BAB 52

6.2K 177 0
                                    

"Sial ! Habis semua orang aku mati. Kilang dadah aku pun musnah. Polis lak tengah buru orang aku lagi. Arghh ! Serabut lah kapala aku." Suzana melemparkan semua barang dalam biliknya ke lantai. "Sayang, are you ok. Baby dengan suara sayang terjerit-jerit dari tadi. Ada masalah ke?" Ezril menyoal isterinya sebaik dia memasuki bilik isteri mudanya.

Suzana terus meredakan amarahnya. "Tak baby, I stres je. Job I tiba-tiba lesap. Diorang tetiba taknak I jadi model. Habis camne lagi I nak cari duit." Itu dia ayat minah gedik ni. Mintak simpati pulak. Sedang Job dia ada je.

"Tak pe sayang, kalau you takde job I sendiri akan bagi you duit. Tiap-tiap bulan I masukkan duit, kalua you nak shopping pun I bagi duit untuk you." Apa lagi mengedik lah Suzana. "Thank you baby, Baby minggu depan kan birthday mama. You nak buat apa untuk birthday party mama." Ezril tersenyum manis.

"I ingat nak buat kat Vila Cinta yang papa I bina untuk mama I tu. Tu lah satunya hadiah papa I bagi masa ulang tahun kelahiran mama sebelum dia tinggalkan kami." Luah Ezril dalam suara yang serak. Dia rindu akan arwah papanya.

Suzana memeluk Ezril. "Baby, syuhhhh. Jangan lah nangis." Ezril memeluk isterinya. "Kita buat besar-besaran ya. Kita ajak semua kenalan koprat baby. Ok tak." Ezril mengiakan kata isterinya sahaja.

****

"Beb, ni ada kad jemputan untuk kau." Juliana menghulurkan sekeping kad undangan birthday party Datin Nadia. "Dah tua nak mampus pun masih nak buat party. Pelik aku. Cer buat kenduri kesyukuran ke, kenduri doa selamatkan ke. Aihh lah. Lain lah aku ni, boleh lah buat party. Party kejayaan aku. Hahahaha." Juliana menjeling sahabatnya. 'Kata orang, dia pun sama lah.' Nasib member. Desis hati Juliana.

"Kau pergi tak, Mia pergi tak." Juliana angguk. "Ofcus pergi. Teman boyfriend tercinta katakan." Eryka membuat gaya nak muntah. "What ever." Katanya.

****

"Bro, aku nak bagi ni. Datang tau birthday party mama aku sabtu ni." Megat dan Danial mengambil huluran kad undangan tersebut. "Ok nanti aku datang." Jawab Megat dengan senyuman. Danial hanya memasamkan muka. Sejak kejadian Eryka keguguran, Danial banyak mendinginkan diri dengan Ezril.

"Dan,kau datang tak. Bawak lah Mia sekali." Danial angguk kepala. "Eryka datang tak majlis ni." Danial sengaja mengutarakan soalan tersebut. Ezril dan Megat terkejut dengan soalan tersebut.

Megat tahu yang Danial sengaja mengutarakan soalan tersebut. "Kau tanya pasal dia kenapa. Entah-entah dia tengah bahagia dengan jantan mana-mana entah. Dekat sebulan dia tak balik rumah."

Danial bangun dari tempat duduknya, penumbuk dikepalkan. Akhirnya, muka Ezril menjadi sasaran buku lima Danial. "Kau pahal bro. Sakit kau tahu." Megat menahan Danial dari terus memukul Ezril yang terduduk diatas lantai.

"Sakit! Sakit lagi bini kau. Kau sedar tak bini kau keguguran. Dia gugur anak kau. Dia gagah kan diri pergi hospital demi anak kau. Tapi ada kau cari dia, takde kan. Ezril anak kau mati. Kalau Mia tak bagi tahu aku, sampai sekarang aku tak tahu." Ezril tersentak. Megat hanya mendiamkan diri.

"Macam mana Mia tahu." Tanya Ezril. Danial terdiam. "Sebab Mia doktor yang terlibat dalam pembedahan selamatkan kandungan Eryka." Tipu Danial. Dia tahu dia hampir memecah rahsia Eryka.

Megat lega kerana Danial berjaya menutup kebenaran mengenai Eryka. "Dari aku layan kau, lebih baik aku blah. Kalau aku rajin aku datang." Kata Danial.

****

Danial dan Megat menaiki satu kereta yang sama. Megat yang leka memandu bersuara. "Kau ni, kalau marah pun jangan lah sampai belasah member kau tu." Kata Megat.

"Macam mana aku tak bengang, Eryka macam orang gila gagahkan diri nak selamatkan anak dia. Tapi dia, boleh suka hati hina Eryka. Sakit hati aku dengar kata dia. Aku sendiri nampak muka Eryka, walau dia senyum depan kitorang. Hati dia tetap merintih kesakitan hilang seorang anak. Ibu mana tak sedih bila anak dia kandungkan meninggalkan dia. Kau rasa." Kata Danial.

Megat hanya mendiamkan diri. Danial melemparkan pandangannya keluar tingkap. Hati yang panas perlu diredakan.

****

Di pejabat yang penuh dihiasi perabot mewah, seorang lelaki tua leka memerhati kertas kerja demi menyelamatkan syarikatnya. Pintu bilik diketuk setelah diizinkan masuk, seorang lelaki muda menghampiri dirinya.

"Daddy, betul ke hari ni ada orang nak datang bincang pasal syarikat kita. Betul ke dia nak bantu kita." Tanya Rafael. "Daddy tak pasti. PA dia cakap ada sesuatu yang diorang nak bincang dengan kita. Kita tunggu je. Dalam pukul 3 petang kita terus ke bilik mesyuarat. Kita bincang kat sana. Hari tu dia nak jumpa kita, tapi tak jadi sebab ada hal katanya." Kata Dato Ramli.

"Jam tangan ditiliknya. Dah nak pukul 3 ni. Jom lah kita tunggu kat bilik sana je lah Daddy." Kata Rafael. Jom kita tunggu kat sana. Dato Ramli mengemas semua kertas yang berselerak diatas mejanya. Disatukan dalam satu fail.

Dokumen tersebut boleh bantunya menarik minat pelabur yang akan berjumpa dengan dia nanti. Mereka berdua bangkit dari duduknya. Bilik mesyuarat di tujui mereka.

****

"Ery, semua dah siap. Kita dah boleh gerak sekarang." Juliana menghampiri Eryka. Eryka yang leka dengan semua dokumen yang perlu disemaknya terhenti. "Ok. Tolong aku kemas meja ni." Kata Eryka sambil menaik-naikkan keningnya.

"Reti buat sepah je kau ni." Sambil mengemas Juliana turut membebel.Eryka hanya geleng kepala sahaja. "Hari tu kita kan tak jadi jumpa diorang. Diorang ada kata apa-apa tak." Kata Eryka. Juliana hanya gelengkan kepala. "Ok, dah jom. Membebel je dari tadi." Kata Eryka. "Ishh kau ni kan. Suka hati aku lah mulut aku." Kata Juliana.

Pejabat Eryka ditinggalakn mereka. Syarikat Dato Ramli ditujui mereka. 'Eryka akan bantu keluarga kita nenek. Eryka janji.' Bisik hatinya.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now