BAB 55

3.7K 179 18
                                    

Suasana di cafe itu hinggar-binggar dengan manusia yang berpusu-pusu masuk ke dalam untuk berteduh daripada hujan yang lebat. Namun itu langsung tidak menganggu Alex dan Sandra yang berbual di suatu sudut.

"Macam mana dengan papa? Kau jumpa dia?"soal Alex memulakan perbualan. Sandra yang menyedut minuman menoleh memandang ke arah Alex kemudian kepalanya dianggukan beberapa kali mengiyakan soalan Alex.

"Jadi, dia sihat ke? Dah tua-tua pun masih merokok."ujar Alex tidak berpuas hati. Dia tahu bapa mereka mempunyai kanser paru-paru. Nasib baiklah masih di peringkat awal dan masih boleh dikawal.

"Sihat macam biasalah. Papa tu lambat betul nak laksanakan rancangan dia. Dah bertahun-tahun pun tak berjaya lagi. Sandra kena buat sesuatu juga."rungut Sandra.

"Raja Izzat dan Ratu Maira yang dia tumpaskan tu dikira tak berjaya ke? Kalau macam tu kau nak buat apa? Orang dalam istana tu bukan calang-calang orang. Sekali tersilap langkah, nyawa kau yang melayang."ujar Alex. Sempat ditunjalnya kepala Sandra. Sandra menjeling ke arah Alex. Suka hati sahaja main tunjal kepala dia.

"Hmm aku ada rancangan aku lah. Bukan dua orang okey yang papa tumpaskan! Lagi seorang tu, apa nama dia erk? Melur? Merkuri? Madu? Monyet ke apa entah. Yang pasti mula dengan huruf M, dah mati juga kan."

"Mawar lah bodoh! Tang mana pula mari Monyet dengan Merkuri."lagi sekali kepala Sandra menjadi mangsa tunjal dengan jari Alex. Tidak pernah lagi setakat ini dia mendengar seseorang dinamakan Merkuri mahu pun Monyet. Kalau Monyet, itu binatang!

"Sakitlah abang! Benci betul. Mengadu dekat papa baru tahu!"geram Sandra.

"Kau ingat papa peduli? Tak malu betul mengadu werk!"Alex jelirkan lidahnya. Sandra mencebik geram. Bertahan sahajalah mampu dengan perangai menjengkelkan abangnya itu. Kalau tiada abangnya, mungkin hidupnya tidak seceria itu. Iyalah, bapa sendiri lebih mementingkan pembalasan dendam berbanding anak sendiri.

"Ishh!"Sandra berdecit tidak puas hati.

"Dahlah aku nak balik dah ni."ujar Alex. Iced americano yang berbaki sedikit lagi itu disedutnya sampai habis.

"Alah nak ikut sekali. Abang tak pernah bawa Sandra pergi ke rumah baharu abang."pinta Sandra sambil membuat mimik muka sedih. Saja mahu memujuk Alex. Sebelum ini dia sudah pernah meminta Alex membawanya ke rumah baharu Alex, tetapi Alex tetap berkeras tidak membenarkan dia pergi. Entah apa yang disoroknya di rumah itu.

"Tak boleh. Tak payah nak mengada. Aku hantar kau balik rumah kau. Esok kau kena pergi kelas pula. Lewat dah ni. Tugasan kau belum tentu dah siap!"ujar Alex membuat alasan supaya Sandra tidak mengikutinya.

"Iyalah. Tapi selepas ni, Sandra nak pergi juga. Abang bernasib baik kali ni."balas Sandra mengalah. Sandra masih lagi belajar di kolej selama setahun. Umurnya dan Alex hanya berjarak 8 tahun.

Alex mula memandu ke rumah mewah dua tingkat di mana Sandra tinggal. Rumah itu adalah rumah yang dihadiahkan oleh bapa mereka. Dahulunya Alex tinggal di situ, tetapi Alex keluar dari rumah itu dengan memberikan alasan tempat kerjanya jauh dari tempat tinggal.

"Bye abang!"Sandra melambaikan tangannya ke arah Alex lalu masuk ke dalam. Melihatkan kereta Alex berlalu pergi, Sandra mengukirkan senyuman sinis. Dia terus masuk ke dalam untuk menukar pakaian.

"Semakin lama, aku semakin terabai disebabkan pembalasan dendam tu. Aku kena selesaikan malam ini juga!"gumam Sandra tekad. Topi hitam dan pelitup muka berwarna hitam dipakainya kemudian pisau rambo diselit di bahagian pinggang.

Alex meletakkan beberapa beg kertas di atas meja makan. Wajah Mawar yang sedang melantak nasi itu dipandangnya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Mawar. Mawar hanya menoleh sekilas dengan jelingan kemudian sambung menjamah makanannya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang