"Beb tahniah. Dah 4 minggu usia kandungan kau." Eryka tergamam. Ya sebaik dia sampai pejabat dia rasa pening sangat. Disebabkan badan dia rasa lain macam, Eryka menghubungi Mia untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Mia menyuruhnya datang ke klinik, jadi Eryka menyuruh Juliana menghantarnya.
"Tahniah beb. Tak sabar aku nak jadi aunty anak kau." Sahut Juliana. Eryka tersenyum. Sudah sebulan sejak kejadian Ezril merampas mahkotanya. "Aku nak kau diamkan pasal ni." Juliana dan Mia tersentak. "Asal. Kau kena bagi tahu laki kau beb. That yours child."
Eryka mengeluh. "Aku takut dia takkan terima anak ni." Juliana pandang simpati pada Eryka. Mia memeluk Eryka. "Aku yakin dia akan terima anak ni." Eryka mengangguk kepala. "Juliana teman aku gi shopping." Juliana bersinar mata dia. "Aku nak ikut." Mia muncung bibirnya, tanda protes.
"Ok. Jom lah aunty to be semua." Bersorak mereka berdua.
****
"Zaf, tengok sana. Tu bukan ke bini Ezril. Dia buat apa kat sini." Zafran melihat gerangan yang ditunjuk oleh sahabatnya Imran. Zafran a.k.a Dragon dan Imran a.k.a orang kanan Dragon. "Wow, tak sangka aku akan face to face dengan dia. Tapi, cuba kau tengok penampilan dia. Tak macam orang miskin pun. Kau kata dia sentiasa di dera dengan laki dan mak mentua dia kan."
Imran mengangguk kepala. "Ha ah kan. Tapi cuba kau tengok, cara jalan pon macam orang kaya. Pakaian dia tu semua up to date. Boleh kata beribu harga dia." Kata Imran. 'Suka hati dia je tilik bini orang.' Bisik hati Zafran. "Aku rasa dia sembunyikan sesuatu dari pandangan orang luar. Cuba tengok, tadi dia tak pakai kaca mata hitam. Lepas tu tetiba dia pakai."
Zafran menganggukkan kepala. Ya tadi perempuan tu tak pakai kaca mata hitam. Then sekarang dia pakai kaca mata hitam lak. Zafran memerhati sahaja gerak geri wanita tersebut. "Kenapa aku rasa semacam je bila tengok muka dia. Aku rasa macam dah lama kenal dia." Imran pandang muka Zafran minta kepastian.
"Kau jangan cari pasal wei. Kita belum buat perhitungan dengan Black Devils lagi." Zafran angguk kepala sahaja. "Ermmmmm." Imran diam je.
****
"Aku rasa ada orang perhatikan kita lah." Kata Eryka menyentakkan mereka berdua. "Apa maksud kau. Kau pakai Kaca mata hitam kut. Takkan ada sesiapa yang cam kau lah." Juliana mengiakan kata Mia.
"Firasat aku kut. Jom lah sambung shopping lagi." Eryka berfikiran positif. Mia dan Juliana berjalan beriringan menuju ke salah sebuah butik. Seronok dapat shopping dan spend time masa bertiga. Dah lama kut tak spend time masa bersama.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...