Kenangan Eryka bersama Ezzarul dan Intan menyebabkan Eryka tersenyum dah telah membuat pilihan yang tepat bagi dirinya. "Ezz, Intan. Akak dah dapat jawapannya. Akak pilih cinta. Memang betul, membalas dendam tak akan buat akak bahagia. Ezz, Intan. Terima kasih hadir dalam hidup akak sayang.
Terima kasih juga hadir pada saat akak memerlukan sokongan. Terima kasih datang semasa akak perlu membuat pilihan. Terima kasih sayang. Akak sayang kamu berdua." Eryka menitiskan air matanya.
Semasa Eryka tidak dapat mengawal dirinya di dalam bilik menembak, Eryka terpandang bayang Ezzarul dan Intan yang memanggil dirinya. Pada masa tu lah Eryka sedar dendam tak akan membawa kebahagian pada dirinya.
Bila Eryka mencelik matanya, Hazfan yang tengah menitiskan air matanya membuatkan Eryka sedar, ada lagi manusia yang menyayanginya.
Disebabkan Hazfan, Haziq dan Ali lah dia merasa dihargai kembali. Eryka tersenyum manis mengenangkan kenangan manisnya dahulu. "Ery, kamu ok nak." Dato Firdaus menegur Eryka yang sedang berbaring di atas rumput di halaman rumah Dato Firdaus.
Eryka tersenyum. Tan Sri Effendi turut bersama mengahampiri Eryka. "Kamu ok sayang." Tan Sri Effendi melabuhakan duduknya. "Ery ok dad, daday. Ery cuma merenung langit je. Tenang rasanya." Dato Firdaus dan Tan Sri Effendi mengangguk kepala sahaja.
"Ery, dad dengan daddy nak cakap sesuatu." Dato Firdaus bersuara. "Dad dengan daddy nak cakap apa." Tan Sri Effendi menarik nafas dan hembus dengan perlahannya.
"Daddy akan pulangkan kembali saham kamu." Tan Sri Effendi meluahkan apa yang ingin disampaikan. "Dad juga akan pulangkan kembali saham kamu. Dad tahu kamu ahli bisnes yang lagi maju dari dad dan daddy. Tapi tu hak kamu. Jadi kami nak pulangkan kembali."
Eryka tersenyum sahaja. "No dad, no daddy. Tak perlu nak pulangkan kembali." Eryka tersenyum. "Apa maksud kamu. Tu memang dah hak kamu sayang. Sebab tu kami nak pulangkannya kembali pada kamu." Eryka mengeleng mendengar kata Daddynya.
"Dad, daddy. Sebenarnya Ery dah amik hak Ery dalam syarikat tu. Ery beli 10 % saham dalam syarikat dad dan daddy. Saham tu pun Ery beli secara senyap. Jadi dad dengan daddy tak perlu risau pasal ni lagi ok." Tan Sri Effendi dan Dato Firdaus tidak sangka apa yang disampaikan oleh anak perempuannya sebentar tadi.
Eryka bangun dari baringannya dan memeluk bapa-bapanya. "I LOVE YOU DAD, DADDY." Peluakan dileraikan. Kami sayang kamu juga. Kata mereka serentak.
"Mummy dengan mom pun sayang kamu Ery." Datin Suraya dan Puan Sri Maisarah turut menghampiri anak perempuannya dan suami mereka. Eryka turut memeluk ibu-ibunya.
"WE ALL LOVE YOU." Kata adik beradik Eryka. Mereka semua akhirnya melepaskan tawa mereka bersama. Mereka bercerita diantara satu sama lain. Semua kisah mereka diceritakan bersama.
"Amboi rancaknya, gege dah sampai pun tak ada pun seorang yang perasan." Zafran menghampiri keluarga susuannya. Kini Zafran telah diterima menjadi keluarga Dato Firdaus dan Tan Sri Effendi. Mereka semua amat menyayangi Zafran seperti mana mereka menyayangi anak mereka.
"Blah lah kau bro. Geli aku tengok muka kau yang mintak nak kena lempang dengan aku je." Arian bersuara. Yang lain tergelak. Zafran yang berdiri dari tadi akhirnya duduk apabila Eryka menarik tangannya. Akhirnya mereka sekeluarga bersama.
Ezril yang ralit memerhati isterinya dari tadi turut tersenyum bahagia. "Akhirnya, My Lovely Wife Is Back. Ezz, maafkan abang sebab lambat sangat nak cam kakak kamu."
Ezril bersuara bagi pendengaran telinganya. Eryka mendonggak keatas melihat suaminya yang termenung memerhati mereka dari beranda bilik mereka. "You, tak nak turun ke. Jom lah. Jom chit chot kat sini."
Ezril tersengih mendengar celoteh bininya. "Ok I turun sekarang." Ezril menghampiri Eryka dan keluarga mentuanya. Kini tiada lah dendam antara Zafran dan Ezril. Kini, mereka semua bahagia bersama. Ya, cinta dan kasih sayang lah yang akan buat kita happy.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AksiEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...