Buaian besi dihayun-hayun menggunakan kakinya. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat seekor anak kucing yang berada di sebalik pokok yang redup itu. Lena sahaja tidurnya tidak seperti tidur dirinya yang asyik terganggu.
"Baby, buat apa dekat sini? Dah makan ke belum?"soal Shafiq ramah seraya berjalan menghampiri Airish.
"Sudah Uncle."balas Airish dengan senyuman. Dia mengesot ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Shafiq untuk duduk.
"Baby sihat? Baby nampak lain kebelakangan inu. Yang lain pun perasan tau cuma tak nak tegur sebab tak nak baby serabut."soal Shafiq lembut.
"Rish sihat alhamdulillah! Rish okey je. Tapi itulah... Rish saja nak bersendirian sikit. Jangan risaulah."balas Airish. Senyuman di bibir masih lagi diukir manis.
"Baguslah kalau macam tu. Risau pula Uncle. Ni kalau ada apa-apa bagitahu ya? Jangan pendam sendiri."
"Baik bos!"balas Airish seraya ketawa kecil.
"Tadi Uncle tengok baby senyum seorang diri. Teringatkan seseorang yang istimewa ke?"Shafiq cuba mengusik.
"Haah. Encik Kucing yang tengah tidur dekat sana tu."Airish menjuihkan bibirnya ke arah bawah batang pokok itu. Shafiq ketawa kecil.
"Ni kalau Uncle Hannif yang nampak tu, berdesup dia lari masuk istana balik."ujar Shafiq. Mereka berdua sama-sama tergelak besar. Faham sangat dengan Hannif yang gelikan kucing itu.
"Hello? Gelak tak ajak pun."tegur Hakim. Hannif di sebelah Hakim hanya diam. Masam sahaja muka Hannif. Mungkin kerana asyik kalah bermain game dengan Hakim. Harap sahaja sudah tua, tetapi game tidak pernah lepas.
"Uncle datang lambat, macam mana nak ajak?"balas Airish selamba badak. Hakim mendecit perlahan.
"Kau kenapa masam je Nif? Kalah game dengan Hakim ke?"duga Shafiq.
"Taklah. Dengan Iyfan. Manalah anak kau dapat bakat kalahkan aku dalam game tu."Hannif mencebik geram. Shafiq, Hakim dan Airish hanya ketawa.
"Uhukk! Uhukk!"Airish terbatuk kuat mengundang rasa risau pada diri tiga lelaki itu. Penat pula dia ketawa banyak-banyak.
"Baby okey tak ni?"soal tiga lelaki itu serentak.
"Rish okey. Cuma sakit tekak sikit. Biasalah panas kan."Airish memberi alasan.
"Papa, nah telefon papa. Dari tadi berdering tau? Bising."sampuk Iyana sambil menghulurkan telefon kepada Shafiq.
"Iyana, macam mana pelajaran kau? Okey tak?"soal Airish sekadar ingin beramah mesra.
"Okey."balas Iyana sepatah lalu beredar. Langsung tiada senyuman pada wajahnya. Tiga lelaki itu hanya diam. Boleh dilihat jelas hubungan Airish dan Iyana yang renggang semenjak tujuh tahun yang lepas. Sebab apa pun mereka sendiri tidak pasti.
"Nif, cuba kau tolong baby ambil kasut baru dia. Dia tertinggal dekat belakang pokok sana."pinta Shafiq. Airish sudah mengerutkan dahi sambil memandang ke arah Shafiq. Shafiq pula hanya mengenyitkan mata dengan senyuman penuh makna ke arah Airish.
"Aduhlah baby ni kenapa main letak kasut dekat belakang pokok? Nanti hilang baru tahu."bebel Hannif bercekak pinggang. Kakinya melangkah ke arah pokok yang disebutkan Shafiq.
Meoww~
Apabila si kucing bersuara...
"ARGHHH! KENAPA TUHAN CIPTA KAU WAHAI KUCING?"jerit Hannif. Dia berlari masuk ke dalam istana. Sementara itu di bawah pokok, tiga manusia sedap mengetawakan Hannif. Hannif dari dulu tidak pernah berubah. Rambut yang beruban pun diwarnakan dengan warna perang. Kalau sudah berumur 50 tahun baru dibiarkan putih katanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
THE TWO PRINCE AND THE PRINCESS
Fantasía[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan Maira. Kematian Harrash memberikan kesan yang terlalu mendalam untuknya. Namun walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan walaupun Maira seak...