"Wei bro tengok tu. Tu bukan ke bini ketua Black devils." Kata salah seorang ahli Scorpion. "Haah tu lah bini dia apa lagi jom lah. Kata rakannya yang lain. Mereka menghampiri Eryka.
****
'Aih asal hati ni tak sedap ya.' Hati kecil Eryka berkata. Eryka terus menuju ke keretanya sebaik sahaja membeli barang dapur. "Apalah nasib, ada suami boleh gi holiday dengan awek. Aku lak tinggal sesorang. Mak Nab pulak boleh lak nak pergi rumah kawan dia. Aih.." Keluh Eryka.
Tangan Eryka direntap dari belakang. Eryka meronta minta lepas. Tapi malangnya, dia sudah ditekup dengan kain yang telah dibubuh ubat untuk menidurkan Eryka. "God Job. Jom bawak dia, lepas tu kita ugut laki dia. Hahahahaha."
Mereka membawa Eryka ke arkas mereka. Tanpa disedari, mereka telah diikuti oleh seseorang dari belakang.
****
"Auch, aku kat mana ni." Kata Eryka. dia melihat sekeliling. 'Seriuslah aku kena culik. Tapikan sala aku tak kena ikat ya.' Eryka hanya mampu mengeluh. Dia sudah lah penat, dan sekarang kena culik pulak.
"Wei, dia dah bangun lah." Kata salah seorang lelaki tersebut. "Korang siapa hah!" Jerit Eryka. "Kitorang ahli Scorpion. Laki kau bunuh ketua kitorang, so aku nak bunuh kau lak. Biar laki kau dapat mayat kau je. Hahahahaha." Kata lelaki tersebut.
Eryka gelengkan kepala sahaja. "Kau tak takut ke." Eryka hanya tersenyum sinis bila lelaki yang duduk dari tadi bersuara menanyakan soalan padanya.
"Oh, laki aku bunuh ketua korang lah ni. Korang nak balas dendam lah ni." Mereka anggukan kepala. Bagai lembu dicucuk hidung pulak mereka semua. Eryka angguk kepala je.
"Ok, ketua kau dah mampus. Sekarang giliran korang lah pulak." Mereka tersentak dengan kata Eryka. "Apa maksud kau." Eryka tersenyum sinis. "Maksud aku, let play with Shadow Evil." Mereka tergamam dengan kata Eryka.
Mata Eryka sudah bertukar merah. Ahli Shadow Evil mula masuk kedalam markas Scorpion. "Mus...mustahil kau...kau Evil Red Eyes." Kata lelaki tersebut bila terlihat warna mata Eryka yang bertukar merah.
"Lets play. Hahahahaha." Satu persatu ahli Scorpion mati. Senyuman sinis terlakar. Selesaikan. "Aku nak balik." Eryka meninggalkan markas tersebut. Ahli kumpulanna yang leka menguruskan mayat musuh menangguk kepala dengan arahan ketua mereka.
****
"Aduh,habis berdarah badan aku. Tak pasal-pasal ada luka sana sini." Bebel Eryka. "Adoi berlebam badan. Ni mesti diorang belasah aku masa pengsan ni." Eryka mengeluarkan barang dari keretanya.
Sempat dia patah balik amik kereta dia kat parking lot pasaraya. Sampai rumah pun tengah malam. Eryka memandang cermin sisi keretanya. "Itu, bukan Megat ke." Kata Eryka.
Senyuman sinis terlakar. "Why not kita berlakon sikit." Eryka membuat muka yang menunjukkan dia sangat penat. Eryka melangkah perlahan kedalam rumah. Pintu rumah ditutup. Panggilan dibuat.
"Shadow, macam biasa." Kata Eryka. Shadow mengekek mentertawakan kata Eryka. Panggilan dimatikan.
****
Genap seminggu percutiannya bersama mama dan teman wanitanya. Sejak dia balik rumah, kelibat Eryka langsung dia tak nampak. Bila ditanya pada Mak Nab, jawapan yang diberi sangat menyakitkan hati.
"Mungkin Eryka kerja kut. Balik lewat kut malam ni." Kata Mak Nab. Itulah kata yang menyakitakn hati Ezril. Bila ditanya lagi. Dikatanya ada dalam bilik. Tapi tak keluar keluar pun.
'Aihh mana minah ni, tak keluar dari bilik dia langsung. Dah mampus ke, ke tak sihat.' Bisik hati Ezril. 'Apa aku pikir ini.' Gelenggan kepala itu di pandang oleh mamanya.
"Kamu ni kenapa, tergeleng-geleng dari tadi." Tersentak Ezril. "Takde lah mama, sakit tengkuk ni. Sebab tu asik geleng kekiri kekanan. Nak hilangkan sengal-sengal kat tengkuk ni."
'Hentam jelah, asalkan tak kantoi aku pikirkan pasal minah tu. Makin lama aku tengok dia, aku makin suka dengan dia pulak. Eh hati aku ni ok tak. Tolonglah normal, hanya Suzana je depan mata yang layak tuk aku. Tapikan, banyak kut perbezaan Eryka dengan Suzana ni. Suzana ni asik nak kopak duit aku je. Ehh jap ke aku je asik manjakan dia dengan duit aku.' Bisik hatinya.
'Sedangkan Eryka tak tuntut langsung nafkah dia, tak kira lah nafkah batin mahupun zahir. Satu pun dia tak tuntut. Memang patut dia tak tuntut. Layak ke dia nak tuntut semua tu. Jijik aku dengan dia. Asal aku rasa minah tu hampir sama dengan minah yang aku jumpa kat restoran minggu lepas tu.' Bisiknya lagi selepas memikirkan perbezaan antara Suzana dan Eryka.
"Ezril, mama nak tanya bila kamu nak lamar Suzana jadi isteri kamu. Jangan lama-lama, nanti kene kebas orang. Mama suka sangat dengan dia tu. Dia tu memang menantu idaman mama." Ezril diam je.
"Ezril!" Tersentak Ezril dengan jeritan mamanya. "Hihi, nantilah ma. Ezril nak relax lu. Alah tak lari lah Suzana tu."
"Bukan apa, mama nak kamu kawin dengan Suzana tu. Mama teringin nak bercucu. Mama tak nak cucu dari rahim perempuan jalang tu. Mama nak dari rahim Suzana je."
'Aihh mama aku ni memilih lak. Tapikan memang betul pun, tak hingin aku nak anak dari minah tu.'
"Nantilah ma."
Datin Nadia mengangguk sahaja dengan percakapan anaknya. Perbualan tersebut didengari Eryka di sebalik ruang didapur. Dia hendak minum air masak, tiba-tiba dia terdengar perbualan suami dan mak mentuanya. 'Sakitnya hati aku ni. Kenapa aku rasa sakit sangat. Adakah aku dah sayangkan suami aku sendiri.' Fikirnya.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...