"Bro kau nak bawak aku gi mana. Asal kau tak datang majlis nikah Ezril. Aku tahu kau tak buzy pun kan." Megat terus-terusan menanya Danial. "Aku nak bawak kau jumpa seseorang. Seseorang yang akan membuat kau terdiam seribu bahasa." Kata Danial.
Syarikat ES DIAMOND HOLDING menjadi destinasi mereka. "Ni Syarikat yang Juliana kerja. Asal kau bawak aku ke sini. Kau nak bawak aku jumpa Juliana ke. Alah, tak payah lah. Aku dah selalu bawak Juliana lunch lah." Danial pekak kan telinga sahaja.
"Hai sayang." Megat menegur Juliana. Juliana senyum malu je. "ES kat dalam ke." Juliana angguk kepala. "Mia pun ada." Danial masuk bersama Megat dan Juliana ke dalam pejabat Eryka. "Finally, sampai pun kau. Eh, kau bawak kawan nampak." Eryka terpandang Megat.
Megat terkejut. Eryka ke pejabat hanya untuk menandatangani dokumen penting sahaja. Tapi tak sangka Danial datang dengan Megat. "Mustahil Eryka adalah ES." Eryka tersenyum sahaja. "Ya, Eryka adalah ES. Dia juga adalah orang yang pernah bantu kita dulu masa lawan dengan Tiger dan Chin hari tu."
Megat terdiam. "Jangan kata dia lah ERE. Mustahil." Orang yang selalu bantu mereka adalah ERE. Dia ingat lagi. Dua bulan lepas ERE bantu Kumpulan Black devils yang kena serang hendap dengan Scorpion dulu. Tak sangka Dangerous Evils dan Shadow Evils adalah satu kumpulan bawah naungan ERE. Dia ingat lagi ERE membantu mereka menumpaskan musuh mereka sendiri.
Eryka yang memandang Megat lalu menegur lelaki itu. "Hello my dear. Dah puas mengelamun." Megat tersentak. Yang lain mengekek mengetawakan Megat yang pucat lesi kena tegur cam tu. "Mustahil kau ERE. Danial katakan tu bukan. Kau jangan takutkan aku." Danial senyum sahaja.
Kini Megat betul-betul takut. Bukan dia tak tahu. Sesiapa yang pernah melihat wajah ERE atau mengetahui identiti ERE yang sebenar akan diberi dua pilihan sama ada dia tunaikan permintaan kita kalau logik. Satu lagi dia akan bunuh orang tersebut. Megat apa lagi terus dia duduk disofa yang diduduki Juliana. Dia melabhkan punggungnya disebelah Juliana yang sedang duduk di sofa dalam pejabat tersebut. Juliana gelakkan teman lelaki dia.
"Jangan risau. Mood aku tengah baik. Aku tak kan bunuh kau." Megat kelegaan. "Disebabkan kau dah tahu siapa aku, aku akan tunaikan satu permintaan kau." Bersinar mata Megat.
****
Tulah kisah yang berlaku sebelum resepsi Ezril tadi. Dia kena ikut Danial tengahari tadi ke pejabat Eryka. Ingat apa, rupanya nak dedahkan sesuatu yang penting. Lamunannya dikacau dengan tamparan lebut pada pehanya. Siapa lagi kalau bukan Juliana yang menamparnya.
Ezril dan Suzana menghampiri para tetamu selepas makan beradap. Datin Nadia mengekori anak menantunya. Nak membanggakan anak dia lah tu. "Bro datang pun kau. Mereka bersalaman. Ezril Tersentak ES ada. ES you pun ada. Terima kasih sebab hadir ke majlis I."
Eryka tersenyum sinis. "So ini lah suami Eryka Sandra." Ezril dan Datin Nadia serta Suzana terkejut dengan pernyataan ES a.k.a Eryka.
"Macam mana you kenal Eryka Sandra." Pertanyaan Ezril membuat Eryka tersenyum. "Ofcus I kenal. Dia adalah orang terpenting dalam ES DIAMOND HOLDING. One day you will know about her. Hahahaha."
Eryka tergelak. Datin Nadia sudah diam seribu bahasa. "Tahniah for both of you. Happy lah dulu. Nanti I bagi hadiah pada You dalam masa yang singkat ni. I kena pergi dulu. Nanti kita borak lagi. Hadiah you guys akan I bagi nanti." Eryka bngkit dari duduknya, wajah Ezril dipegangnya.
"I hope you happy my dear." Wajah Ezril dibelai tanpa rasa kekoknya. Senyuman sinis terlakar dibibirnya. Ezril terdiam apabila Eryka membelai wajahnya. Suzana sudah menahan marahnya. Para tetamu tergamam dengan tingkah laku Ezryka. Tapi mereka tahu, senyuman Eryka membawa makna yang mendalam.
Siapa tidak kenal Eryka yang dingin serta senyuman yang sinisnya itu mempunyai makna yang sangat berbahaya. Iaitu Kejam. Eryka melangkah meninggalkan majlis dengan bongkaknya.
"Musnahkan tempat perempuan tu." Ali yang berada di sisi Eryka hanya mengangguk kepala. "Pastikan licin faham." Kata Eryka.
"Ok Evilgirl." Eryka tersenyum. Kereta mereka sampai dihadapan mereka. Beberapa not RM 100 diberikan kepada penyambut tetamu dan yang mengambil kereta Eryka serta bodyguardnya. "Thanks miss." Eryka angguk kepala.
****
"Tak sangka ES akan turun pada majlis yang tak menyeronokkan ni." Kata Imran. Dia yang dari tadi memerhati dewan para tetamu dengan wajah bosannya. Zafran hanya menunjukkan muka dinginnya.
Mereka turut diundang bagi mewakili syarikat mereka sebenarnya. Demi menjaga nama syarikat dia menampilkan dirinya juga. "Aku rasa pelik dengan ES sebenarnya. Terasa macam dia tu rapat dengan aku. Pada masa yang sama dia macam ada aura yang gelap keliling dia. Terasa seram lak aku." Kata Zafran. Imran tergelak kawannya sahaja.
"Ada-ada je lah kau ni." Imran bersuara sebaik sahaja tawanya reda. Menggeleng kepala Imran bila melihat Eryka berlalu pergi meninggalkan majlis tersebut.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcciónEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...