"Cik puan, Dato Robiah nak jumpa kat perpustakaan dia." Eryka memandang wajah yang menegurnya. Senyuman dilemparkan kepada orang kanan Dato Robiah tersebut. Cawan yang dilapnya diletakan diatas meja.
"Mak Nab, saya nak ke perpustakaan jumpa nenek jap ya. Nanti saya tolong." Kata Eryka. "Tak apa, dah nak siap ni. Kamu pergilah jumpa Dato Robiah. Yang lain Mak Nab siapkan." Kata Mak Mak Nab.
"Mari." Kata Eryka. Perpustakaan ditujuinya. "Nek nak jumpa Ery ke." Tegur Eryka sebaik melihat wajah tua itu. "Duduklah lah cu. Nenek nak cakap sesuatu." Sofa yang berdekatan Dato Robiah dihampiri.
Wajah orang kanan Dato Robiah menyapa pandangan Eryka. Dulang berisi air diletakkan di atas meja kopi berdekatan mereka. Lalu orang kanan Dato Robiah meninggalkan mereka berdua.
"Nenek nak cakap apa." Eryka memcahkan suasana yang sepi dari tadi. "Nenek tahu siapa kamu yang sebenarnya." Eryka terkejut dengan pernyataan Dato Robiah.
"Apa maksud nenek." Cuba minta kepastian. Mampus gua lorhhh. "Nenek tahu kamu billionier senyap, camne nenek tahu, mesti tu kamu fikirkan." Eryka mengangguk. "Kamu kenal Ezzarul."
Eryka terdiam seketika. 'Tak akan dia cam aku.' Bisik hati kecil Eryka.
"Nenek cam kamu dari awal lagi nenek jumpa kamu kat kampung mak kamu. Walaupun kamu bertopeng dulu, tapi nenek tetap boleh cam kamu. Kamu lah kakak angakat arwah Ezzarul.
Kakak yang merupakan billionier senyap yang membantu dia semasa dia dalam bahaya di Amsterdem dulu. Kamu lah yang hari-hari dia duk cerita. Sehingga lah dia balik sini bersama isteri dia, kamu juga yang kahwinkan mereka." Eryka masih mendiamkan dirinya.
"Baru beberapa bulan mereka pulang, mereka terlibat dalam kemalangan. Tapi kamu tak pulang untuk tengok mereka sebelum mereka pergi buat selamanya. Kamu tahu mereka rindukan kamu sangat. Kenapa Eryka. Kenapa kamu tak pulang."
Eryka memeluk Dato Robiah bagi menenang hati tua itu. Eryka melepaskan pelukan tersebut. Wajah tua Dato Robiah dipandangnya. Tangan Dato Robiah digenggam bagi memberi kekuatan.
"Nek, Ery balik sebenarnya. Ery sempat bertemu dengan Ezz dan Intan. Ery sempat sebelum ajal menjemput diorang nek. Ery datang jumpa mereka nek. Nek ingat tak budak yang berhodie keluar dari bilik Intan tu. Yang terlanggar bahu nenek, tulah Ery." Dato Robiah memandang wajah cucu menantu bagi minta kepastian.
" Jadi itu kamu." Eryka mengangguk. "Syukurlah kamu sempat jumpa mereka." Eryka tersenyum. "Nek Ery tahu kemalangan diorang dirancang nek. Ery tahu nek pon tahu benda nikan."
"Ya nenek tahu, jadi masa nenek takde nanti kamu tolong jaga keluarga ni. Nenek tahu aktiviti Ezril selama ni. Tapi nenek diamkan. Sebab tu nenek nak mintak tolong, andai kata jodoh kamu tak panjang, nenek amanah kan kamu untuk jaga kan keluarga ni sampai semuanya selesai."
"Ery akan cari kebenarannya dan jaga keluarga ini sehingga masalah ni selesai. Ery Janji." Raut wajah kelegaan dipamirkan diwajah tuanya. "Nenek boleh pergi dengan tenang." Eryka terdiam seketika. "Apa maksud nenek ni. Nenek akan balik kan nanti." Dato Robiah hanya senyum sahaja.
****
Dalam bilik beradu, "Apa nenek cakap kat kau hah." Tanya Ezril dengan dinginnya. "Ooo.. nenek just cakap dengar cakap suami, jadi isteri yang solehah, bla bla bla." Ezril hanya angguk kepala sahaja. "Kau tido kat SOFA ! Faham!"
'Nak tercabut telinga aku. Nasib bilik kalis bunyi.' Eryka angguk kepala. Hati jangan cakaplah, pelbagai sumpah seranah dilemparkannya.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcciónEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...