BAB 22

4.3K 192 15
                                    

Airil melabuhkan punggungnya di atas kerusi dengan wajah muram. Takut juga untuk memberitahu perihal tentangnya dengan Iyana kepada kedua ibu bapanya. Sudah dua minggu berlalu dia menunggu Iyana datang ke gim semenjak kali terakhir berjumpa di gim Lara. Malangnya Iyana langsung tidak memunculkan diri.

"Ril nak bincang apa dengan mama dan papa? Muram je muka tu. Putus cinta ke?"soal Nurin.

"Putus persahabatan mama. Mama dengan papa dengar cerita Airil ni sampai habis tau? Lepas tu kalau mama dengan papa nak marah ke apa Ril akan terima je."ujar Airil. Semakin berkerut dahi kedua orang tuanya.

"Apa dia?"soal Qawid.

"Ermm sebenarnya macam ni..."Airil menceritakan apa yang berlaku. Memang terkejutlah Nurin dan Qawid. Tidak tertinggal juga Hanna yang merupakan anak kedua mereka yang turut mendengar.

"Jadi, Airil nak buat apa sekarang ni? Ni bukan masalah kecil Ril. Anak dara orang yang Ril dah rosakkan tau?"ujar Qawid.

"Ril nak bertanggungjawab papa. Tapi itulah Ril tak tahu nak cari dia dekat mana sekarang ni. Rumah dia pun Ril tak tahu sebab Ril tak pernah hantar dia balik. Ril dah upah seorang penyiasat untuk cari dia."jelas Airil.

"Dah jumpa dengan dia nanti, bincang dengan mak bapak dia sekali. Mama risau kalau dia mengandung."ujar Nurin.

"Baik mama."balas Airil pendek.

"Mama dengan papa tak marah Airil eh?"soal Airil sekadar ingin tahu.

"Tak ada sebab nak marah. Airil buat macam tu dekat dia untuk selamatkan dia juga kan? Lagipun hal ni baru berlaku dua minggu. Kalau dah lama, memang mama hempuk Ril pakai sudip."ujar Nurin. Qawid, Airil dan Hanna ketawa kecil.

"Hah iya, baru papa teringat! Minggu depan sepupu Ril dah nak kahwin. Jadi, make sure jadual atau apa-apa aktiviti Ril kosong."kata Qawid.

"Hah? Sepupu Ril? Yang mana?"soal Airil.

"Airish."balas Qawid sepatah.

"Wah... Budak ni, diam-diam ubi berisi. Dengan siapa mama?"soal Airil lagi ingin tahu.

"Dengan Uncle Hannif"balasan dari Nurin membuatkan air yang diminum oleh Airil tersembur. Tersembur pula mengena wajah Hanna.

"Abang! Sampai hati! Kotor tau!"jerit Hanna. Airil hanya menggulingkan bola matanya. Hanna dengan muka masamnya beredar menuju ke bilik.

"Serius mama? Papa? Dengan Uncle Hannif?"soal Airil menginginkan kepastian.

"Iya. Dah jodoh mereka nak buat macam mana?"balas Nurin.

"Hmm betul juga kan."Airil mengangguk. Tidak tahu mahu cakap apa sebenarnya.

•••

Suasana di meja makan itu sunyi dan hanya kedengaran sudu berlaga dengan pinggan. Masing-masing fokus melayan perasaan. Seorang dengan rasa gementarnya dan seorang lagi dengan rasa ingin tahu. Lebih baik makan dulu sebelum cakap apa-apa.

"Okey... So, you nak cakap apa dengan I? Dah nak bagitahu keputusan you ke?"soal Danish teruja. Lebar senyuman ditayang kepada Ellyza.

"Hmm iya. Sebenarnya..."Ellyza mengetap bibirnya. Kotak cincin milik Danish ditolak ke arah Danish.

"I tak boleh nak jadi girlfriend you."ujar Ellyza. Tuhan sahaja tahu setebal mana perasaan bersalahnya kepada Danish.

"Kenapa? You tak sayang I ke? I tak berjaya tawan hati you ke?"soal Danish. Senyumannya sudah pudar sedari tadi.

"Bukan macam tu. Perasaan cinta dan sayang tu lain. Sejujurnya, rasa sayang terhadap you tu ada. Perasaan cinta tu I tak tahu. Tapi tak kiralah I cintakan you atau tak, I kena juga buat pilihan ni."ujar Ellyza. Danish melepaskan keluhan.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang