"Tak sangka saya yang ES tu Eryka kan bang." Kata Datin Ariana. Dato Ramli yang mendengar celoteh bininya turut anggukan kepala. "Tu lah mommy, masa kitorang tahu siapa ES tergamam jugaklah." Kata Rafael.
"Mommy best lah kak Ery tu. Tak macam kau long. Bosan." Bergema tawa Dato Ramli dan Datin Ariana mendengar kata Rafiq. "Eh kau, ada yang makan kaki aku jap lagi. Kau fikir kau tu best ke aku layan. Sikit-sikit cengeng." Kata Rafael.
Rafiq sudah mencemberutkan mukanya. "Tengok tu baru cakap tadi. Dah buat muka." Kata rafael membuatkan Datin Ariana dan Dato Ramli tertawa. "Mommy tengok along ni." Kata Rafiq.
"Sudah kamu berdua ni. Kalau tak bergaduh satu hari tak sah kan." Dato Ramli bersuara. Tergaru-garu kepala mereka berdua. "Seronoknya kalau ada perempuan. Boleh tolong kita kat dapur. Nak tunggu menantu, entah bila ada menantunya. Nasib ada Eryka dengan Juliana. Ada juga teman bergosip masa masak." Kata Datin Ariana.
Dato Ramli menahan tawanya. Dia tahu yang isterinya sedang menyindir anak lelaki sulungnya. "Haih mommy, lain macam je sindir tu." Kata Rafael. "Terasa ke." Balas Datin Ariana.
Rafael sudah mengaru kepalanya. Rafiq dan Dato Ramli melepaskan tawa mereka yang tertahan tadi. "Gelak lak kau." kepala Rafiq ditolaknya. "Wek..." Rafiq menjelirkan lidahnya. Tergeleng – geleng kepala Datin Ariana dan Dato Ramli melihat telatah anak mereka bergelut.
Datin Ariana tersenyum bila meningat kembali aktiviti yang dilakukannya petang tadi. Terasa seronok meluangakan masa bersama Eryka dan Juliana. Terasa seperti mempunyai anak perempuan.
Sejak dia keguguran dahulu, dia telah disahkan tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, dia hanya memiliki dua orang putera sahaja. Walau bagaimana pun, dia redha akan ketentuan Allah. Dia terasa bahagia berada disamping keluarga tercintanya.
****
"Eryka.... kamu...ka...kamu ES se..selama ni." Tergagap Datin Ariana bila melihat wajah Eryka. Eryka tersenyum sinis. "Serius lah, hai sis Ery." Kata Rafiq. Rafiq yang muda dari Eryka sudah tersengih-sengih melihat wajah Eryka.
Juliana menggeleng kepala melihat perangai gedik Rafiq. Rafiq yang jenis mesra orang membuatkan Eryka mudah mesra dengan Rafiq. Kepala Rafiq diusap lembut.
"Horey, Sis Ery usap kepala Rafiq. Mommy Rafiq ada kakak yang penyayang tau. Tak macam along, asik ketuk kepala Rafiq je." Kata Rafiq. Dato Ramli dan Datin Ariana melepasakan tawa mereka. Juliana hanya mampu senyum sahaja.
Rafael sudah membuat muka. "Kau ingat Eryka tu nak melayan perangai yang kau mengada tu. Dah lah cengeng." Kutuk Rafael. "Eleh, jeles lah tu. Cakap lah kau sebenarnya nak jugak sis Ery usap kepala kau." Kata Rafiq sambil menjelirkan lidahnya.
Eryka sudah menggelengkan kepalanya. "Sudahlah bertekak kamu berdua ni. Kesian Eryka pening menghadap perangai mengada kamu." Kata Datin Ariana. "Sorry mommy." Kata mereka berdua serentak. Eryka yang duduk disebelah Rafiq hanya mampu tersenyum
Eryka terasa seronok melihat keluarga yang berada dihadapan matanya kini. "Eryka, kamu nak makan apa. Hari ni Mak Long masak untuk kamu." Eryka yang dari tadi diam tersentak bila ditegur mak saudaranya itu.
"Mak Long masaklah pape. Eryka makan je." Kata Eryka. "Juliana kamu ada nak makan pape. Mak Long masak kan." Juliana tersenyum malu. "Mak Long masak apa -apa pun saya makan je." Kata Juliana.
"Mak Long, kalau nak tahu dia ni semua benda makan. Kecuali kayu dengan batu. Auch.." Terjerit Eryka apabila Juliana mencubit peha dia. Datin Ariana tersenyum melihat perbalahan antara Juliana dan Eryka.
"Sudahlah kamu berdua ni. Mak Long nak kedapur dulu ya." Kata Datin Ariana. "Mommy tak nak tanya kami nak makan apa ke mommy." Kata Rafiq. Datin Ariana menjeling manja melihat wajahnya. "Tak nak." Kata Datin Ariana.
"Mak Long kitorang tolong." Eryka dan Juliana bangkit dari duduk mereka dan mengejar langkah Datin Ariana. Datin Ariana hanya menganggukan kepalanya. Dato Ramli memerhati langkah isterinya bersama Eryka dan Juliana.
"Daddy, kalau Eryka hari-hari kat sini. Mesti bestkan." Kata Rafael. Dato Ramli hanya anggukkan kepala sahaja.
****
"Jauh menung." Teguran Mia membuatkan Eryka terkejut. Juliana dan Mia melabuhkan duduk mereka bersebelahan Eryka. "Saje je menung. Teringat pasal petang tadi dengan keluarga Dato Ramli." Kata Eryka.
"Aku tengok kau tetiba boleh mesra dengan diorang wei. Aku ingat kau akan dingin dengan diorang dulu ke atau apa tadi." Kata Juliana. Eryka tersenyum hambar. "Aku pun tak tahu, tetiba je aku rasa mesra sangat dengan diorang. Nak-nak dengan perangai Rafiq. Aku terasa selesa sangat dengan keluarga tu." Kata Eryka.
Juliana dan Mia hanya mampu anggukan kepala. Eryka terus merenung langit malam. "Ery... Eryka" memandang wajah Mia. "Kau ok..." kata Mia. Eryka anggukan kepala. Juliana hanya mampu merenung wajah Eryka.
![](https://img.wattpad.com/cover/217779530-288-k551778.jpg)
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...