BAB 13

4K 189 8
                                    

Airish mengukirkan senyuman sebelum menyambung langkahnya menghampiri dapur. Pinggang wanita yang berdiri di hadapannya dipeluk erat sehingga mengejutkan sedikit wanita itu.

"Kakak? Terkejutlah ummi. Kakak ni dah kenapa?"soal Maira lembut.

"Tak ada apa. Morning Tok Nek, Nek Ngah. Ummi masak apa ummi? Kakak nak tolong ni."ujar Airish. Sempat dia menyapa Puan Isya dan Puan Melinda sekali.

"Ummi goreng ayam je. Boleh kakak potong sawi atas meja tu? Ummi nak buat sup."pinta Maira. Airish hanya mengangguk. Tangan dibasuh sebelum Airish mula melakukan kerjanya.

"Hai baby... Rajin potong sayur."tegur Hannif. Air mineral sejuk di dalam peti diambilnya lalu diteguk rakus. Dahaga pula selepas bersenam.

"Err hmm."balas Airish perlahan. Hampir tidak kedengaran suaranya. Airish mengedipkan matanya beberapa kali apabila pandangannya kelihatan berbalam.

"Auch."Airish mengaduh kesakitan apabila dia terpotong jarinya. Hannif yang kalut tidak tersengaja memegang tangan Airish.

"Baby kenapa cuai sangat?"ujar Hannif dengan nada marah. Airish hanya diam. Suara Hannif seakan berdesing baginya. Tangan Hannif ditepisnya menepis kasar. Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci sebelum dia rebah tidak menyedarkan diri.

"Baby! Baby!"berkali-kali Hannif mengetuk pintu bilik Airish. Fikirnya Airish merajuk dengannya kerana dia tertinggikan suara sebentar tadi.

"Kakak? Kakak kenapa ni kakak? Buka pintu ni kakak!"giliran Maira pula mengetuk pintu.

"Kenapa ni ummi?"tegur satu suara. Semua orang menoleh.

"Ni kakak tiba-tiba kunci pintu. Ummi risaulahm"balas Maira.

"Ya Allah! Kakak ni dah kenapa?"geram Aarash. Dia mula berjalan menuju ke arah laci biliknya. Segugus kunci dibawa keluar kemudian pintu bilik Airish dibukanya.

"Kakak? Airish Mikhaeyla!"panggil Aarash geram apabila kelibat kembarnya tidak kelihatan.

"Eh abang? Bila balik?"Airish memeluk Aarash teruja. Aarash membalas pelukan Airish. Hilangkan rindu dahulu baru dia menyoal.

"Baru je. Ni kenapa kakak kunci pintu tiba-tiba? Kesian ummi dengan Uncle risau tu."ujar Aarash.

"Err kakak pergi tandas je tadi. Sorry ummi. Sorry Uncle."ucap Airish. Dia mula menunduk dan menyorokkan wajahnya pada dada Aarash. Takut juga kalau Maira marahkan dia.

"It's okay. Uncle minta maaf sebab tertinggikan suara dekat baby tadi. Uncle risau."ujar Hannif. Airish hanya mengangguk. Dia sendiri tidak sedar bila masa Hannif marahkan dia.

"Dah ummi maafkan. Minta abang balutkan luka tu. Darah tak berhenti lagi keluar tu. Lain kali ada apa-apa, jangan dikunci sangat pintu tu. Risau ummi."kata Maira.

"Okey ummi."

"Mari ikut abang. Kakak kena apa sampai luka macam ni? Kan abang dah pesan jangan lasak sangat."Aarash masih lagi dengan bebelannya.

"Kakak kena pisau masa tolong ummi potong sayur. Mana ada kakak lasak-lasak."Airish mencemberutkan mukanya.

"Okey dah siap! Haa habis tu siapa suruh cuai sangat?"ujar Aarash lagi. Kotak ubat dikemasnya semula.

"Banyak tanyalah abang ni. Tak nak kawanlah macam ni."rajuk Airish.

"Alolo dia ni. Nanti abang nak kawan dengan siapa kalau kakak merajuk?"soal Aarash. Pipi Airish dicucuk-cucuknya.

"Kawan dengan siput. Siput kan suka gigit kakak. Macam abang lah suka gigit hati kakak. Sakit tau?"ujar Airish. Dia merebahkan badannya di atas sofa sambil kepalanya diletakkan di atas paha Aarash. Matanya memandang air di dalam kolam renang yang tenang itu.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang