BAB 33

4.3K 193 37
                                    

Hanna duduk bersila di atas kerusi di hadapan Aryyan. Rindu pula dekat budak chubby ini. Dia datang ke istana hari ini pun semata-mata untuk menguruskan pengembumian Maira. Kalau tidak, memang tidaklah dia mahu datang kerana sibuk dengan kerja.

"Hai handsome! Dah makan ke belum? Monyok je muka ni."tegur Hanna ceria.

"Ryyan tak nak makan. Ryyan nak tidur. Tata Mak Cik Hanna."Aryyan melambaikan tangannya ke arah Hanna. Dia berjalan menuju ke ruang tamu kemudian berbaring di atas sofa. Mata dipejam rapat dengan kepala yang berbantalkan paha Mellysa. Mellysa mengusap lembut kepala Aryyan lalu mulutnya mengeluarkan bunyi cuba mendodoikan Aryyan.

Sementara itu Hanna pula sudah terlopong. Untuk pertama kalinya Aryyan memanggil dirinya Mak Cik. Medina dan Syahez sudah menahan ketawa. Macam mana mahu ketawa kuat-kuat kalau mereka masih lagi sedang berkabung.

"Aku tua sangat ke Dina? Baru 26 tahun je pun."soal Hanna perlahan. Medina selamba mengangguk.

"Dah ada kedut dekat tepi mata."Syahez pula membalas. Sengaja mahu menaikkan kemarahan Hanna sebenarnya.

"What? Seriuslah? Ah tak boleh jadi! Rosak imej!"Hanna terus beredar.

"Kedut aje pun."Syahez menjuihkan bibirnya.

"Biasalah perempuan kan. Lembut je, mesti tak nak kedut. Tengok aku ni happy je ada kedut ke tak ada kedut hmm."bangga seketika Medina. Tidak semena-mena satu jentikan padu di tepi kepalanya yang mampu membuatkan otaknya bergegar diberikan oleh Syahez.

"Bangga sangat. Habis tu kau nak kata yang kau ni bukan perempuanlah? Payudara tak jadi nasi lemak ke?"soal Syahez tidak bertapis.

"Woii mulut! Aku rasa nak belasah kau sampai lunyai tau?"geram Medina. Pipinya mula memerah apabila Syahez menyebut perihal benda peribadinya. Dasar lelaki mulut tiada insurans huwa! Raung Medina dalam hati.

Syahez hanya membuat muka jelek. Diam sahaja kedua-dua mereka saling merenung tajam satu sama lain, namun di bawah meja makan jangan cakap riuhnya. Masing-masing berlawan kaki. Si Medina cuba memijak kaki Syahez, tetapi tiap kali itulah Syahez mengelak.

Bergegar meja makan yang panjang itu dibuat mereka. Dua orang dayang yang melihat tingkah laku mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Mereka sendiri pun sudah masak dengan perangai dua makhluk itu. Mendengar ketukan pada meja, mereka berdua lantas menoleh dan menghentikan renungan tajam mereka.

"Jangan renung lama-lama, nanti jatuh cinta."ujar Ellyza tersengih. Syahez tersengih pelik manakala Medina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu mahu membalas apa. Kalau dibalas nanti, lagi teruk usikan Ellyza.

"Dina, Aryyan mana?"soal Ellyza mengubah topik. Dia mula bergerak ke peti ais. Tangannya lincah mencari bahan untuk memasak.

"Dekat ruang tamu dengan mama, dia tidur."balas Medina. Dadanya masih berdebar dengan apa yang dikatakan oleh Ellyza seketika tadi. Bernasib baiklah tidak kantoi.

"Lah tidur dah. Nanti suruh dia makan dulu sebelum masuk tidur dalam bilik. Aunty Eyliz yang pesan. Ni Syahez, teman Aryyan tidur dalam bilik eh? Kesian dia tidur seorang diri. Ajaklah Iyfan ke sesiapa lagi teman sekali. Jangan ajak perempuan sudah. Kalau tidak, esok kak Lyza ketuk kepala tu sampai bengong."ujar Ellyza.

"Baik bos. Medina sayang, jangan rindu aku nanti tau?"kata Syahez sebelum dia berdesup laju berlari ingin menghilangkan diri.

"Syahez tak guna!"jerit Medina. Ellyza yang berada di situ sudah mengukirkan senyuman penuh makna.

"NURAIN MEDINA!"kuat terdengar jeritan Mellysa dari ruang tamu. Medina sudah menggigit lidahnya. Lupa pula Mellysa berada di ruang tamu. Ini kalau Mellysa duduk dekat tepi dia, sia-sia sahaja kena piat telinga.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang