BAB 60

4.2K 197 39
                                    

Sandra memerhatikan halaman istana yang sedang menjadi tempat pertumpahan darah itu. Bibirnya menyungging senyuman sinis. Dia sudah mendapat idea baharu untuk cuba memasuki istana. Sebentar tadi dia terfikir untuk menyamar sebagai pengemis untuk masuk ke dalam istana. Pakaian lusuh yang dipakainya ditelek seketika kemudian pisau rambo di tangan lelaki yang sudah terbaring di atas tanah itu diambilnya.

"Good time."gumam Sandra. Lengannya dikelar menggunakan pisau rambo itu sendiri. Niatnya hanya untuk mencederakan diri sedikit agar penghuni istana jatuh kasihan akannya, namun tahukah dia, pisau itu sudah disapu menggunakan racun?

"Arghh!"Sandra menahan jeritannya. Demi mendapatkan rasa simpati daripada penghuni istana itu, dia sanggup mencederakan diri sendiri. Pedih di luka itu tidak tertahan. Mungkin disebabkan oleh racun yang terdapat pada pisau itu turut mula bertindak menambahkan pedih pada luka. Sandra mula terbaring lemah di atas tanah.

"Kenapa pedih sangat? Tak guna!"gumam Sandra perlahan dengan nafas yang tersekat-sekat. Dua minit berlalu berkeadaan sebegitu, hidung Sandra mula mengalirkan darah. Pandangannya berbalam-balam dan akhirnya gelap.

"Cik Hanna, sini ada orang lain selain semua lelaki berbaju hitam ni. Nampak macam pengemis dan dia cedera. Perlu ke kami kumpulkan perempuan tu sekali dengan mayat musuh?"soal pengawal istana itu tenang. Hanna mendekati pengawal itu lalu Sandra yang tidak menyedarkan diri di atas tanah itu dipandangnya.

"Pengemis? Bawa dia pergi ke bilik rawatan dan pastikan ada dua orang pengawal perhatikan dia. Minta Doktor Fatin rawatkan dia."arah Hanna dengan nada datar. Pengawal istana itu hanya akur dengan arahan Hanna.

"Macam mana perempuan tu boleh masuk ke dalam sini. Pelik betul."gumam Hanna. Langkah kaki diatur masuk ke dalam istana. Panas terik yang membahang membuatkan Hanna tidak sanggup menunggu lama-lama di luar.

"Ryyan, buka pintu ni Ryyan. Ryyan okey tak ni?"Hakim mengetuk-ngetuk pintu bilik Aryyan beberapa kali. Sudah dicuba oleh Qayyum tadi, tetapi Aryyan masih tidak membuka pintu bilik.

"Atif, cuba kau pergi panggil Mellysa. Dia ada dekat bilik rawatan."pinta Hakim. Pintu bilik Aryyan bukan pintu biasa. Harrash sudah berusaha keras membina pintu seperti itu. Bukan untuk keselesaan diri, namun untuk melindungi diri daripada ancaman musuh. Hanya Izzuan, Aarash dan Airish sahaja yang tahu kata laluan pintu itu.

Izzuan pula tiada di situ kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di Melodinia dengan Eyliz. Aarash dan Airish pula masih lagi berada di hospital. Mellysa menoleh memandang ke arah Atif yang melangkah masuk ke dalam bilik rawatan dengan dahi berkerut.

"Kenapa Atif?"soal Idham yang turut berada di situ. Bimbang akan keadaan isterinya walaupun hanya kecederaan yang tidak berapa serius.

"Ryyan berkurung dalam bilik. Kau cubalah pujuk Ryyan buka pintu bilik tu Mel."

"Haa? Dah kenapa dia kunci?"soal Mellysa bingung. Sebelum ini tidak pernah pula Aryyan buat perangai seperti itu.

"Aku pun tak tahu. Keadaan dia pun tak stabil lagi. Tambahan pula dia belum dapat kawal emosi dia. Aku bimbang dia tengah mengamuk je dekat dalam."ujar Atif.

"Fatin, awak boleh berhenti dulu. Nanti sambung rawat eh? Saya kena pergi tengok Aryyan."Mellysa menghentikan Fatin yang sedang merawat lukanya. Langkah kaki dihayun menuju ke arah bilik Aryyan yang sedikit jauh dari bilik rawatan itu.

"Dia tak bagi apa-apa balasan lagi ke?"Hakim menggelengkan kepala menjawab soalan Mellysa. Dia bergerak ke tepi sedikit untuk memberi laluan kepada Mellysa.

"Ryyan! Ryyan sayang? Buka pintu ni Ryyan. Kenapa kunci?"Mellysa mengetuk pintu bilik Aryyan berkali-kali. Sakit pada luka di lengannya yang tidak sempat dibalut itu langsung tidak dihiraukan. Yang paling penting sekarang ini adalah keselamatan anak saudaranya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang