BAB 36

4.3K 193 39
                                    

Aryyan menghelakan nafasnya. Penat tidak terkata melakukan yang disuruh oleh Qayyum dan Izzuan. Badan disandarkan pada dinding. Air suam diteguknya perlahan.

"Penat ya handsome boy daddy ni?"Izzuan mengusap kepala Aryyan.

"Bila kita nak balik daddy. Ry-Ryyan malulah duduk dekat sini. Ada ramai Pak Cik pandang Ryyan."adu Aryyan. Izzuan dan Qayyum tergelak kecil.

"Aryyan kan comel. Memanglah mereka tengok. Lepas ni ingat, Ryyan kena kawal kemarahan Ryyan. Kalau Ryyan marah sangat, cuba ingat ummi dengan baba. Abang dan kakak pun kena ingat. Ingat yang mereka mesti tak suka kalau Aryyan marah."ujar Izzuan mengingatkan.

"Okay daddy."balas Aryyan ceria.

"Erk teddy bear siapa ni? Uncle! Oh Uncle! Uncle Felix! Ni teddy bear siapa? Macam kenal je."ujar Hanna di luar bilik rehat di mana Aryyan berada.

"Putera Aryyan."balas Felix.

"Ryyan? Mana dia Uncle?"soal Hanna teruja. Tidak pernah-pernah pula Aryyan mahu datang ke markas rahsia yang berada di penghujung istana ini.

"Ada dalam bilik rehat dekat depan tu."balas Felix tanpa menoleh. Sibuk dia menguruskan kertas-kertas dokumen yang ada di atas meja. Hanna lantas menguak pintu bilik rehat itu.

"Hello handsome boy! Miss me?"soal Hanna ceria. Tangan dilambai-lambai ke arah Aryyan dengan senyuman lebar di bibir.

"No."balas Aryyan sepatah. Membulat mulutnya menyebut perkataan itu membuatkan Izzuan dan Qayyum ketawa kecil.

"Woah! Siapa ajar Aryyan balas macam tu?"soal Hanna tidak percaya.

"Abang Syahez dengan kak Dina yang ajar."jujur Aryyan.

"Makhluk perosak betul."degus Hanna. Selalunya dia ajar Aryyan jawab Yes. Kali ini menghampakan betul jawapannya. Kalau tahu, baik dia tanya guna bahasa melayu sahaja.

"Mak Cik, ni teddy bear Ryyan punya. Lemaslah dia kalau Mak Cik pegang muka dia macam tu."ujar Aryyan yang sudah berada di hadapan Hanna itu seraya menundingkan jari telunjuknya ke arah teddy bear yang dipegang oleh Hanna. Ternganga Hanna mendengar panggilan yang digunakan oleh Aryyan.

"Hello? Kak Hanna belum tua lagi untuk Ryyan panggil Mak Cik. Siapa ajar Ryyan panggil kak Hanna Mak Cik? Mesti kak Dina dengan abang Syahez kan?"bebel Hanna.

"Taklah. Ryyan yang nak panggil macam tu sebab nanti Ryyan nak kahwin dengan Mak Cik tau? Mak Cik kan baik, lepas tu suka bagi Aryyan coklat. Sebab itulah Ryyan sayang Mak Cik! Kak Rish cakap, kalau Ryyan sayang sangat dekat orang tu, jadi Ryyan kena kahwin dengan dia."petah Aryyan berkata-kata membuatkan tiga manusia itu terkedu, tergaman, terkejut.

Tidak dijangka sekali apa yang sedang dikatakan oleh Aryyan. Lagi-lagi Hanna yang masih mendiamkan diri. Qayyum dan Izzuan sudah mengukirkan senyuman. Nampaknya mereka sudah jumpa orang yang tepat untuk menjaga Aryyan nanti memandangkan Airish dan Aarash sudah berkahwin. Hanna pun apa kurangnya? Dia memahiri banyak seni mempertahankan diri juga seperti yang lain.

Malah sekarang ini dia bekerja di syarikat milik Izzuan dan Hannif dengan jawatan sebagai CEO di bahagian pemasaran. Dapatlah dia menanggung Aryyan. Tidak susah kerana mereka akan tinggal di istana bersama dengan yang lain.

"Hanna, nampaknya ada sesuatu yang Uncle Izz kena bincang dengan Hanna sekarang. Ikut jom."ajak Izzuan. Hanna hanya mengikut tanpa bantahan. Dalam hatinya sudah muncul pelbagai soalan yang ingin ditanya kepada Aryyan.

"Uncle Qayyum, Ryyan nak balik. Ryyan penat. Nak tidur."ujar Aryyan. Lengan Qayyum ditarik-tariknya ingin pulang segera. Hampir seharian dia berada di sini.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang