"Awak, saya nak kerja boleh tak."
'Ingat aku ni kejam sangat ke sampai tak reti mintak izin suami. Well isteri mithali katakan. Kalau ikut hati takde makna nya aku nak mintak izin. Suami aku ni pekak ke. Ishh tak baik kutuk suami.' Bisik hati kecil Eryka.
"Awak,boleh tak." Apa lagi jelingan maut lah yang diberi oleh suaminya.
"Kau nak kerja ke, kau nak tanam anggur ke. Ada aku kisah ke. Tapi ingat kau jangan berani kata aku ni suami kau. FAHAM!!"
'Adoiii boleh pekak telinga aku doohhhhhhh.' Eryka berkata dalam hati. Telinga digosok perlahan. Bergegar kut gegendang telinganya. Ya ya lah tu.
"Fa..faham. Terima kasih awak."
'Aihh acah-acah gagap lak aku ni. Pelakon bini temberang yang terbaik jatuh kepada Eryka Sandra. Hah tepuk ler.'
"Apa yang kau mengelamun lagi. Pergilah tidur kat sofa kau tu. Semak pemandangan mata aku." Tersentak Eryka bila ditegur begitu. 'Kau ingat aku hamak sangat ke nak tengok muka kau. Dah serupa rumah tak siap. Aku ni kerja kutuk laki jelah ni.. Dosa weiiii. Laki punya lah ensem kau kutuk dia.'
Kata Eryka hanya untuk pendengarannya sahaja.
****
"Nek hati-hati kat sana. Ubat makan, jaga kesihatan dan jangan cari ikan emas ya nek.. HIHIHI" Kata-kata Eryka menerima cubitan yang berbisa daripada Dato Robiah.
Nasib Eryka cakap berbisik sambil peluk Dato Robiah tadi, kalau cakap kuat -kuat mahu kena pandangan maut dari mak mentua tercinta. "Amboi menyakat nenek ya. Ingat pesan nenek, jangan tinggalkan keluarga ni."
"Ya nek. Jangan risau lah. Nek pasti Ery rindu nenek. Tak sampai sebulan kita bersama kan nek."
"Erm. Ingat apa nenek pesan."
"Ya lah nek ku sayang. Nek saya nak pergi kerja lu ya. Lama sangat saya cuti." Dato Robiah mengangguk je. Eryka terus menyalam tangan tuanya. Eryka memandang driver dan orang kanan Dato Robiah. "Jaga nenek aku ya. Aku tahu korang tahu siapa aku kan."
Kata-kata Eryka menyentak mereka. Mereka lah orang kepercayaan Dato Robiah. "Jangan risau. Kami akan jaga Dato." Kata orang kanan Dato Robiah. Kata- kata tersebut hanya kami bertiga sahaja yang mendengar. Eryka terus mengangguk dan melambai Dato Robiah.
"Aihh.. asal rasa tak sedap hati ni." Eryka terus memasuki kereta dan meninggalkan perkarangan rumah banglo tersebut. Telefon pintar dicapainya, nombor seseorang didail untuk membuat panggilan.
"Ali, tolong perhatikan pergerakan suami aku, mak mentua aku dan nenek aku. Hantar orang ya, aku rasa tak sedap hati." Kata Eryka sebaik panggilan telefon itu disambut Ali.
"Baik Evilgirl. Aku akan arahkan 10 orang untuk perhatikan keluarga kau. Satu lagi, semalam ada orang inform, Mak Jah asik diperhati oleh seseorang. Tapi orang kita tak dapat detect siapa dia lagi." Eryka tergamam.
"Tolong perhatikan Mak Jah. Dia dah macam mak kandung aku. Ingat apa-apa inform aku." Panggilan terus dimatikan oleh Eryka sebaik sahaja mendapat kata dari Ali.
"Who are you to play with Evilgirl. Kau setuh family aku. Aku akan lenyapkan kau dari pandangan mata aku. Hahahahahahahaha!" Eryka berkata dengan penuh dendamnya. Rumah mewah miliknya ditujui.
****
Syarikat ES DIAMOND HOLDING membuatkan seorang wanita yang disangkakan lemah sebenarnya adalah wanita yang berpengaruh. Seseorang yang digeruni di dunia koprat keluar dari kereta sportnya, pakaian yang awalnya hanya baju kurung telah ditukarkan kepada pakaian kopratnya. Topeng miliknya telah dipakainya.
Semua pekerja ES DIAMOND HOLDING menyapa ketuanya. Wanita tersebut menuju ke arah lif khasnya. "Pagi ES." Sapa setiap staf dalam syarikat ni. Pejabat mewahnya ditujui. "Wow big bos ku sayang. Datang juga dirimu ini. HAHAHAHA"
Sapa setiausahanya merangkap sahabatnya, Juliana. "Yooo lah, sape lagi nak uruskan syarikat ni, sape nak bagi kau gaji kalau aku cuti. Bagi lambat karang bising."
Juliana menghambur tawanya. "Ya lah sahabatku Eryka Sandra." Kata Juliana. Eryka tersenyum sinis. "Kumpulkan semua staf kat bilik mesyuarat. SEMUA FAHAM!!! Termasuk cleaner, pak guard, mak guard semua lah. SEKARANG!!!!!!!" Jerit Eryka.
"Oiii aku tak pekak lah babi." Juliana mengosokkan telinga. Boleh pekak seketika wei. "Kalau aku babi, kau tenuk. Hahahahaha." Tawa Eryka memecahkan kesunyian pejabatnya. Juliana gelengkan kepalanya.
Tugas yang diarahkan Eryka terus dilaksanakan. 'Asal aku rasa hari ni Eryka macam something. Apa-apa jelah.' Juliana mengelengkan kepalanya bagi menghilangkan kata-kata yang bermain di mindanya.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcciónEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...