BAB 32

5.8K 174 0
                                    

"Siapa nama awak." Intan masih mengutarakan soalannya bila lelaki itu seperti mengelamun. Lelaki tersebut terkejut bila bahunya dipegang dan diutarakan soalan padanya.

"Sa... Saya... Eh aku.. Eh I mean my name..."

"Saya. Saya. Apa masalah kau tetiba gagap ni." Tegur Eryka dingin. Lelaki tersebut sudah terdiam apabila percakapannya dipotong oleh Eryka. "Kau ni Ery. Sian budak ni." Kata Mia.

"Entah kau ni. Walau aku tak tahu umur mamat ni, tapi aku yakin dia bawah kita. Jangan lah takukan dia wei." Kata Juliana pula.

Eryka sudah membuat muka menyampahnya. Intan masih merenung wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu masih menundukkan kepalanya. "Apa-apa jelah." Balas Eryka dingin.

"Ezzarul Hans bin Ezzudin Hans. Warganegara Malaysia. Dibesarkan di Kuala Lumpur. Dilahirkan pada, eh penting ke aku sebut. Tak penting. Berumur 21 tahun, pelajar bidang arkitek. Lagi 2 tahun setengah bakal habis pelajaran peringkat degree dia.

Lari dari rumah. Malas nak cerita punca lari rumah. Akhir sekali kau anak Dato Ezzudin Hans dan Datin Nadia." Eryka bersuara dengan dinginnya.

"Macam mana kau tahu." Tanya Ezzarul. Semua penghuni bilik Ezzarul memerhati wajah Eryka. "Macam mana aku tahu, camtu lah." Jawab Eryka selamba. Mia dan Juliana menayangkan muka menyampah.

"Aku rasa nak sepak je muka kau Eryka." Kata Mia. Juliana anggukan kepalanya.

"Apa-apa jelah. Aku nak turun, nak sambung makan." Eryka memusingkan tubuhnya dan berlalu ke pintu. "Korang semua siapa. Terutamanya kau si muka dingin." Tanya Ezzarul dengan selambanya.

Eryka memberhentikan langkahnya. Eryka menoleh kembali ke arah Ezzarul. 'Suka hati mak bapak je gelar aku.' Desis Eryka.

"Hai saya Intan, yang baju biru tu kak Juliana, yang baju merah Kak Mia, yang awak kata si muka dingin tu kak Eryka. Selamat berkenalan." Jawab Intan dengan selambanya. Eryka sudah menjulingkan matanya. Menyampah dengan pertuturan Intan. 'Ni lagi sorang, suka hati je kata aku si dingin.' Desis Eryka lagi. Ezzarul menganggukan kepala.

"Ezz, sekarang ni kak Mia nak tanya, betul ke yang kaka Eryka cakap. Satu lagi kamu belajar sambil kerja ke." Tanya Mia. Ezzarul anggukan kepala. "Ya,saya memang lari dari rumah. Saya lari dari rumah pun sebab salah faham. Masa tu saya masih muda lagi. Maklumlah jiwa memberontak katakan. Tapi, saya masih tunggu keluarga saya. Nampak sangat diorang tak kisah saya lari rumah dan tinggalkan diorang.

Pada Masa yang sama, saya dapat panggilan sambung belajar sini. Tapi tulah, saya kena kerja untuk tampung pembelajaran saya serta kehidupan harian saya. Maklumlah tak ada duit poket, saya lari pun bawak duit yang sikit.

Keluarga saya langsung tak cari saya kut. Dah dekat 2 tahun saya kat sini. Diorang mesti dah buang saya." Muka sedih Ezzarul menarik perhatian penghuni bilik tersebut. Eryka masih dengan muka dinginnya.

"Mulai esok, kau berhenti kerja. Aku akan tanggung pelajaran kau sampai habis." Kata Eryka. Ezzarul terus memandang wajah Eryka. "Tak pe, saya dah biasa... saya tak nak susahkan korang." Kata Ezzarul.

"Ada aku nak dengar pendapat kau atau luahan hati kau. Tak ada kan. Kata-kata aku muktamad." Ezzarul ingin bersuara lagi tetapi dihalang oleh Eryka. "MUKTAMAD!" Kata Eryka lagi.

"Lebih baik awak dengar je kata kak Eryka." Kata Juliana. Ezzarul anggukan kepalanya.

****

Ruang tamu menjadi tempat kebiasaan Eryka lepak bersama adik angkatnya serta kawan-kawannya. "Evil girl." Teguran seseorang membuatkan semua menoleh kepada si suara pemanggil.

Ezzarul terkejut dengan panggilan tersebut. Dia memerhati lelaki yang menegur Eryka bersama dengan beberapa lelaki lain. "Ermm." Sahut Eryka.

"Seperti arahan kw, Ezzarul telah diberhentikan kerja. Kos pembelajaran juga telah kami langsaikan." Eryka anggukan kepala. "Syarikat tu mintak pampasan atau tidak." Tanya Juliana. Eryka melakar senyuman sinis.

"Tidak, bila saya guna nama ES. Secara automatik syarikat tu setuju untuk berhentikan Ezzarul." Jawab Ali. "Eryka oii... ramai betul orang takut kau ya." Kata Mia.

"ES... maksudnya Kak Eryka adalah ES. Pemilik ES DIAMOND HOLDING. Wanita yang berpengaruh dalam dunia koprat." Kata Ezzarul. Intan anggukan kepala. Ezzarul tergamam. Tidak sangka yang dia tinggal bersama wanita yang digeruni dalam dunia koprat.

"Diorang ada tanya pape tak." Ali anggukan kepala. "Kau jawab apa." Tanya Mia. "Kami jawab Ezzarul kini berkerja dengan kita. Tu je." Jawab Ali.

"Kenapa kau panggil dia Evil Girl." Tanya Ezzarul. Tiada lagi kata saya. Ali mendiamkan dirinya.

Eryka memandang wajah Ezzarul. "Sebab aku adalah ketua mafia. So kau nak lari ke dari rumah ni." Jawab Eryka tenang. Ezzarul terdiam seribu bahasa. Akhirnya dia menggelengkan kepala.

"Tidak." Jawab Ezzarul. Eryka anggukan kepalanya. "Ali, mulai esok aku nak kau latihkan Ezzarul. Aku tak nak dia jadi macam Intan." Ali anggukan kepala.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now