BAB 38

4.2K 203 59
                                    

Airish membaringkan badan di atas katil seusai bersiap sementara menunggu Hannif selesai mandi. Tidak sedar bila masa dia sudah terlelap. Hannif mengukirkan senyuman melihat Airish yang sudah lena lalu pipi Airish diusapnya lembut. Terasa sesuatu yang lembut dan sejuk mengelus pipinya, Airish membuka kelopak mata.

"Kenapa abi?"soal Airish dengan suara seraknya. Mana tidak seraknya? Semalaman dia menangis dan matanya sudah pun membengkak. Disuruh tidur, namun setiap kali dia memejamkan matanya, bayangan umminya terus hadir. Akibatnya, semalaman dia menangis dalam dakapan Hannif. Hannif pula tidak habis-habis memujuk Airish sehingga tertidur semula.

"Tak ada apa. Baby mengantuk ke? Sorry abi kacau."ujar Hannif lembut.

"Hmm tak ada lah abi. Kenapa abi tak pakai baju lagi? Tak sejuk? Rish mengantuklah. Rasa macam nak sambung tidur."balas Airish. Mulut ditekup seketika apabila dia mula menguap.

"Mengantuk hmm tidurlah balik. Abi bawa naik sarapan ya nanti?"ujar Hannif.

"Tak payahlah abi. Rish tak rasa lapar pun. Nanti Rish lapar, Rish turun sendiri."bantah Airish. Malas mahu menyusahkan Hannif lebih-lebih. Sudahlah semalam Hannif tidak dapat tidur kerananya.

"Okey tapi ingat yang baby kena guna lif. Jangan memandai nak guna tangga pula."pesan Hannif. Bukan apa dia tidak mahu Airish menggunakan tangga. Cuma takut Airish letih atau terjatuh. Lagi-lagi kesihatan Airish masih belum membaik dengan sempurna. Airish hanya mengangguk kecil.

"Nanti ada apa-apa telefon abi atau Aunty Sarah. Abang tak ada sebab dia pergi ikut daddy belajar pasal urusan takhta."ujar Hannif lagi.

"Ya. Abi pergilah pakai baju. Sejuk tau?"balas Airish. Hannif hanya mengukirkan senyuman kecil. Dia berjalan ke arah alamarinya. Usai memakai baju, dia terus turun ke bawah. Sempat dahi Airish dikucupnya sekali.

"Airish tak turun sekali ke?"soal Mellysa yang sibuk menghidangkan makanan kepada Aryyan.

"Tak, dia sambung tidur balik. Semalam dia tak tidur sebab menangis. Nanti kalau ada apa-apa, kau tolong tengok dia eh? Aku nak pergi ke syarikat sekejap. Ada masalah sikit dekat sana."ujar Hannif. Mellysa mengangguk kecil mengiyakan.

"Ryyan dah basuh tangan ke belum?"soal Mellysa.

"Belum lagi."balas Aryyan.

"Pergi basuh tangan dulu. Nanti kuman melekat dekat makanan, Ryyan boleh sakit perut tau?"ujar Mellysa.

"Ryyan tak nak shakit perut. Ryyan basuh tangan dulu Mak Su."kata Aryyan bersungguh-sungguh. Kaki dihayun menuju ke dapur lalu tangan dibasuh. Hanna yang kebetulan ada di dapur membuka peti sejuk. Air mineral diteguknya perlahan. Aryyan yang terkebil-kebil itu dipandangnya. Leka dia meneliti segenap wajah Aryyan meskipun dari tepi sahaja.

"Mak Cik, ni sabun basuh tangan ke?"soal Aryyan tiba-tiba membuatkan Hanna tersentak.

"Bu-bukan. Sabun basuh tangan warna biru tu."balas Hanna sedikit tergagap.

"Okey."Aryyan mengukirkan senyumannya yang menampakkan barisan gigi hadapannya.

"Hai si comel!"tegur Medina lantang. Dia maju ke tepi Aryyan untuk membasuh tangan.

"Ryyan tak comel! Ummi je boleh cakap Ryyan comel!"bentak Aryyan dengan mimik wajah marahnya. Memuncung mulutnya dengan tangan yang disilangkan pada dada.

"Baiklah Ryyan handsome. Kak Dina yang cantik ini mengalah dengan mu."kata Medina. Air paip direnjisnya pada pada wajah Aryyan. Aryyan yang geram terus menadah kedua tangannya di bawah paip air lalu dilempar ke muka Medina. Medina apa lagi? Memang basah kuyuplah dia. Pandai buat, pandai tanggung.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang