BAB 26

4.2K 186 11
                                    

"Kau tak guna!!"Mawar memberikan tendangan padu ke dada Zahra. Membuak rasa amarahnya melihat apa yang telah dilakukan oleh Zahra. Dada Zahra dipijaknya kuat sehingga Zahra mengetap gigi menahan sakit.

"Kau pura-pura ambil hati aku untuk semua ini? Kau memang bodohlah!"mulalah pelbagai carutan keluar dari mulut Mawar. Tidak diendahkan Qayyum yang mendengar. Kena marah dekat bapa dia itu letak tepi dahulu.

"Baby... Hey jangan tutup mata dulu!"Hannif menepuk perlahan pipi Airish. Air mata lelakinya mula keluar mengalir jatuh ke pipi.

"Kakak..."Maira mengusap kepala anaknya dengan tangisan. Perit sekali hati Airish melihat tangisan umminya. Dia tidak sanggup melihat mutiara berharga itu jatuh.

"Um–ummi jangan nangis. Uhuk! Uhukk!"Airish terbatuk-batuk kecil.

"Abi, Rish minta maaf. Tadi Rish keluar sebab nak min–minta maaf dekat abi. Rish tak sengaja tinggikan suara. Zahra cuba buat benda tak baik pada abi dan ummi."jelas Airish.

"Iya abi maafkan."Hannif menganguk kecil. Airish mula memejamkan matanya. Tidak dapat dibendung lagi sakitnya dan deruan nafasnya dirasakan kian memberat.

"Baby? Baby?"Hannif mula menggoncang bahu Airish, tetapi langsung tiada tindak balas.

"Uncle, ambulans dah sampai. Bawa kakak masuk cepat!"ujar Aarash. Hannif hanya menurut. Dia, Aarash dan Maira turut memasuki ambulans itu.

"Kau perempuan paling bodoh aku pernah jumpa! Tak guna! Bangang!"Mawar melayangkan dua tumbukan ke pipi Zahra.

"Mawar, sudahlah tu."Qayyum cuba menghentikan. Bahu Mawar dipegangnya cuba menenangkan.

"Mawar takut abah. Kesian kak Airish."Mawar mula menangis di bahu Qayyum. Belakang badan Mawar diusap Qayyum lembut ingin menenangkan anaknya.

"Ellyza mana? Tak ada nampak pula dia."ujar Eyliz risau. Sejak petang tadi tidak kelihatan pula kelibat anak sulungnya itu.

"Kak Lyza keluar. Dia balik esok katanya sebab ada urusan penting. Abang Aarash memang dah bagi izin petang tadi."jelas Izwan.

"Dah jom pergi. Hakim, kau uruskan perempuan ni."arah Qayyum. Sempat Mawar menendang bahagian pinggang Zahra dengan kuat.

"ARGH!"jerit Zahra yang kesakitan.

"Untuk pengetahuan kau, sakit yang kau rasakan tu, tak sesakit yang kak Airish rasakan!"Mawar terus beredar dari situ bersama Qayyum.

"Kawal lah sikit baran tu."Qayyum menggosok lembut kepala Mawar. Haih... Kalau dibiarkan jadi jantan terus, siapalah yang mahu kahwin dengan anak dia nanti.

"Ryyan jom masuk."ajak Atif. Bahu Aryyan dipegangnya. Aryyan yang sedari tadi terkaku itu menoleh memandang Atif membuatkan Atif menelan air liur. Aryyan kelihatan seperti Harrash yang di dalam kemarahan yang terselit kesedihan di sebalik iris mata yang sudah bertukar biru seakan kehitaman.

"Izz,"panggil Atif sedikit kuat. Izzuan terus menghampiri Aryyan dan Atif.

"Kenapa?"soal Izzuan sepatah.

"Kau tengok Aryyan. Dia macam baba dia. Aku rasa dia warisi benda tu dari baba dia."ujar Atif. Izzuan tersentak melihat iris mata Aryyan.

"Hey bertenang. Kakak okey. Abang dah bawa pergi hospital."Izzuan menyeka lembut air mata Aryyan.

"Perempuan tu buat kakak sakit kan?"soal Aryyan dengan nada suara yang tertahan-tahan. Gigi diketap kuat menahan amarah.

"Nanti kita bincang pasal tu. Mari masuk. Kakak dengan ummi tak suka Ryyan marah-marah dan duduk dekat luar macam ni."pujuk Atif. Iris mata Aryyan mula berubah tenang menjadi coklat.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang