Airish mengusap perlahan tangan kecil bayi lelaki itu. Satu senyuman terbentuk di bibirnya saat mengamati wajah comel milik bayi itu. Alangkah indah jikalau dia mempunyai anak sendiri.
"Kesian dia kan abi? Comel-comel macam ni kena buang tepi jalan. Tak boleh ke kita bawa dia balik? Rish nak jaga dia. Dia comellah."ujar Airish.
"Hmm boleh juga daripada abi letak dia dekat rumah anak yatim."balas Hannif.
"Rumah anak yatim? Aishh kesian lah dia abi. Haihhh!"Airish menjeling tajam ke arah Hannif. Hannif hanya tergelak kecil.
"Gurau je lah. Ni kalau baby nak jaga dia, baby nak jaga sebagai apa? Anak angkat?"soal Hannif. Tangannya naik memaut bahu Airish.
"Hmm nice! Jadikan dia anak angkat kita boleh? Dia kan comel. Kesianlah tak ada ibu. Ayah dia pun buang dia tadi."ujar Airish.
"Okey."balas Hannif sepatah. Bunyi derapan tapak kaki kedengaran. Airish dan Hannif menoleh ke arah doktor dan beberapa orang jururawat yang mara ke arah mereka berdua.
"Apa keadaan bayi ni doktor?"soal Hannif.
"Syukur bayi tak ada pendarahan di bahagian kepala, cuma lebam sikit bahagian tepi kepala. Bahagian perut dia tu tolong berjaga-jaga. Baginya, mungkin teramat sakit dengan lebam macam itu. Mungkin kerana hentakkan benda keras itu terlalu kuat."jelas doktor bernametag Kavita.
"Ouh macam tu. Umur bayi ni berapa bulan agaknya doktor? Baru lagi nampaknya."soal Hannif.
"Kalau ikutkan anggaran saya, bayi ni mungkin berusia dua atau tiga minggu sebab dia nampak kecil lagi. Macam baru dilahirkan pun ada."jelasnya lagi.
"Baiklah doktor."balas Hannif pendek.
"Bayi ni boleh balik pagi esok dan make sure Tuan Putera ambil ubat di kaunter nanti."ujar Doktor Kavita sebelum beredar.
"Abi."panggil Airish.
"Iya? Baby penat? Nak baring? Ke baby lapar?"soal Hannif.
"Taklah tapi betul ke lelaki tadi tu ayah dia? Macam tak je. Ermm lepas tu, manalah tahu ibu dia masih hidup lagi."duga Airish.
"Nanti abi cuba siasat. Buat masa ni kita jadikan dia anak angkat eh? Kesian tak ada orang jaga dia."ujar Hannif. Airish mengangguk dengan senyuman lebar.
"Rish baringlah dulu. Katil kan luas tu. Abi nak keluar beli makanan sekejap."kata Hannif.
"Boleh ke abi? Tepi baby ni? Nanti dia sakit pula. Kesianlah dia."soal Airish. Bimbang betul dia akan sakitkan bayi kecil itu.
"Iya betul. Cubalah baring sebelah dia. Baby kan dah jadi mama dia sekarang."balas Hannif. Airish hanya menurut dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
"Okey dah selesa? Abi nak pergi dah ni. Baby tidurlah dulu."kata Hannif.
"Hati-hati abi. Assalamualaikum."ucap Airish.
"Waalaikummusalam."balas Hannif.
Kereta diparkir elok di hadapan pasaraya. Poket seluar diseluk lalu telefon dikeluarkan. Nombor Puan Zhurah didailnya.
"Hello mama."sapa Hannif.
"Iya? Nif melencong pergi mana tak balik lagi ni?"soal Puan Zhurah dalam talian.
"Nif pergi hospital tadi. Esok Hannif cerita okey? Sekarang ni Hannif ada dekat pasaraya, nak minta tolong mama sikit."
"Minta tolong apa?"
"Tolong Hannif cari susu baby. Sekejap."pinta Hannif. Dia keluar daripada kereta lalu masuk ke dalam pasaraya. Panggilan Puan Zhurah tadi ditukar kepada panggilan video.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasy[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...