh muka, dia terus berjalan menghampiri Maira dengan senyuman di bibir.

"Ummi."Aarash memeluk Maira seketika. Sempat dia melabuhkan ciuman di pipi ummi tersayang.

"Ya sayang? Hmm lepas ni abang kena jaga kakak dengan adik tau?"Maira menggosok lembut belakang badan Aarash.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang