BAB 42

4.2K 201 50
                                    

"Dah lama tak memancing macam ni."kata Atif tersengih-sengih.

"Rash dah sedia ke belum? Minggu depan nak ambil tempat baba ke tak?"soal Izzuan dengan senyuman.

"Rash akan ambil alih tempat baba. Rash dah sedia."balas Aarash.

"Baguslah."Hannif menepuk belakang badan Aarash beberapa kali.

"Eh dah kau pula? Bila nak buat baby dengan Rish? Kenapa kau tak buat ehem-ehem lagi dengan dia? Tak nak anak dengan dia ke?"soal Hakim tidak bertapis. Atif dan Qayyum ketawa kecil tiba-tiba. Bukannya dia tidak tahu rancangan gila Hakim malam nanti.

"Woi!"geram Hannif. Kepala Hakim ditamparnya geram.

"Aku rasa nak je potong lidah kau. Perlu ke kau tanya soalan macam tu?"bebel Hannif kegeraman.

"Eleh aku tanya je pun. Bukan ada budak-budak lain pun dekat sini."balas Hakim.

"Susah tak Uncle kahwin dengan kakak? Uncle dah dapat terima kakak?"soal Aarash.

"Tak susah pun. Alhamdulillah Uncle dah dapat terima baby."balas Hannif dengan senyuman.

"Habis tu tak nak ada anak dengan dia?"soal Qayyum.

"Tak habis lagi dengan topik tu?"Hannif mendengus geram. Makin tua, makin kuning otak!

"Jujurlah aku cakap, nak anak tu memang nak, tapi aku kena utamakan Airish. Aku tak nak rosakkan masa depan dia. Memandangkan dia dah sembuh, mungkin lebih baik kalau aku tak rosakkan dia. Nanti manalah tahu dia jumpa lelaki lebih baik daripada aku. Lagipun aku tak lama dah hidup, aku dah tua. Memang gilalah semua ni."jelas Hannif dengan senyuman hambar.

"Habis tu kau nak cakap yang kau akan ceraikan dia suatu hari nanti?"soal Izzuan.

"Kalau dia mintalah."balas Hannif.

"Apa kata Uncle bincang dengan kakak dulu pasal ni? Dia bukannya sebulan dua suka dekat Uncle. Dah bertahun Uncle. Rash sendiri tak tahu bila."ujar Aarash perlahan.

"Nanti Uncle cuba. Dahlah jom balik. Nak gelap dah."ajak Hannif.

"A-abang. Uhuk! Uhukk!"Airish terbatuk kecil. Mungkin tekaknya kering kerana sedari tadi tidak dibasahkan.

"Ya kakak? Kenapa?"Aarash menoleh memandang kembarnya.

"Kakak cuma nak cakap yang semalam kakak lupa nak bagitahu abang, ubat dalam botol ni dah habis."ujar Airish. Perlahan sahaja nada suaranya.

"Ubat ni? Habis tu hari ni kakak dah makan ubat ke belum?"soal Aarash risau. Airish hanya menggeleng kecil.

"Ya Allah, kakak! Jom masuk. Abang bagi ubat baru."ajak Aarash cemas. Belum sempat dia ingin menarik tangan Airish, Airish terlebih dahulu tersandar lemah pada bahu Aarash.

"Kakak mengatuklah abang."adu Airish dengan mata yang terasa sukar dibuka.

"Tidurlah. Abang angkat eh?"Aarash terus mencempung Airish masuk ke dalam vila. Badan Airish dibaringkan di atas sofa perlahan-lahan sebelum dia mengorak langkah menuju ke bilik.

"Kenapa pula dengan kak Airish?"soal Hanis risau.

"Tak ada apa, dia cuma mengantuk je."balas Aarash sambil menuang segelas air ke dalam gelas.

"Kakak? Bangun sekejap."suruh Aarash. Bahu Airish digoncangnya beberapa kali.

"Kakak tak larat."adu Airish.

"Makan ubat je sekejap lepas tu kakak sambung tidur balik."ujar Aarash. Airish hanya akur sambil dibantu oleh Aarash.

"Keadaan dia tak teruk kan Rash?"soal Puan Melinda sambil mengusap tangan Airish.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang