BAB 39

6.1K 178 1
                                    

"Camne dengan isteri aku bro." Tanya Ezril sebaik sahaja doktor yang merawat isterinya mengemaskan barang doktornya.

"Dia cuma demam panas sikit, tekanan darah dia tinggi. Aku rasa dia stres kut sejak akhir-akhir ni. Biasa lah perempuan. Perubahan hormon rasanya. Tangan dia pun aku dah balut, nasib tak dalam luka dia." Sahut Kimi doktor peribadi Ezril.

Ezril mengangguk kepala. "No tu bukan Ery... plesss belive me. Tu bukan Ery" Ezril terkejut mendengar igauan Eryka. Kimi terus check suhu badan Eryka. "Bro, suhu badan dia naik secara mendadak. Aku rasa kena bawak dia pergi hospital."

"Noooo!" Eryka tersedar.

"Eryka kau ok." Eryka tengok sekeliling. "Aku kat mana ni." Tanya Eryka. "Kita kat bilik kita. Ery kita pergi hospital nak tak." Kata Ezril dengan tenang. "Aku tak nak. Tak payah nak buat baik dengan aku lah." Kata Eryka dengan senyuman sinisnya.

Eryka dikuasai api kemarahannya. Dia bangkit dari baringnya. Tidak peduli dengan kesakitan yang dialaminya. "Kau tak payah nak buat baik. Kau ! tak layak hidup. Arghh." Eryka menghampiri Ezril.

Leher Ezril dicekiknya. Kimi tergamam dengan tindakan drastik Eryka. Ezril turut terdiam bila mendengar kata Eryka. Pandangan Eryka tetiba gelap. Akhirnya dia pengsan kembali. Tubuhnya terlampau lemah.

"Bro macam ni. Aku risau ni." Kimi melihat riak wajah risau Ezril. Tubuh Eryka sudah diletakkan kembali diatas katil. "Apa yang berlaku Ril." Tanya Kimi tanpa selindung. Ezril menundukkan kepalanya.

Pintu bilik dibuka. Terpamer wajah Danial dan Mia termasuk Megat sekali. "Kau asal ke sini." Megat senyum je. "Aku telefon Danial tadi. Awek dia kan doktor juga. So aku mintak bantuan awek dia untuk check apa yang patut." Terang Kimi pada Ezril. Ezril angguk sahaja. "Boleh all of you get out pleass. I nak buat kerja."

"Eryka baru pengsan balik. I rasa dia tertekan, tu dia pengsan balik. Dari wajah dia macam dia ada masalah." Terang Kimi dalam masa yang sama menyindir sahabatnya Ezril. Ezril masih menundukkan kepalanya. "Ok." Kata Mia. Akhirnya mereka meninggalkan bilik tersebut. Mia memandang wajah Eryka.

"Ery wake up. Aku tahu kau kuat." Mia tahu bahawa kalau Eryka demam yang teruk. Eryka takkan sedarkan diri untuk satu hari. Mia mengambil lagi suhu badan Eryka. Suhu Eryka sudah tinggi.

Pintu bilik diketuk. "Masuk." Danial masuk. "How?" Mia geleng. "Awak tolong saya." Danial memandang wajah sayu teman wanitanya. "Yes. Cakap lah." Mia menghembus nafasnya. "Ery akan perlukan saya bila dia sedar. Saya takut di meracau dan membongkar identiti dia. So cakap kat Ril, saya teman isteri dia. Cakap lah pape. Asalkan saya teman Ery." Danial angguk kepala.

Dahi Mia dicium lembut. "Aku yakin dia akan ok nanti. Kau pun jaga kesihatan tu. Takut nanti kau pulak pengsan. Apa-apa panggil aku kat bawah." Mia anggukan kepala. Danial meninggalkan bilik tersebut.

****

Danial menghampiri Ezril, Megat dan Kimi. "Bro, How?." Tanya Ezril. Danial geleng kepala. "Ril aku nak mintak izin ni. Awek aku, dia nak teman bini kau. Dia kata suhu badan bini kau tak stabil. So dia nak teman bini kau. Senang kalau pape jadi."

