PROLOG

15.9K 333 6
                                    

'Betapa sakitnya hati aku bila melihat orang yang kita sayang bahagia diatas penderitaan aku. Apa salah aku sampai semua orang tak boleh bagi aku secebis kasih sayang. Tak boleh ke aku bahagia.' Keluhan yang hanya terungkap di hati Eryka.

Dari jauh dia melihat wajah yang amat dia sayanginya bergembira. Melihat semakin besarnya keluarga tersebut mambuatkan Eryka semakin terluka. Eryka hanya mampu memerhati dari jauh sahaja.

'One day, semua orang akan rasa apa yang aku rasa. Berbahagia lah wahai keluarga ku. Aku akan pastikan korang menderita dan rasai apa itu kesakitan dikhianati.'

Itulah dia sisi gelap Eryka. Sudah lama dia memendam rasa, ia bakal meletus bila-bila masa. Pasti akan ramai merasakan kesakitannya.

Tidak kira siapa sahaja yang cuba melukai hatinya lagi bakal menerima akibat yang sama. Dendam yang terpahat dalam hatinya semakin membuak-buak. Menunggu mangsa untuk dibahamnya.

Kasih sayang tidak wujud bagi dirinya. Dendam semakin membara di jiwanya. Kehilangan insan kesayangan membuat kan diri semakin penuh dengan dendam. Dia pernah di tanya dendam atau cinta mana yang akan menjadi pilihannya.

'Adakah cinta yang akan ku pilih? Cinta yang membawa makna kasih sayang. Atau, adakah dendam yang akan menjadi pilihan?

Biar masa yang menentukannya. I will wait that time coming.' Kata hati kecil Eryka. Masa akan menetukan dirinya kelak.

Perkarang rumah yang indah ditinggalkannya dengan penuh dendam. Senyuman sinis terlukis diwajah indahnya. Kaca mata hitam dipakai. Kereta Ferrari ditujuinya. "See you my familys."

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now