BAB 67

4.3K 213 67
                                    

Sandra merengus geram. Sudah hampir seharian dia dikurung. Makan minum pula hanyalah di dalam bilik, namun makanan itu langsung tidak disentuhnya. Dia cuma mahu keluar daripada bilik itu untuk berjumpa papanya, Tengku Aizat untuk menanyakan perihal sebenar.

"Mari keluar."suruh Sarah dengan nada datar seakan dingin. Sudah hilang kelembutan dan senyumannya pada Sandra apabila tahu Ariz sudah diracun oleh Sandra. Sandra hanya akur mengikuti Sarah ke ruang tamu. Ariz yang tersandar lemah di bahu Puan Isya sempat dipandangnya sekilas.

"Duduklah."arah Izzuan. Sandra mengeluh halus. Dia duduk di tepi Aisyah.

"Kamu semua nak apa lagi?"soal Sandra malas.

"Kami cuma nak jelaskan hal yang sebenar Sandra. Sekurang-kurangnya dengarlah dulu. Dengar penjelasan daripada pihak kami juga, tapi kami nak Sandra jelaskan punca yang Sandra cakap kami bunuh mama Sandra. Kenapa kami nak bunuh mama Sandra?"ujar Eyliz berlembut.

"Mama simpan satu rahsia gelap kamu semua. Sebab itulah kamu semua bunuh mama."

"Tapi kami sendiri pun tak kenal mama Sandra dan pasal rahsia gelap tu. Rahsia gelap apa? Kami tak ada rahsia seperti itu pun. Mungkin Tengku Aizat yang memutar belitkan cerita tu."ujar Hakim.

"Kenapa mesti papa yang disalahkan? Papa baiklah!"bentak Sandra.

"Tengku Aizat tu jahat Sandra. Semua adik-beradiknya mati kerana pemberontakan yang dia lakukan semata-mata untuk mendapatkan takhta. Bapa Tengku Aizat tak bagi takhta kepadanya sebab takut Tengku Aizat menggunakan kuasa tu sesuka hati dia. Kalau itu terjadi, satu Florensia akan musnah.

Tapi Tengku Aizat tetap berdegil. Semasa pemberontakan itu berlaku, dia kejar kereta yang dinaiki oleh Tengku Firash dan dua adik-beradik dia yang lain sehinggalah kemalangan. Sebab itu kami sangka dia dah meninggal."cerita Izzuan.

"Aku tak tahu nak percayakan kamu semua atau tak."balas Sandra dengan kepala yang tertunduk menekur lantai. Terasa mahu pecah otaknya memikir apa yang terjadi sebenarnya. Mellysa bangun dan bergerak ke sebelah Sandra.

"Cubalah percaya. Nanti kebenaran yang sebenar akan terbongkar juga."ujar Mellysa. Bahu Sandra digosoknya perlahan cuba menenangkan gadis itu yang sudah mula teresak-esak. Sedih memikirkan mamanya yang sudah tiada itu. Tautan tangan Mellysa dilepasnya lalu Sandra ke hadapan Ariz. Plastik kecil dari poket seluarnya dikeluarkan.

Tangan Ariz ditariknya perlahan, namun laju Ariz menepis. Dalam hati, Ariz sudah menyumpah seranah akibat kegeraman. Suka hati mak bapak dia sahaja sentuh-sentuh tangan orang. Sandra mencebik kecil lalu menarik sekali lagi tangan Ariz.

"Sinilah tangan kau. Aku cuma nak bagi benda ni. Tempoh hari aku kiss kau tak pula kau lari. Ni aku sentuh sikit je pun tangan kau."ujar Sandra. Ariz membulatkan matanya. Selamba dek sahaja Sandra menyebut perihal itu di hadapan keluarganya. Tiada rasa malukah dia?

"Kau tu yang gila! Suka hati je rogol bibir aku!"geram Ariz. Sandra menjentik dahi Ariz kuat.

"Kau guna istilah yang salahlah! Ni mesti tak lulus bahasa melayu! Daripada aku rogol bibir kau tu, baik aku rogol tuan punya badan!"ujar Sandra bengang. Cium sahaja pun sudah kata orang rogol bibir dia.

"Sabar je lah aku dengan budak-budak ni. Menyempat sungguh dirty talk. Dahlah aku tengah ganti puasa."getus hati Puan Melinda.

"Choii mulut! Dah tak betul perempuan?"geram Ariz.

"Malaslah aku nak bergaduh dengan kau. Kau tahukan ni penawar dia? Rebuskan je lepas tu minum."ujar Sandra. Tangan Ariz dilepaskan lalu dia beredar ingin keluar dari istana.

"Woi kau nak pergi mana?"jerit Ariz.

"Baliklah!"balas Sandra lantang. Baru dua langkah dia berjalan keluar dari pintu istana, lehernya dicekik oleh satu tangan kasar sehingga mendorong dirinya masuk ke dalam semula.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang