BAB 43

4K 210 23
                                    

Airish melabuhkan punggungnya di sebelah Aarash. Tangan Aarash dipeluknya dengan kepala yang dilentokkan ke bahu Aarash.

"Kakak nak kuih?"soal Aarash sambil memandang wajah kembarnya. Airish menggelengkan kepalanya.

"Abang, kakak nak keluar jalan-jalan boleh tak? Dah lama tak keluar tahu?"Airish membuat mimik muka sedih.

"Keluar? Hmm kakak larat ke?"soal Aarash dibalas anggukan kecil daripada Airish.

"Okey kita keluar ramai-ramai eh?"ujar Aarash membuatkan Airish tersenyum lebar. Siapa sahaja tidak gembira bila dapat keluar?

"Hai kak Airish. Ops!"Amelia menutup mulutnya sehinggakan semua orang memandang pelik ke arahnya.

"Kenapa Lia?"soal Nurul.

"Patutnya Lia panggil kak Airish, Mak Lang. Kan kak Airish dah jadi isteri Pak Lang."ujar Amelia dengan dahi berkerut. Kata-kata Amelia membuatkan Airish dan yang lain ketawa kecil. Lucu pula didengar.

"Lah kenapa ketawa? Lia ada buat lawak ke?"soal Amelia seraya duduk di sebelah Hannif.

"Tak ada tapi Lia panggil macam biasa je lah. Tak payah panggil Mak Lang pun. Umur Lia dengan Rish tak jauh beza."balas Airish.

"Lia cuba."Amelia sengih.

"Dah kakak pergilah siap-siap dulu. Cakap nak keluar."ujar Aarash. Airish hanya mengangguk kecil lalu mengorak langkah menuju ke bilik.

"Ni pertama kali Lia tengok muka kak Airish depan-depan. Cantiklah. Macam muka Mak Cik Maira."puji Amelia.

"Dah nama pun anak Mak Cik Maira kan."balas Nurin.

•••

Senyap sahaja ruangan itu tanpa bunyi. Beberapa orang lelaki yang lengkap bersuit hitam hanya menunduk dan berdiri tegak di satu tempat. Hembusan asap rokok dari bibir lelaki itu berkepul-kepul naik ke atas.

"Jadi apa berita yang kau bawa hari ini?"soal lelaki yang lengkap memakai hoodie hitam. Seluruh wajahnya tertutup dengan topeng muka.

"Perempuan tu dah mati termasuk Ratu Maira."balas lelaki yang mungkin orang suruhannya. Tawa sinis mula terletus dari bibir lelaki berhoodie itu.

"Baguslah. Perempuan tu dah buat kerja dia betul-betul. Bunuh semua keluarga dia! Jangan tinggal seorang pun!"arah lelaki berhoodie itu.

"Tapi—"

"Tapi apa? Kau nak bantah? Aku ke kau Tuan?"soalnya sambil mencekik leher lelaki itu.

"Tuan! Ma-maaf Tuan!"ucapnya tersekat-sekat. Lelaki berhoodie itu melepas kasar leher lelaki itu. Terbatuk-batuk seketika dirinya menahan perit di leher.

"Aku tak kira! Perjanjian boleh dimungkiri! Walaupun perempuan tu dah berjaya dengan misi dia, keluarga dia tetap perlu dihapuskan. Bahaya untuk aku kalau keluarga dia bocorkan maklumat."ujar lelaki berhoodie itu seakan marah.

"Baik Tuan."balas pengawalnya itu takut-takut. Memang matilah kalau Tuan mereka mengamuk. Tiga orang lelaki di situ terus beredar dari situ menuju ke kurungan bawah tanah di mana ibu bapa serta suami perempuan itu dikurung dan didera.

Lelaki itu memandang sedikit sayu ke arah wanita tua yang terbaring di lantai simen itu. Diam terkaku sahaja tubuh itu, mungkin sudah mati. Manakala ibu bapa kepada perempuan itu turut cedera teruk dan kehilangan banyak darah.

"Tolong lepaskan kami."rayu sang suami kepada perempuan itu.

"I'm sorry, I can't."ujarnya. Lelaki itu terus memberi arahan kepada dua orang pengawal yang turut mengikutinya tadi untuk melakukan kerja mereka. Wanita tua yang terbaring itu diperiksa nadi.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang