Maira mengusap kepala anak gadisnya penuh kasih. Kuat pula terperap di dalam bilik berbanding duduk di luar. Kebiasaannya, Airish lah yang paling liat sekali mahu masuk tidur awal. Sekarang ini, baru pukul lima petang pun sudah terlelap dalam bilik.
"Sayang bangun. Ikut ummi keluar nak?"soal Maira.
"Haa? Keluar? Okey. Tunggu sekejap kakak nak mandi."Airish mula bangun dari pembaringannya.
"Ya. Ummi tunggu dekat luar."balas Maira. Dahi Airish diciumnya sekilas sebelum keluar dari bilik itu.
"Macam mana? Dia nak keluar ke kak Maira?"soal Mellysa yang berada di tepi pintu bilik sedari tadi. Maira mengangguk kecil.
"Jadi, lepas ni adik nak bawa dia pergi mana?"soal Izzuan.
"Tak tahulah abang Arin. Ni adik ikut Hannif je. Dia cakap nak bawa budak-budak keluar jalan-jalan."balas Maira.
"Rajin kau hari ni Nif. Selalunya malas serupa gajah tak cukup makan."Atif menepuk-nepuk bahu Hannif.
"Aku rajin untuk anak-anak aku je."balas Hannif tanpa menoleh. Kalau dia menoleh, memang matilah dia dikalahkan Iyfan di dalam game. Game sahaja pun!
"Anak sendiri bila? Diri pun dah tua bangka."soal Idham. Sempat dia mengutuk Hannif.
"Malaslah nak layan kau."Hannif melempar telefonnya ke tepi. Tertekan sudah asyik dikalahkan oleh Iyfan.
"Iyfan! Uncle rasa nak penyet-penyet je Iyfan ni tahu tak? Eee..."Hannif mengangkat kedua-dua tangannya buat-buat ingin mencekik leher Iyfan.
"Terimalah hakikat yang bakat Uncle dah merosot apabila umur Uncle dah makin bertambah."ujar Iyfan membuatkan semua orang ketawa. Mencicip dia lari ke belakang Izzuan tatkala melihat muka bengang Hannif. Marahlah tu.
"Pengaruh kau lah ni Kim! Kurang asam betul!"kaki Hakim ditendangnya geram.
"Apahal aku pula yang kena? Kau yang luangkan paling banyak masa dengan budak-budak."Hakim mendecit. Dia pula yang disalahkan.
"Sikit ke banyak, tak penting. Yang pentingnya kau sebar perangai tak patut. Salah satu tu game!! Tak patut tau kau pindah bakat dekat Iyfan!"protes Hannif lagi tidak berpuas hati.
"Gila ke? Pindah bakat?"Hakim menampar kepala Hannif. Tabah sahajalah ada kembar perangai serupa bangang sahaja ini.
"Sakitlah gila!!"baru sahaja Hannif mahu melayangkan penumbuk ke arah muka Hakim, suara seseorang kedengaran menghentikan pertelingkahan mereka. Bertumbuk, tetapi tidak cedera. Sebab apa? Sebab mereka tidak mahu orang kesayangan cedera.
"Uncle, kenapa gaduh?"tegur Airish bercekak pinggang. Hakim dan Hannif tersengih.
"Gurau je tadi."Hakim memberi alasan. Aisyah sudah menjulingkan matanya ke atas. Pandai betul memberi alasan.
"Wah lawa hari ini. Stokin tak pakai pula hari ni."tegur Eyliz. Selalunya Airish paling tidak suka kalau keluar dari bilik dengan tidak memakai stokin. Sekali sekala tidak mengapa kalau terdesak.
"Ops lupa!"Airish merendahkan sedikit kainnya ingin menutup kaki. Lantas dia berjalan masuk ke dalam bilik.
"Apa yang nak disorokkan sangat entah dengan kaki dia tu. Tak rimas ke asyik pakai stokin?"Nana menggelengkan kepalanya pelik.
"Itu lah salah satu anak aku yang paling berjaya. Aku didik terus jadi ustazah"bangga Hannif.
"Kepala otak kau!"Hakim menampar kepala Hannif buat kali keduanya. Apa salah kepala aku Hakim sampai kau perlu pukul dua kali?
"Iyana, tak nak ikut Uncle Hannif pergi jalan-jalan sekali?"soal Atif. Iyana yang kebetulan lalu di situ berhenti seketika.
"Em tak."balasnya pendek sebaik sahaja melihat Airish keluar dari bilik. Kaki terus dihayun melangkah ingin menuju ke bilik.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasía[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...