Ezril terdiam. "Teruk sangat ke Bro." Danial geleng kepala. "Sebenarnya...." Mia menghampiri Danial. Dia tahu dia kena backup teman lelaki dia. "Sebenarnya, Eryka pernah jadi pesakit I. Dia pernah kena demam yang teruk. Dia takkan sedarkan diri untuk satu hari. Dan suhu badan dia sentiasa tidak akan stabil. Sebab tu I mintak kebenaran untuk tinggalkan kat sini buat sementara. Boleh tak." Kata Mia.

"Dia pernah jadi pesakit you." Tanya Ezril hairan. Mia sudah terdiam. 'Aduh.' Bisik Mia. "Haah, dia pernah pesakit I. You tahukan, dia kerja dia ES Holding. So dia pernah sakit, ES bawak dia jumpa I. So I rawat jelah. Sebab tu I tahu pasal kesihatan dia ni." Jawab Mia dengan tenang.

Ezril hanya menganggukkan kepala. "Ok, aku izinkan. Kau tidur lah dalam bilik tu. Kimi kau nak tidur sini ke." Megat dengan Danial tinggal sini. Kimi mengangguk kepala. "Bukan selalu. Dan dah larut malam sangat ni. Aku tidur sini. Aku malas nak drive." Ezril angguk kepala. "Ok jom aku bawak korang kebilik korang."

****

"Korang patut mati!!!!" Jeritan Eryka mengejutkan seisi rumah. Mia terus mengejutkan Eryka. Eryka mengerang dalam tidurnya. Eryka tersedar dengan matanya merah menyala. EVIL RED EYES. "Ery, sedar Ery. Tolong tengok muka aku. Aku Mia ni."

Ya ni lah akan beraku bila Eryka sakit dan ditambahkan tekanan pada diri dia. Dia tidak dapat kawal diri dia yang penuh api dendam. Apa yang Ezril dah lakukan ni.

Ketukan pintu bilik semakin kuat. Mia. "Apa yang berlaku. Kau ok tak." Kenapa Eryka menjerit. Bertalu – talu soalan Danial. Ezril dan yang lain menunggu dengan tanda tanya.

Mereka terkejut dengan jeritan Eryka. Mereka hanya mampu tidur-tidur ayam kerana risau akan kesihatan Eryka. Bila terdengar jeritan Eryka di Subuh hari menyebabkan mereka risau lalu berlari ke bilik Eryka.

"Tak de pape. Jangan Risau." Tubuh Eryka dipeluk Mia. "Ery pleass tolong kawal kemarahan kau. Nanti kau bertindak luar kawalan. Ery ni bukan mimpi. Kau sekarang kat dunia realiti. Pleass sedar." Ketukan pintu terus mengusarkan hati Mia. 'Aduh ubat buis aku tertinggal. Kalau tak dah lama aku tidurkan dia balik.'

Pelukan dileraikan. Eryka bangkit daripada katilnya. "Ery kau nak pergi mana." Mia masih mengawal suaranya. Eryka memandang wajah Mia. "Aku ok. Jap bagi aku kawal kemarahan aku. Kalau tak mata aku kekal merah nanti." Mia lega.

Mata berwarna merah menatap wajah Mia. Akhirnya dia berlalu kebilik air. Sakit kepalanya dibiarkan sahaja. Dia perlukan ketenangan sekarang.

Mia membuka pintu bilik. Terpancul wajah keempat-empat jejaka di hadapannya. "Eryka macam mana sekarang." Tanya Ezril. Mia melepaskan nafas beratnya. "Ery ok, cuma dia mimpi buruk. Jangan risau." Kata Mia lembut.

Kempat-empat lelaki tersebut menganggukan kepala dan menuju kebilik mereka. Ezril masuk kedalam bilik yang menempatkan Eryka demi mengambil bajunya sahaja. Dia memerhati kearah katil. Eryka sudah tiada disitu.

"Dia dalam tandas." Kata Mia bila dia melihat wajah Ezril yang penuh tanda tanya. Ezril anggukan kepala dan meninggalkan bilik tersebut. Mia melepaskan nafas leganya.

"Ery, keluarlah. Diorang dah pergi bilik diorang." Kata Mia perlahan. Eryka keluar dari bilik air. Wajah Eryka diperhatikan. Mata merah Eryka sudah bertukar ke warna asalnya.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now