BAB 56

6.3K 156 0
                                    

"Kamu tak pape anak muda." Seorang lelaki yang sudah berusia menegurnya. Kepalanya dipegang. "Pak cik, mana umi, walid dan abang saya. Saya kat mana." Tanya si budak lelaki tersebut.

"Siapa nama kamu." Tanya lelaki tua itu. "Saya Zafran. Pak Cik mana keluarga saya." Tanya Zafran. "Maaf Pak cik tak tahu." Katanya. "Pak cik siapa ?" Tanya Zafran.

"Nama Pak cik Fakrul." Jawab Encik Fakrul. "Pak cik, saya nak jumpa keluarga saya. Boleh pak cik." Encik Fakrul anggukan kepala. "Saya tanya doktor dulu. Kamu tunggu sini." Encik Fakrul meninggalkan Zafran untuk berjumpa doktor yang merawat dirinya.

Doktor masuk kebilik Zafran. "Mari saya tengok dulu keadaan kamu." Setelah Zafran diperiksa doktor tersebut menoleh kearah Encik Fakrul. "Nasib hanya kecederaan ringan. Hanya luka dan patah tangan sahaja. Melalui keputusan X-ray tiada kecedaran di bahagian kepala dan sebagai." Kata Doktor tersebut.

"Syukur lah." Kata Encik Fakrul. "Doktor boleh saya keluar tak dari sini." Kata Zafran. "Maaf, saya tak boleh keluar lagi. Kamu kena ada kat sini sekurang-kurang 3 hari lagi." Kata doktor tersebut.

"Tolong doktor saya nak keluar. Saya nk cari keluarga saya. Last saya jumpa diorang sebelum kemalangan tu. Pak cik tolong cari keluarga saya. Saya nak keluarga saya." Tangis Zafran. "Kalau keluarga kamu kemalangan bersama kamu, bagaimana kamu boleh disini tanpa keluarga kamu." Kata Doktor tersebut.

"Sebenarnya saya dan keluarga saya jumpa dia di tepi sungai. Dalam keadaan yang cedera parah." Doktor angguk dengar penerangan Encik Fakrul. "Saya bawak dia keluar sekejap boleh. Nanti saya bawak dia balik sini balik." Kata Encik Fakrul.

Doktor tersebut berasa serba salah. Akhirnya dia anggukan kepala. Zafran tersenyum. "Kita keluar kejap ya. Lepas tu kita balik sini balik." Zafran anggukan kepala.

****

Air mata jantannya mengalir membasahi pipi. Encik Fakrul menggosok belakang Zafran. Dari dalam kereta dia memerhati orang ramai mula meninggalkan tanah perkuburan tersebut.

"Pak cik, jom kita ke sana. Saya nak jumpa keluarga saya." Tangis Zafran. Dia membuka pintu kereta. Zafran tunggu sini. "Tengok sana." Tangan Zafran ditahannya.

Seorang lelaki tua tergelak di tanah perkuburan tersebut. Dari jauh Zafran memerhati sahaja. Tetiba tingkap kereta Encik Fakrul diketuk. Pintu seat belakang dibuka dan dimasuki oleh lelaki yang mengetuk tingkap tersebut.

"Tuan, lelaki tersebut merupakan pembunuh keluarga Tuan Zaki." Kata lelaki tersebut. Zafran tergamam. Tangan dikepal. "Dia bunuh keluarga aku. Aku nak bunuh dia!" Jerit Zafran. Pintu kereta cuba dibuka. Tapi ditahan Encik Fakrul.

"Zafran, sabar. Kita jangan bertindak melulu, kita kena pandai nak jatuhkan dia. Kalau kamu nak bunuh dia, tapi kamu yang terbunuh. Bagaimana kamu nak tegak keadilan untuk keluarga kamu." Zafran terdiam mendengar kata Encik Fakrul.

"Betul tu Zafran." Kata lelaki tersebut. Lelaki Tua yang berada di tanah perkuburan tersebut pula meninggalakan kawasan itu. "Bob, sediakan bodyguard yang lain untuk awasi kawasan sini. Aku nak bawak Zafran ke kubur keluarga dia." Lelaki yang bernama Bob tersebut anggukan kepala, panggilan telefon lantas dibuatnya.

Terdapat beberapa orang berkot hitam mula memenuhi kawasan tersebut. Zafran dan Encik Fakrul keluar dari kereta tersebut. Kubur keluarganya ditujuinya. Tangisan Zafran berlagu. "Umi, Walid, abang Zaf rindu korang. Hiks..hiks" Tangis Zafran.

Encik Fakrul meredakan tangisan Zafran. "Mari kita baca Yassin. Lepas tu kita kena balik. Takut pembunuh tu ada disekitar sini lagi." Zafran anggukan kepalanya. Ayat suci dibaca.

Selesai sahaja bacaan Yassin, Zafran dan Encik Fakrul meninggalkan perkarangan perkuburan tersebut. "Zafran akan tuntut keadilan untuk korang semua." Kata Zafran. Encik Fakrul hanya memeluk tubuh anak lelaki itu.

****

Kini Zafran berada di hospital kembali. Pintu wadnya dibuka. Seorang wanita berusia menghampirinya. "Kamu tak makan lagi ke Zafran." Tegur wanita tersebut. Bekal makanan yang diminta oleh Encik Fakrul untuk dibekalkan kepada Zafran diperhati.

"Mak cik ni siapa ya." Tanya Zafran lembut. Wanita itu tersenyum manis. "Panggil mak cik mama Nia,boleh." Kata Puan Dania. Zafran terdiam. Tubuh muda itu dipeluknya. Zafran menitis air matanya. Dia rindu pelukan uminya.

"Hiks..hiks... mama... Zaf...Zafran rindu umi." Kata Zafran. Tanpa rasa kekok dia menyebut perkataan mama. Encik Fakrul yang baru masuk bilik tersebut tersenyum manis melihat suasana dihadapan matanya.

Dia menghampiri isterinya dan anak angkatnya. "Zafran mulai hari ini panggil Pak cik papa ya." Zafran anggukan kepalanya. "Kita makan ya. Mama suap." Kata Puan Dania. Zafran anggukan kepala. Puan Dania terasa senang melakukannya.

Sudah 10 tahun berkahwin masih tidak dikurniakan anak. Kini dia yakin, dengan adanya Zafran. Pasti dia akan merasai menjadi seorang ibu. Dengan penuh kasih sayang, dia menyuap Zafran makan. Encik Fakrul tersenyum manis melihat isterinya mencurahakn kasih sayang pada Zafran.

"Bang, macam mana tadi." Tanya Puan Dania sambal menyuap Zafran. "Sudah selesai semuanya. Zafran mulai sekarang kamu akan tinggal Bersama kami. Satu lagi, papa sudah berurusan dengan anggota polis yang sedang menyelesaikan kes kamu.

Mereka setuju menyembunyikan kamu. Maknanya kamu akan berada di bawah pengawasan dan pantauan papa mulai hari ini. Atau lagi tepat kamu akan jadi anak papa dan mama. Itu salah satu cara untuk memastikan pembunuh itu tidak mengetahui kewujudan kamu." Terang Encik Fakrul.

Zafran yang mendengar akhirnya bersuara, "Thank papa, mama. Thank terima Zafran menjadi anak papa dan mama." Puan Dania terus tersenyum. "Mama dan papa pun nak ucapakan terima kasih sebab sudi menjadi anak kami." Zafran terus senyum melihat wajah ibu angkatnya.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now