BAB 51

3.9K 166 77
                                    

"Maaf untuk mengabarkan berita ini, tetapi Puteri Airish keguguran."kata-kata Husna membuatkan Hannif tersentak. Dia terduduk di atas kerusi. Wajah diraup kesal.

"Apa sebab dia keguguran?"soal Aarash.

"Apa yang kami tahu, anaknya turut terserap racun yang ada di dalam badannya kerana turut terdapat tompokan biru pada kandungannya. Lagi pula kandungan itu masih lagi kecil. Kelihatannya dalam lingkungan tiga minggu."jelas Husna lagi.

"Okey terima kasih."balas Aarash pendek.

"Saya minta diri dulu ya."Husna terus berjalan pergi. Melihat Aarash bersama Ellyza semakin meremukkan hatinya. Namun dia sedar, dia tidak layak bersama Aarash. Aarash kini sudah menjadi seorang Raja manakala dia hanyalah rakyat biasa.

"Auch!"Husna mengaduh kesakitan apabila bahunya berlanggar dengan bahu Alex.

"Sorry."ucap Alex tanpa perasaan lalu berlalu pergi. Tidak sabar dirinya mahu pulang ke rumah. Husna turut beredar tanpa membalas.

"Uncle nak balik atau nak teman?"soal Aarash.

"Uncle teman je lah. Kau orang pergilah balik. Ellyza tu pun mesti dah penat."balas Hannif. Aarash hanya mengangguk kecil. Hannif melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah Airish. Wajah pucat Airiah ditatapnya. Rasa bersalah menyerbu dirinya. Andai dia tidak menunaikan permintaan Airish ketika di Vila Sweetzerny, pasti anaknya tidak akan wujud lagi dan meninggal.

Dia pasti Airish akan bersedih mendengar berita itu. Cukuplah asyik berahsia. Berahsia hanya akan lebih menyakitkan diri seseorang tatkala orang itu mengetahuinya suatu hari nanti. Tetapi jikalau untuk kebaikan, ianya tidak mengapa sebagai langkah berjaga-jaga. Namun dengan keadaan ini, tidak perlulah terlalu berahsia.

Tangan Airish diangkat perlahan lalu dikucupnya. Sungguh tidak dijangka Airish hamil tiga minggu walaupun kandungan Airish sudah tidak dapat diselamatkan. Perasaannya bercampur baur antara sedih, kecewa, dan sebak.

"Maafkan abi, sayang."hanya itu sahaja kata-kata yang mampu terluah dari bibir Hannif.

"Nampaknya keadaan kau dah semakin teruk."senyuman sinis terukir di bibirnya. Dari belakang pintu itu, dia melihat Hannif dan Airish secara diam-diam.

"Ehem! Cik buat apa dekat depan sini ya?"tegur Marliana dengan senyuman tipis. Perempuan itu hanya membalas dengan jelingan tajam lalu beredar. Dasar kedekut senyuman! Eh tadikan sudah senyum. Senyum sinis!

"Pelik betul perempuan tu. Boleh pula dia jeling aku."omel Marliana. Pintu wad mewah itu diketuknya seketika. Mendengar keizinan daripada Hannif untuk masuk, dia menolak pintu wad itu perlahan.

"Maaf menganggu tapi saya nak periksa keadaan Puteri Airish sekejap."ujar Marliana.

"Ya, tidak apa. Silakan."balas Hannif. Kerja Marliana hanya memakan masa lima minit. Sebelum beredar, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Hannif kerana mengizinkan dia untuk memeriksa keadaan Airish.

Marliana menghayunkan kakinya menuju ke kaunter pertanyaan jururawat. Papan catatan tentang keadaan pesakit itu diletak atas kaunter jururawat. Matanya tertala ke arah Alia yang sibuk menaip sesuatu di komputer.

"Kau cari apa tu?"soal Marliana.

"Cari fail pesakit koma yang tinggal dekat wad 5B atas arahan Doktor Sue. Hah iya weh! Aku dengar kan Puteri Airish keguguran. Betul ke?"soal Alia dengan mata yang masih tidak lepas dari skrin komputer.

"Hmm iya. Tadi masa aku nak pergi dekat wad dia, aku nampak seorang perempuan ni. Duk terhendap-hendap dekat pintu. Bila aku tanya, dia jeling aku lepas tu blah. Sakit hati betul!"cerita Marliana.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang