BAB 03

4.9K 230 27
                                    

"Sofia, sinilah. Sudah-sudahlah tu duk jeling dia. Tak jadi apa pun kalau kau jeling dia tu."tegur Airish. Geram pula dia dengan sahabatnya itu. Mata tidak lepas menjeling Zahra yang sedang mewarnakan kuku. Bukannya mahu tolong pasang khemah sekali.

"Minah tu buat aku bengang. Sibuk dengan kuku dia entah apa-apa. Khemah tak tolong pasang. Woii betina, malam ni kau tidur atas rumput!!"ujar Sofia geram. Zahra hanya buat tidak tahu. Malas mahu bertikam lidah. Airish sudah menggelengkan kepalanya dengan perangai Sofia.

"Rish!! Rish!! Sini sekejap!!"panggil Iydan sedikit kuat memandangkan mereka berada sedikit jauh. Zahra yang sedang mewarnakan kukunya itu lantas menjeling Airish.

"Mulalah tu mood gatal dia."omel Zahra perlahan.

"Apa dia?"soal Airish setibanya di hadapan mereka.

"Tolong Lyza kutip kayu api boleh tak? Aku nak pergi cari Cikgu yang bertugas sekejap."pinta Iydan.

"Okey boleh, tapi Sofia tu macam mana? Kesian dia pasang khemah seorang diri."Airish memandang ke arah Sofia yang sedang memasang khemah itu sekilas.

"Nanti aku uruskan. Tak payah risaulah."balas Iydan yakin. Airish mengangguk kecil lalu mengikuti Ellyza masuk ke dalam hutan. Mereka masuk ke dalam hutan tidak jauh sangat pun. Bimbang tersesat kerana hari sudah pun hampir senja.

"Cari kayu pun kena masuk hutan ke? Kenapa tak kutip dekat tepi je? Kan ada banyak kayu."soal Airish pelik. Tidak akanlah Ellyza tidak nampak kayu dekat luar itu sedangkan dia sendiri yang pijak. Banyak pula tu.

"Itu, nak jumpa kau. Aku pergi dulu."pamit Ellyza. Airish menoleh ke arah Aarash yang tersengih.

"Abang!! Nak jumpa pun, perlu ke dekat hutan?"soal Airish yang mula geram. Suka betul buat hal si Aarash ini. Mahu sahaja dia jentik dahi kembarnya itu.

"Habis tu dekat mana? Dekat depan mereka semua?"duga Aarash. Airish dipeluknya erat. Jarang sungguh dapat meluangkan masa dengan kembarnya di sekolah.

"Janganlah, nanti terbongkar. Pelajaran Airish pun terganggu nanti."larang Airish. Pelukan Aarash tetap dibalasnya. Manja!

"Kalau macam tu lebih baik kan? Daripada Zahra asyik kacau kakak teruk sangat sampai macam ni."balas Aarash selamba.

"Alah biarlah dia. Kakak malas nak bahaskan isu tu. Ni abang sibuk-sibuk peluk kakak, dahlah tu. Nanti orang nampak."Airish mencucuk-cucuk pinggang Aarash membuatkan Aarash ketawa kegelian. Tempat sensitif!

"Jangan cucuk situlah. Nanti abang cucuk perut kakak baru tahu. Sini, sini, sini."Aarash mencucuk perut Airish tiga kali membuatkan Airish terkekek ketawa. Kalau Aarash di pinggang, Airish pula di perutnya. Bunyi seseorang terjatuh membuatkan Airish dan Aarash terdiam.

"Siapa tu?"soal Aarash sambil matanya meliar ke kawasan sekelilingnya. Ternampak sahaja Zahra yang sedang lari dari satu tempat di situ, bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Abang ni kenapa senyum macam tu?"soal Airish pelik.

"Ada hantu tadi. Tu yang abang senyum macam tu."usik Aarash. Terjerit kecil Airish, laju tangannya memeluk tubuh Aarash. Takut!! Mulalah Aarash ketawa tidak ingat dunia.

"Jomlah keluar. Takutlah."ajak Airish. Mahu menangis rasanya diusik sebegitu.

"Iyalah jom. Nak abang dukung ke?"usik Aarash lagi.

"Tak naklah. Jom..."gesa Airish. Tangan Aarash digenggamnya erat. Hampir sahaja keluar dari hutan, Airish menjarakkan sedikit dirinya dari Aarash.

"Rish! Haduh merata aku cari kau. Dalam hutan rupanya. Cedera tak?"soal Sofia risau. Tangan Airish dibelek-beleknya. Sofia sememangnya seorang yang penyayang. Tidak salah lagi Airish memilih kawannya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang