BAB 64

7.3K 200 7
                                    

"Aku tanya jawablah!" Airil terkejut. "Ya selama ni, aku suka adik kau. Tapi aku tak sangka parent aku tunangkan dengan kau. Aku cuba bukak hati aku untuk kau. Tapi tak boleh. Bila aku dapat video tu, aku putuskan per..."

Eryka angkat tangan. "Arghhhh! Aku tak peduli. Kau nak tahu tak, aku pun tak pernah cintakan kau. Why? Sebab hati aku dah penuh kebencian dan dendam. Tapi"

Eryka berjalan menghampiri Ezril. Wajah Ezril dibelai. "Aku cuba bukak hati aku untuk kau. But aku tak leh, then kau putuskan pertunagan kita. Aku tak kisah langsung, tapi bila kau hina aku. Kau kutuk aku, kau kata aku pelacur, masa tu aku rasa nak bunuh kau. Tapi orang aku cepat, diorang bawak aku pergi Amsterdam. Kat situ lah aku mulakan hidup aku.

Aku hidup dengan penuh kebencian dan amarah. Tapi disebabakn diorang lah aku terasa disayangi kembali. Aku dapat rasa hidup berkeluarga lagi walaupun diorang bukan keluarga aku. Tapi aku bahagia sangat.

Then one day, aku dipinang oleh Dato Robiah. Aku terima pinangan tu. Aku mula cintakan laki aku. Sejak bila. Aku pun tak tahu. Aku terima dia jadi suami aku. Korang nak tahu tak." Eryka bangun mengahampiri keluarga dia. Pistol masih ditangan. Diacukan pada setiap orang. Mereka cuba melindungi anak-anak kecil mereka.

"Kau! kau beruntung bapak kau walikan tau. Hahahaha. Aku pakai wali hakim. Aku sedih sangat. Mak kau pulak duduk tepi kau. Aku takde kau tahu! Semua majlis korang aku datang, tapi takde sape yang sedarkan. Tak ada siapa yang datang majlis aku. HAHAHAHAHA!!!" Pistol diacukan pada kepala Erlyana. Eryka ketawa bagai orang gila. "Eryka.... lepaskan adik kamu nak." Eryka menayang muka bengis.

"Sape adik aku. Sape anak kau ha!!!!" Eryka semakin menyinga. Eryka meniggalkan mereka. Mereka tersentak dengan tengkingan Eryka. Wajah Eryka yang sudah merah padam. Amarahnya sudah sampai kemuncak. Pistol diacukan pada Suzana. "Any last word." Suzana memejam matanya.

"Ya, aku yang rancang semuanya aku yang bunuh keluarga mak angkat kau dan keluaraga jantan ni. Sebab kan diorang mama aku mati. Diorang pun pembunuh." Eryka tergelak. "Woii bodoh, mama kau mati dalam tangan bapak kau. Bukan disebabkan keluarga ni bodoh. Bapak kau tipu kau supaya kau boleh hapuskan mereka semua ni." Suzana mengeleng.

"Tak, kau tipu. KAU TIPU!! Bukan papa yang bunuh.. bukan!!" Eryka tergelak bagai orang gila. "Tu lah faktanya. Ok masa dah tamat. Bye."

Picu pistol ditarik. "Ery, jangan bunuh orang nak. Dad mintak maaf sebab buang kamu. Maafkan kami nak." Dato Firdaus cuba memujuk anaknya. "Ery maafkan along, maafkan kami semuanya." Adrian memujuk adiknya. "Kau Diam!! Karang korang yang aku bunuh." Eryka semakin mengila.

BANG !!!

Tembakan dilepaskan. Pasukan polis memasuki kawasan mereka. Selama sejam menunggu, baru mereka mendapat isyarat untuk masuk. Semua penjenayah ditangkap.

Suzana yang terkulai layu turut di tangkap. Eryka hanya melepaskan tembakan bius tidur. Kalau ikutkan hati memang peluru yang dia nak lepaskan. Tapi apakan daya. Polis mahu dia hidup.

Mata Eryka masih merah menyala. "Miss Ery. Terima kasih atas kerjasama anda. Kami hargai." Eryka mengangguk tanda ucapan sama-sama dari salah seorang inspektor yang menegurnya.

Seorang anggota polis menghampiri Eryka. "Ery.. I yakin you boleh kawal emosi you, I yakin you seorang yang tabah. Kembali lah sayang. Hulurkan tangan you kalau you dah ok." Tangannya dihulurkan pada Eryka. Malangnya Eryka tidak sambutnya.

Itu lah kata-kata inspektor Shahrul, sahabatnya yang paling rapat dengannya. Hanya inspektor Shahrul yang sentiasa mengikuti perkembangan Eryka selama 9 tahun. Dia mengenali Eryka pada usia 16 tahun. Dia mengenali Eryka pun secara tidak sengaja, iaitu Eryka membantu dirinya dibuli dari pembuli di sekolah lamanya.

"Kau pergilah. Aku masih cuba kawal emosi aku. Kau bawak diorang semua sebelum aku bunuh semua orang. PERGI!!" Shahrul sedar dihadapannya adalah Eryka yang kejam. Dia mengarahkan anggotanya terus mengeluarkan semua orang.

"I yakin You masih ada sifat kasih sayang dalam diri you." Shahrul memeluk Eryka. Eryka tidak membalasnya. Matanya masih menumpu pada keluarganya. Pelukan dileraikan, Shahrul meninggalkan Eryka.

Ezril hanya mampu melihat Eryka yang dipeluk oleh Shahrul. "Sunshine, gege rindu Sunshine..." Zafran cuba menghampiri adiknya. Eryka menghalakan pistol pada abangnya. "Pergi, sebelum aku bunuh kau. Pergi!!!" Haziq yang perasan akan perubahan Eryka terus menarik tangan Zafran.

"Bro kau bla lu. Aku takut dia bertindak luar kawalan." Zafran ikut sahaja cakap Haziq. Imran yang berada dibelakang Zafran serta menjadi pendengar setia terus menarik tubuh Zafran meninggallkan kawasan tersebut. 'Sunshine pleass jangan jadi camni.' Bisik hati Zafran.

Ezril yang sedang memapah Datin Nadia turut dipandang tajam oleh Eryka. "Ezril..." Panggilnya. Ezril dan yang lain terkejut dengan tindakan Eryka. Tangannya yang menghalakan pistol pada Ezril membuatkan Inspektor Shahrul turut menangkat pistolnya.

Datin Nadia terkaku. Ezril melihat wajah mamanya. Dia hanya tersenyum melihat wajah mamanya. Tubuh mamanya ditolak lembut dan akhirnya berada bersebelahan Megat. "Kill me, kalau itu yang boleh hapuskan kebencian dalam diri you. Bunuh aku..." Ezril mendepakan tangannya.

"Ery, letakkan senjata." Kata Inspektor Shahrul. Eryka tersenyum sinis. "Ezril kalau aku bunuh kau. Anak aku benci aku tak. Dia akan dating kat aku tak..." Katanya dingin. Mereka yang berada disitu hanya terdiam.

"Ak...aku mintak maaf aku gagal lindungi anak kita...aku.." Eryka terus mengangkat tangannya. Senjatanya diturunkan. Inspektor Shahrul turut menurunkan senjatanya. "Pergi!" Katanya kasar. Mereka semua meninggalkan tempat tersebut. Tubuh Ezril turut ditarik Danial untuk meninggalkan Eryka.

Pemergian mereka hanya diperhatikan Eryka sahaja. Eryka akhirnya mendonggakkan kepalanya memandang langit malam.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now