BAB 23

4.2K 192 11
                                    

Iyana memuntahkan kesemua isi perutnya ke dalam sinki. Perit terasa tekaknya. Sudahlah pukul tiga pagi waktu ini. Dia membaringkan semula dirinya di atas katil. Mata dipejam cuba untuk tidur kembali, tetapi rasa mengantuknya tidak memberi kerjasama.

Jadi, Iyana memutuskan untuk menonton drama di dalam laptop kepunyaannya. Lama dia menonton dan akhirnya dia tertidur kembali pada pukul lima pagi. Ketukan pada pintu bilik membuatkan Iyana terjaga.

"Masuklah!"jerit Iyana mamai. Air liur basi di pipi dilapnya menggunakan tuala yang sememangnya dia letak atas katil semalam.

"Weh bangunlah. Pukul 10 pagi dah ni. Kau masih tak siap?"Medina menampar kuat punggung Iyana. Dia kesah apa? Dulu-dulu pun dia terbiasa buat macam itu. Biasalah nama pun kasar.

"Siap? Siap pergi mana? Aku mengantuk."gumam Iyana.

"Ya Allah! WEH HARI INI MAJLIS RESEPSI KAK AIRISH DENGAN UNCLE HANNIF TAHU TAK?"haa itu dia Medina sudah menggunakan pembesar suaranya.

"Alamak aku lupalah!"kalut Iyana bangun dan berlari ke bilik air. Dia perlu mengiringi Airish pukul 10:30 pagi nanti. Macam manalah dia boleh tidak ingat.

"Ringkasnya? Kalau iya pun tempeklah bedak sikit."bebel Medina setelah Iyana siap menyikat rambut.

"Malaslah."

"Ah no, no, no. Sekarang kau duduk. Kita masih ada banyak masa lagi."arah Medina. Dia mula mengambil sejenis krim lalu disapu pada muka Iyana.

"Kau tempek apa setan? Melekit tahu?"geram Iyana. Medina mendecit dan sambung melakukan kerjanya. Ini kalau dilayan apa yang Iyana cakap memang tidak sudahlah.

"Kemam bibir kau."arah Medina. Iyana menggulingkan matanya dan akur.

"Jangan kemam kuat sangatlah bodoh. Habis gigi kau!"hambur Medina geram. Iyana melihat giginya yang sudah merah pada cermin. Lantas dia ketawa terbahak-bahak. Medina yang melihat Iyana ketawa turut ketawa sama. Sudah lama rasanya mereka tidak bergurau senda.

"Sini aku lap. Kau kemam sikit je lain kali. Ni kemam serupa lapar daging."bebel Medina.

"Daging kau lah! Lama tak gigit. Kau sekarang ni makin chubby kan?"Iyana tersenyum jahat. Berdesup Medina berlari keluar dari bilik Iyana. Iyana ini bukan boleh buat main. Medina sudah pernah kena gigit pun dulu. Insaf!

"Woii gemuk! Kau dah kenapa lari macam baru nampak hantu je?"tegur Syahez.

"Aku terserempak dengan vampire. Elok-elok aku solek dia, nak gigit aku pula."balas Medina tercungap-cungap. Pergh penat betul berlari.

"Dah nama pun kau tu gemuk, mana taknya vampire tu tak nak gigit kau."ujar Iyana.

"Wah sejak bila kau pandai bersolek ni? Comel je. Boleh jual ke Zrench rasanya."usik Syahez.

"Bencilah kau! Jangan nak komen eh. Si gemuk kau tu yang sibuk nak solek muka aku."Iyana mendecit seraya membetulkan cermin matanya. Kabur matanya akibat menonton skrin laptop lama sangat.

"Tapi aku solek cantik apa. Betul tak Syahez?"Medina sengih.

"Anak dara dua orang ni kenapa tak pergi dekat Airish lagi? Sudah-sudahlah sembang tak sedar realiti tu."bebel Puan Isya. Mencicip Iyana dan Medina berlari ke luar. Tidak mahu kena bebel lagi panjang.

•••

Badan dibaringkan di atas sofa sambil kepala berbantalkan paha Medina. Sedap pula sudahlah gebu. Ini kalau buat bantal, mesti lena seminggu. Medina hanya diam buat tidak tahu. Selagi tidak kacau dia main game, dia okey sahaja.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang