"Ry, kawasan kita kena serang. Kau nak join tak. Kali ni kumpulan baru. Aku rasa dia lagi kuat dari kumpulan lain. Aku langsung tak boleh nak detect maklumat mereka." Kata Ali sebaik sahaja panggilan telefon Eryka sambut.
"Tengah malam aku datang. Kau berundur dulu. Aku tak dapat keluar. Aku takut kantoi dengan laki aku pulak." Panggilan telefon dimatikan.
"Dont worry guys, aku akan dapatkan maklumat tu dengan mudahnya nanti." Kata Eryka dengan sinisnya. Dia tahu siapa yang layak untuk dapatkan maklumat yang dia perlukan.
"Siapa pun diorang, aku akan pastikan mereka menyesal dengan apa yang diorang lakukan. Hahahaha. Nak sangat main denga ERE. So kita main bersama. Sampai bila-bila pun korang semua tak akan tahu rupa sebenar aku. Hahahahahaha."
Eryka tersenyum sinis. Dia tahu semua musuh mencari rupa sebenarnya demi untuk menjatuhkannya. Malangnya tiada siapa tahu siapa musuhnya. Ia disebabkan setiap topeng yang dipakainya membuatkan orang sukar untuk membezakan siapa dirinya.
Bila Eryka menjadi ES, ia akan memakai topeng silvernya. Manakala menjadi ERE Eryka akan memakai topeng berwarna merah dan hitam. Setiap topeng yang dipakaikannya akan setiasa mengaburi mata musuh.
Pernah sekali musuh menyerang Eryka semasa Eryka memakai topeng ES. Pada masa itu lah, rahsia hampir bongkar. Malangnya, mereka terbunuh dengan wanita yang memakai topeng ERE. Siapa lagi kalau bukan sahabatnya yang memakai topeng ERE demi melindungi sahabatnya.
Sejak itu musuh Eryka tidak dapat mengetahui siapa sebenar musuh mereka. Eryka semakin menguatkan pasukannya sehingga tiada siapa boleh memusnahkan dirinya.
Itu lah dia Eryka yang akan tumpaskan semua orang dalam masa yang singkat dan bersih kerjanya. Bukan sahaja seorang bilionier tapi seorang mafia yang digeruni. Bila menjadi mafia atau ES, sesiapa yang ingin melihat wajahnya akan diberi pilihan sama ada hajat ditunaikan ataupun mati dibunuh.
Eryka mencapai telefon untuk menghubungi seseorang. "Hello." Panggilan Eryka disambut oleh pemanggil. "Aku ada job untuk kau. Tempat aku kena serang, aku nak maklumat kumpulan tu. Orang aku tak dapat detect diorang. So aku perlukan kau Shadow."
Hanya ilaian tawa yang Eryka dengar. "Dah puas gelak." Senyap seketika apabla Eryka memarahinya. "Sorry beb. Ya lah nanti aku cari maklumat pasal kumpulan tu. Ohh ya, ada satu kumpulan ni. Dia cuba pecah masuk maklumat kau. Nasib aku perasan, boleh tahan cuai orang kau. Aku terus lumpuhkan sistem dia dan tampilkan maklumat palsu."
Eryka gelak. "Jangan cakap kumpulan laki aku cuba dapatkan maklumat aku lagi." Ilaian tawa bergema. "Bukan, ni kawan baik laki kau. Megat nama dia. Megat merupakan kumpulan gangster yang mencari maklumat untuk laki kau. Dia akan join laki kau berlawan bila laki kau keluar arahan untuk dia."
"Wow, berani dia cuba selidik pasal aku." Tawa Shadow pecah lagi. "Haha, memang dia berani. Dia ni bahaya, so hati-hati." Katanya. "Ok. Apa-apa inform aku." Panggilan dimatikan.
Eryka sebenarnya memiliki dua kumpulan mafia. Satu digelar Dangerous Evil dan satu lagi digelar Shadow Evil. Shadow Evil diketuai Shadow, Eryka melantiknya demi melindungi dirinya. Well Shadow sendiri yang rela hati nak jadi ketua. Kumpulan Shadow Evil merupakan kumpulan yang hanya melaksanakan tugasan yang kejam secara senyap.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...