BAB 62

3.7K 186 67
                                    

Sandra membetulkan posisi duduknya seketika. Naik lenguh dia berdrama acah ayu dan sopan di hadapan penghuni istana itu. Sakit pada luka di lengannya semakin menjadi-jadi, malah lebam birunya semakin meluas ke kawasan yang lain. Sandra berdecit kecil melihatkan luka itu.

"Lambatnya nak boleh masuk ke dalam bilik! Bodohlah! Penat je aku menunggu."gumam Sandra perlahan dan tertahan-tahan nada suaranya. Sudah pukul dua pagi, namun beberapa orang penghuni istana itu masih lagi menonton televisyen. Bernasib baik dirinya kerana Izzuan dan Eyliz membenarkan dia tinggal di istana.

Sedari tadi dia terhendap-hendap dari pintu bilik mengintai manusia yang masih belum tidur. Sakit hati pula kerana terpaksa menunggu lama. Dia bergerak menuju ke arah balkoni yang masih terbuka pintu gelangsar.

"Keluar dari sini je lah. Alah bodoh betul aku."Sandra mula melangkah keluar daripada balkoni itu. Tingkat bawah sahaja pun sudah tinggi balkoni dia. Terpaksalah dia memanjat dan melompat ke bawah. Dia harus berjumpa dengan papanya untuk bertanyakan perihal racun itu. Tidak silapnya, papanya mempunyai penawar untuk racun itu.

"Auch sakitnya bodoh!"Sandra mengaduh kesakitan apabila dirinya terjatuh ke tanah. Siku yang mengeluarkan darah dilihatnya seketika. Dia mula bangun dan bergerak di dalam gelap itu ingin melepasi pagar istana menggunakan laluan terowong rahsia yang langsung tidak diketahui oleh penghuni istana.

Sedang dia menahan teksi, tanpa disedari seseorang memerhatikan gelagatnya dan mengekori dirinya dari istana. Ingat senang mahu buat jahat dalam kediaman musuh? Pintu rumah yang tersergam indah di hadapannya diketuk bertubi-tubi sehinggalah muncul satu wajah tua di hadapan pintu itu.

"Eh Cik Sandra? Masuklah."pelawa wanita yang bernama Jessica itu dengan wajah mamai, malah pakaiannya terlihat sangat seksi. Tidak padan dengan pembantu rumah dan tua, Jessica juga menjadi hamba pemuas nafsu papanya di dalam rumah itu.

"Papa! Help me papa!"jerit Sandra sedikit kuat sambil menggoncangkan tubuh tua yang masih lena itu.

"Sandra nak apa? Kacau je lah papa nak tidur."jerit lelaki tua itu seraya duduk bersila.

"Papa tengok ni. Tangan Sandra terkena racun sama macam mama kena dulu. Sakit papa."tangis Sandra seraya duduk di atas riba papanya. Lagaknya seperti budak kecil sahaja.

"Hah? Macam mana boleh kena?"soalnya terkejut.

"Sandra cuba nak masuk ke dalam istana dan pada masa yang sama, ada musuh menyerang istana tu. Sandra tercedera kena pisau rambo mereka papa."jelas Sandra terselit penipuan.

"Aishh tunggu papa ambilkan ubat dia."balasnya. Langkah kaki dihayun menuju ke arah belakang rumah lalu beberapa butir buah berwarna merah dikutipnya. Sandra hanya menunggu dengan senyap di ruang tamu. Seorang pengawal peribadi papanya memandang pelik ke arah Sandra.

"Kau dah kenapa pandang aku?"tegur Sandra. Pengawal peribadi itu hanya menggeleng kecil.

"Datang sini."panggil Sandra. Sebaik sahaja lelaki itu menghampirinya, Sandra terus menarik lelaki itu duduk di sebelahnya kemudian Sandra mula naik ke atas riba lelaki itu. Senyuman penuh makna diukirkan kepada lelaki itu.

"Cik ni dah kenapa?"soal pengawal peribadi itu takut-takut.

"Can I kiss you?"soal Sandra manja. Jarinya dimainkan pada dada lelaki itu. Sudah lama rasanya dia tidak jejakkan kaki ke club yang selalu dikunjunginya. Lelaki itu terdiam, terkejut dengan pertanyaan Sandra. Tanpa mendengar balasan daripada lelaki itu, Sandra terus mencium bibir lelaki itu.

"Mama! Papa! Perempuan ni cium bibir suci Ariz!"raung Ariz dalam hatinya. Bulat matanya dengan tindakan Sandra. Mahu menolak takut disedari bahawa dia itu bukannya pengawal peribadi yang berkerja di rumah itu. Ariz yang duduk berbual dengan telefon di taman milik Maira sebentar tadi bernasib baik sahaja ternampak Sandra melompat dari balkoni.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang