BAB 73: ENDING

8.6K 297 141
                                    

Riuh halaman istana dengan gelagat penghuninya. Ada yang menyusun meja dan kerusi, ada yang sibuk dengan hal sendiri. Di dalam pula riuh dengan suara kaum hawa yang sedang bersembang. Hampir setahun semenjak kejadian itu berlaku, masing-masing hanya meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Mak Lang!"panggil Amelia sedikit kuat.

"Haa apa dia?"soal Airish. Mulutnya langsung tidak berhenti bergerak daripada mengunyah biskut yang dicelup dengan air susu.

"Mak Lang! Rindunya Mak Lang!"Amelia memeluk erat tubuh Airish.

"Eh sudah-sudah! Tercekik isteri Pak Lang nanti!"Hannif menampar belakang badan milik Amelia. Geram pula dengan sikap Amelia yang memeluk Airish tiba-tiba. Sudahlah Airish sedang makan. Dibuatnya Airish tercekik, entah apa yang akan dibuatnya nanti.

"Sibuklah Pak Lang ni. Alolo baby! Besarnya dia! Mesti sihat ni kan?"perut Airish diusapnya.

"Iya sihat sangatttt macam mama dia."Hannif membalas.

"Lia, kau tak janggal panggil kak Airish tu Mak Lang?"soal Medina. Amelia lantas menggeleng.

"Tak pun sebab dia memang dah jadi Mak Lang aku."balas Amelia.

"Sini biar Rish potong bawang tu. Tak elok biarkan Rish goyang kaki je "ujar Airish. Bosan juga dirinya asyik makan, rehat, makan, rehat sahaja sepanjang hari kerana Hannif merampas segala kerja yang mahu dibuatnya. Mahu merajuk, Hannif pandai memujuknya dengan makanan.

"Haa tak boleh! Biar abi je yang buat. Jangan gatal-gatal nak buat kerja!"larang Hannif. Tangan Airish yang tadinya mengelap pipi Hannif yang basah dengan air mata, mula menarik kuat pipi Hannif. Geram betul! Potong bawang tidak sampai sepuluh minit sudah menangis.

"Aduh! Sakitlah sayang!"Hannif mengusap pipinya perlahan.

"Padan muka. Itulah degil lagi. Dah tahu mata tu pedih, nak buat lagi. Orang nak tolong pun kedekut."perli Amelia.

"Amboi dia! Pak Lang humban dalam kolam nanti baru tahu."

"Dah-dah tak payah gaduh. Mari sini Rish buat."Airish menghulurkan tangannya meminta pisau yang dipegang oleh Hannif.

"No means no!"Hannif masih lagi berdegil dengan keputusannya.

"Hannif, bagi je lah Rish buat. Dia cuma potong bawang je. Bukannya nak pergi membunuh."tegur Puan Isya. Naik pening dirinya melihat Hannif dan Airish yang asyik berebut mahu membuat kerja sepanjang hari. Dia mahu makan kerepek pun tidak senang!

"Haa dengar tu abi. Dah biar Rish yang buat. Rish merajuk nanti padan muka."ujar Airish.

"Iyalah."Hannif membalas dengan nada pasrah. Pisau diberi kepada Airish dengan muka cemberut.

"Haa kan senang kalau Uncle buat macam tu."

"Diamlah Dina. Dah pergi sana! Uncle nak bermanja dengan isteri Uncle."halau Hannif. Dia mula menempel di bahu Airish.

"Haa bermanjalah puas-puas! Nanti anak keluar, Uncle kesepian balik."Medina ketawa puas melihat muka cemberut Hannif. Langkah kaki dihayun menuju ke ruang tamu tanpa menghiraukan Hannif.

"Seriuslah? Menyesal pula nak ada anak."gumam Hannif. Automatik tangan Airish naik menampar bahu Hannif.

"Eh, eh abi ni! Jangan macam-macam eh."Airish sudah membuat muka garangnya.

"Mana ada macam-macam. Alaa nanti baby keluar, janji dengan abi yang sayang tak akan abaikan abi walaupun seminit je tau?"

"Habis tu baby siapa nak layan kalau Rish asyik layankan abi je?"soal Airish.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang