BAB 68

4.3K 218 98
                                    

Hannif masih lagi berterus-terusan menangis sambil mendakap tubuh Airish yang sudah kaku tidak bernyawa. Sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa isteri kesayangannya baru sahaja meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya. Orang lain hanya mampu memandang sayu ke arah Hannif.

"Nif, dahlah tu. Kesian Airish."Puan Zhurah cuba menenangkan Hannif, namun Hannif masih mendiamkan diri. Tidak mampu ingin bersuara. Yang ada di benak fikirannya ketika ini hanyalah dia mahu Airish kembali.

Kedengaran suara tangisan sayup-sayup sahaja dipendengarannya. Dengan mata yang belum dapat dibuka, tangannya yang sudah beberapa hari tidak boleh bergerak sedaya upaya cuba diangkat. Namun langsung tiada apa-apa yang terjadi. Lama dia mencuba sehingga dia rasakan dia sudah berputus asa.

Mendengarkan tangisan Hannif membatalkan niatnya untuk berputus asa. Sekali lagi dia mencuba hingga satu gerakan pada jari telunjuk terhasil. Jantungnya yang berdegup terlalu lemah menyukarkan mereka untuk mengesan dirinya masih hidup. Airish sedaya upaya cuba mengangkat tangannya ingin menyentuh wajah Hannif.

Sakit dirasakan setiap kali menggerakan anggota tubuhnya secara paksaan, tetapi demi suami tersayang yang ingat dirinya sudah tiada, dia terpaksa melupakan segala kesakitan itu. Saat tangan sejuk itu menyentuh kulit wajahnya, Hannif terkedu. Lantas tangan Airish dipegangnya lalu wajah Airish ditatapnya.

"A-abi? Ke-kenapa na-nangis?"soal Airish. Perlahan sahaja nada suaranya kedengaran, namun dapat membuatkan semua orang tergaman.

"Sayang?"makin meraung Hannif. Tubuh Airish didakapnya seketika. Dalam hatinya tidak henti-henti mengucap rasa syukur tatkala melihat Airish sudah menyedarkan diri. Dahi Airish dikucupnya sekilas sebelum dia meletakkan Airish di atas katil untuk diperiksa oleh Sarah.

"Ke-kenapa s-sakit?"gumam Airish perlahan dengan mata yang masih tertutup. Sarah mengukirkan senyuman tipis seraya membetulkan wayar yang berselirat di tubuh Airish sebelum memeriksa tubuh Airish. Hannif mengusap lembut kepala Airish yang masih berbalut selendang putih.

"Nanti tak sakit dah. Baby kuat ya?"bisik Hannif lembut.

Petang berganti pagi, burung-burung mula berkicauan membangunkan penghuni istana. Mawar masih lagi memandu masuk ke dalam hutan yang terletak di hujung istana ingin menuju ke markas tersembunyi. Sampai sahaja di hadapan satu bangunan, Mawar terus mengorak langkah masuk ke dalam. Beberapa anak buah Eyliz terkejut melihat Puteri yang dikhabarkan sudah meninggal empat bulan yang lepas kini berada di hadapan mata.

"Pu-puteri? Puteri okey?"soal salah seorang lelaki berpakaian hitam. Mawar yang termengah-mengah hanya mengangguk kecil. Laju Mawar berlari menuju ke arah tong sampah untuk memuntahkan isi perutnya. Tidak berani dia ingin ke tandas kerana di markas itu hanya dihuni oleh para lelaki.

"Hish masa inilah nak kena morning sicknessnya!"ujar Mawar dalam hati. Terasa sahaja satu tangan menepuk belakangnya untuk melegakan muntahnya, Mawar menoleh ke belakang.

"Puteri okey?"soal Zack seraya menghulurkan sebotol air mineral kepada Mawar. Mawar hanya mengangguk kecil sebelum menyambut huluran itu. Air mineral tadi diteguk rakus menghilangkan dahaga.

"Puteri dari mana ni? Macam mana Puteri boleh hidup semula?"soal Zack. Dia masih lagi terkejut dengan kemunculan Mawar di markas itu. Semua bukti seperti ujian DNA, tanda lahir yang dikatakan oleh Qayyum serta pemakaian sudah cukup membuktikan mayat itu adalah Mawar. Persoalannya bagaimana Mawar masih hidup?

"Panjang ceritanya Uncle. Mawar penatlah. Mawar nak balik ke istana dulu. Nanti Mawar cerita ya?"ujar Mawar.

"Baik. Kalau macam tu Uncle hantar ya? Istana baru kena serang semalam. Uncle bimbang kalau ada lagi musuh yang sedang mengintip di luar pagar istana."kata Zack.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang