BAB 35

4.5K 203 18
                                    

"BAH!!"Syahez mengejutkan Medina dari arah belakang.

"Wah bulan depan aku dah kurus!"latah Medina. Syahez dan yang lain sudah ketawa terbahak-bahak. Lagi-lagi Syahez yang sudah berguling di atas karpet berbulu itu.

"Tak gunalah kau ni!"Medina menyepak geram betis kaki Syahez. Syahez menghentikan gelak ketawanya. Dia bersandar pada kaki sofa.

"Dah rancang nak diet ke kau? Bersenam pun malas. Nak kurus bulan depan konon."perli Syahez.

"Ish aku melatah je pun. Bukan nak kurus betul-betul. Bencilah kau ni."rajuk Medina. Ini kalau adik ke abang ke ataupun sudah halal, sudah lama dia tarik rambut Syahez sampai tercabut. Biar botak tinggal tengkorak sahaja.

"Tak sayang aku dah?"bisik Syahez.

"Kami dengarlah. Bisik serupa pakai mikrofon! Bulan depan Uncle kahwinkan kau orang berdua."ujar Qayyum.

"HAH?"terkejut Syahez dan Medina. Apabila dua suara manusia ini bergabung, mulalah yang lain tutup telinga. Berdesing telinga!

"Kahwin. Bulan. Depan."satu persatu perkataan disebut oleh Izzuan menambahkan rasa terkejut Syahez dan Medina.

"WHAT?"sekali lagi mereka terjerit serentak.

"No! No! No! Dina tak nak!"bantah Medina. Gila lah mahu kahwin masa umur 22 tahun. Lagi-lagi dengan Syahez.

"Ermm Syahez pun tak nak kahwin dengan si gemuk ni."sokong Syahez pula.

"Habis tu yang main-main bercinta tu kenapa? Jadi, papa nak Syahez kahwin dengan dia. Takut nanti apa-apa jadi pula dekat kau orang berdua."ujar Hakim. Medina dan Syahez ternganga. Macam mana semua orang tahu?

"Alaa papa! Bukan macam tu! Ada perempuan kacau Syahez dekat kolej. Lepas tu Medina berlakon je jadi girl Syahez. Alaa... papa..."rengek Syahez.

"Haaa betul tu Uncle! Salahkan Syahez sebab suka sakat Medina macam tu dekat istana. Kami tak ada hubungan macam tu pun."ujar Medina pula. Kau tunggu Syahez! Nanti aku tendang kau masuk tasik!

"Kahwin je lah. Tok Nek teringin juga nak tengok kau orang kahwin. Asyik gaduh tak tentu pasal je. Lepas kahwin, bolehlah kau orang nak bertumbuk, nak bersentuh ke."ujar Puan Isya. Sengaja mahu turut serta menyakat dua cucunya itu.

"Erk?"Medina sudah menayangkan raut wajah peliknya.

"Muka kau hodohlah gemuk! Kau ingat cantik buat macam tu?"Syahez menjentik kepala Medina yang berlapik dengan tudung.

"Sakitlah gila! Kau ni kan!"Medina mengambil bantal lalu dihempuknya ke arah Syahez. Sedaya upaya Syahez cuba mengelak.

"Sakit kepala aku tengok budak dua orang ni. Jomlah Mak Lang. Kita carikan baju pengantin mereka dulu."ajak Nana. Tangan Puan Isya dipimpinnya menuju ke luar. Maira sudah mewasiatkan bahawa butiknya akan diserahkan kepada Hanis dan Iyana, manakala taman khasnya diserahkan kepada ketiga-tiga anaknya.

"Seriuslah? Acik Na!"teriak dua manusia yang tidak tahu bila ingin matang itu. Masaklah kalau dikahwinkan betul-betul. Wajah semua orang kelihatan serius sahaja ketika itu.

"Papa..."rengek Syahez sambil menggoncang bahu Hakim yang baru sahaja hendak terlena itu. Medina pula sudah ke luar untuk berjumpa dengan Mellysa.

"Nak apa? Nak tidur ni pun tak senang haihh..."keluh Hakim

"Acik Na nak kahwinkan Syahez dengan Dina! Tolonglah papa..."ujar Syahez.

"Pergi bincang dengan Medina. Semua orang nak Syahez kahwin dengan Medina. Cubalah bincang dengan dia elok-elok, lepas tu bagitahu keputusan. Jangan hancurkan harapan orang lain tau? Fikir elok-elok. Lainlah kalau kau orang ada cinta hati sendiri."gumam Hakim kemudian terlena semula. Syahez semakin buntu. Dia sendiri tidak pasti yang dia sayangkan Medina sebagai adik ataupun perempuan.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang