BAB 13

6.1K 214 3
                                    

Majlis akad nikah yang sangat meriah. Disertai oleh tetamu keluarga Tan Sri Effendi dan Pun Sri Maisara. Tak terkira juga tetamu Dato Firdaus dan Datin Suraya. Majlis nikah yang bertemakan putih. Seorang wanita duduk bersimpuh diatas pelamin, manakala sang jejaka dihadapan tok kadi dan ayah wanita tersebut.

"Baiklah, kita mulakan."

Jejaka yang memakai baju melayu putih tersebut menggengam tangan Dato Firdaus merangkap wali pihak perempuan. Ya itulah keluarga Eryka. Adik perempuannya menikah pada hujung tahun lepas. Eryka hanya mampu perhati dari jauh.

*****

"Dad, dad walikan adik, sedangan Ery menggunakan wali hakim. Im so sad dad. Semua orang bahagia. But me, tengah menderita. Ya, Ery tengok semua majlis perkahwinan sehingga adik bongsu Ery termasuk keempat-empat abang susuan Ery pon. Ery datang majlis resepsi korang semua. Dad, mom, daddy, mommy,brothers and my siblings Im hurt.

Tapi tiada seorang yang tahu kesakitan yang dialami Ery. Sekarang Ery bertambah sakit bila nampak siapa suami Erlyna." Eryka tidak sangka bahawa orang yang hampir berjaya membuka hatinya mengahwini adik perempuannya.

Eryka melepaskan tembakan demi tembakan pada sasaran. 'Aku rindu keluarga aku. Kalau lah diorang tahu kebenarnya pasti diorang menyesal. Diorang bahagia atas penderitaan kau Ery, tak kan kau nak menangis. No jangan, kau patut buat diorang menyesal termasuk suami kau.' Bisik hati kecil Eryka.

Tulah diri Eryka sejak 6 tahun lepas. Dia dibuang tanpa menegak kebenaran untuk dirinya. Kini diri dikuasai kebencian yang mendalam. "Aku akan buat orang yang menganiyai aku menderita. Gege, where are? Mana abang Zaf. Ery perlukan gege. Ery akan cari gege.

Umi,walid, abang Zafrul Sunshine akan cari abang Zafran. Sunshine akan tunaikan janji Sunshine."

Tuan Zaki, Puan Kirana, Zafrul dan Zafran merupakan keluarga susuan Eryka yang kedua. Keluarga susuan ini langsung tak diketahui oleh keluarga Eryka. Why? Sebab keluarga ni lah yang menjaga Eryka secara senyap sehingga lah Eryka meningkat remaja dan bersua muka dengan mereka.

Tapi malang tidak berbau kali terakhir perjumpaan mereka, mereka semua terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tragedi.

Semua meninggal di tempat kejadian kecuali abang Zafran hilang di tempat kejadian. "Aku akan cari abang aku dengan parut kat badan aku. Tapi malang, parut ni tak dapat nak membantu aku menegakkan keadilan untuk aku 6 tahun lalu. Keluarga aku lupa gamaknya yang aku ade parut hodoh kat belakang aku ni. Aihhhh."

Parut di belakang Eryka ditiliknya didepan cermin. "Nampak kut ketara parut ni, pompuan dalam video tu bersih badan dia, aku ade parut hodoh kut. Takpe kita tengok sape akn tunduk depan aku." Katanya dengan penuh kebencian.

****

"Ali, asal dengan boss tu. Macam bad mood je." Tegur lelaki yang sedang mengilap snipernya. "Dia tengah lepaskan tekanan dia tu. Biarlah, cam tak biasa pulak." Kata Ali. Lelaki tersebut hanya anggukan kepala.

****

"Asal rasa tak sedap hati je ni." Kata Ezril. "Ril, kamu kenapa. Kita kan tengah holiday ni. Apa kata kamu layan Suzana dengan mama ni." Kata Datin Nadia. Suzana hanya memeluk lengan Ezril.

"Sorry mama, Ezril tengah pikir pasal pejabat tadi." Datin Nadia hanya gelengkan kepala. Sudah tiga hari mereka meninggalkan Malaysia. Kini mereka berada di London.

Bak kata Datin Nadia nak spend time masa bersama. Panggilan telefon menyentak lamunan Ezril. "Mama Ezril angkat call jap." Datin Nadia anggukan kepala. Suzana melepaskan rangkulan tangannya.

"Hello kau nak apa Megat." Sahut Ezril.

"Bro, berapa lama kau nak duduk London ni." Tanya Megat. Ezril mengerutkan dahinya.

"Asal kau tanya. Suka hati aku lah nak lepak sini berapa lama. Ke syarikat ada masalah." Tanya Ezril. "Syarikat kau ok. Tapi bini kau yang tak ok." Kata Megat lagi.

"Apa maksud kau. Kau jangan cakap dia bawak jantan balik rumah aku. Memang mampus aku kerja kan perempuan tu." Kata Ezril dengan arahnya. "Dia tak bawak jantan balik lah babi. Bagi aku habis cerita lah." Marah Megat.

"Ermm apa ceritanya." Kata Ezril lagi. "Aku baru balik dari markas. Lepas tu aku pergi rumah kau, ingat nak jumpa Mak Nab. Bila aku sampai rumah kau, aku nampak Eryka dengan badan yang penuh darah masuk rumah.

Masa tu tengah malam. Tu aku pelik asal bini kau baru balik. Tup tup aku nampak bini kau keluar dari kereta dengan badan dia penuh darah. Macam baru lepas kena serang atau kena tembak." Kata Megat.

"What !? So how keadaan dia." Tanya Ezril. Megat hanya mampu mengeluh. "Aku tak tahu keadaan dia. Sebab dia tak keluar langsung. Tapi aku dah siasat siapa serang bini kau.

Rupanya anak buah Scorpion. Diorang nak balas dendam sebab kumpulan kita punca ketua dia mati. Sebab tu dia culik Eryka dan cederakan Eryka. Tapi yang buat aku musykil adalah macam mana bini kau terlepas.

Bila aku cari kumpulan Scorpion. Kau tahu apa aku dapat." Kata Megat. "Apa dia. Alah babi ni. Cerita je lah." Megat mengekek mentertawakan Ezril. "Kumpulan Scorpion dah mati semuanya.

Apa yang aku dapat tahu, Shadow Evil yang bunuh diorang. Terkejut tak." Kata Megat lagi. "Ermm, apa-apa jelah. Kau perhatikan je minah tu."

"Ok." Panggilan dimatikan setelah mendapat kata putus dari Megat. "Patutlah aku rasa tak sedap hati. Tapi asal aku nak kisah pasal minah tu." Katanya perlahan.

****

"Kalau dah sayang katakan sayang. Ini tidak, diabaikannya je." Kata Megat sebaik sahaja panggilan telefonnya dimatikan. Megat mengeluh seketika. Bagaimanalah keadaan dia sekarang.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now