"Sayang!" Ezril menjerit memanggil Eryka. Eryka yang berada di dapur lintang pukang berlari keatas iaitu kebilik beradunya. "Ya, You nak apa. Terjerit dari tadi." Eryka tercungap-cungap mencari nafas.
"Sayang tolong I. Eiyad dah buang air besar. Tolong basuh plessss" Rayu Ezril. "You basuhkan lah. I tengah masak ni." Eryka bersuara. "Jangan reti buat anak je. Jaga anak tak reti." Bidasnya lagi.
"Sayang, I baru bersihkan Eidlan. Sekarang Eiyad pulak. I pun baru tukar baju. See, I dah pakai baju lain kan. Eidlan pun dah tukar baju lain." Kata Ezril. Eryka tayang muka menyampah.
Nasib masakkanya di dapur Mak Nab boleh tolong tenggokan. Kalau tak, mahu kelam kabut dia nak uruskan nanti.
"Ermm. Bukak baju Eiyad tu." Ezril terus membuka baju Eiyad. "Come kat mummy. Meh basuh punggung ni ya. Sian dia, daddy tak basuh punggung dia." Kata Eryka sambil berlalu ke bilik air. Selesai membersihkan Eiyad, si kembar di serahkan kepada daddynya kembali. "Pakaikan baju dia. I nak kedapur."
Ezril memakaikan pakaian Eiyad. Eryka berlalu ke dapur. Selesai memakaikan Eiyad pakaiannya, Ezril membawa anak-anaknya turun ke ruang tamu bawah. Si kembar diletakkan dia atas tilam nipis yang berada diruang tamu tersebut.
"You, jom makan. Makanan semua I dah siap masak." Eryka memanggil suaminya, Ezril. Si kembar ditinggalkan bersama Mak Nab. "Mak Nab tak nak makan sekali ke." Tanya Eryka. "Makan lah dulu. Kalau Mak Nab lapar, Mak Nab cari sendiri makanan untuk dimakan. Mak Nab nak main dengan si kecik ni dulu." Mak Nab bersuara.
Eryka angguk kepala je. Datin Nadia yang berada di meja makan tersenyum manis. "Haihh mama, awalnya makan. Tak tunggu Ril pun." Ezril bersuara.
Eryka yang berada disebelah suaminya lantas memukul bahu lakinya. "You ni, biarlah mama nak makan dulu. Mama lapar kut. Nak tunggu you, boleh buat orang lain kebulur tahu tak."
Ezril mencebik. Eryka dan Datin Nadia tergelak besar. Mereka semua menjamu selera dengan tenangnya. Selesai makan, mereka berehat di ruang tamu. Si kembar masih bermain dengan mainannya. Ting Tong. Loceng rumah berbunyi. Mak Nab bangun dan membuka pintu. Maka riuh lah ruang tamu tersebut.
"Hai!!!!!" Jerit para tetamu. Siapa lagi kalau bukan keluarga Eryka dah sahabat baiknya serta pasangan mereka. "Hoi! Tak reti nak beri salam."
Mereka semua buat derk je dengan teguran Ezril. "BABY!!!" Tu dia pekerja kesayangan Eryka. Rasyid, Lee dan James terus menerpa kearah si kembar. "Woi anak aku." Eryka terjerit melihat mereka bertiga mengomol anak kembarnya.
"ERY!!!!!" Tu dia sampai lagi bala tentera Eryka. "Aduh apa lagi ni." Eryka bersuara. "Asal sayang." Ezril memandang wajah Eryka. "I tengah pelik ni, asal mereka semua menyemak kat sini ya." Ezril tersengih melihat wajah Eryka yang blur.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU ERYKA SANDRA !!!!" Laungan mereka membuat Eryka terkejut. "My birhtday. Serius lah." Semua mengangguk. Zafran yang dari tadi hilang dari pandangan mata akhirnya muncul dengan membawa sebiji kek di hadapan Eryka. Eryka meniup lilin kek tersebut selepas nyanyian lagu birthday habis.
"Thank you. Ery betul betul gembira sangat. I LOVE YOU GUYS." Mereka semua tersenyum. Kini mereka semua akhirnya bersama setelah pelbagai dugaan yang dihadapi mereka.
Eryka yang dari tadi leka melihat senyuman ahli keluarga nya, terlihat kelibat dua orang yang amat dia sayangi dihadapan matanya. Mereka tersenyum tanpa bersuara.
Akhirnya Eryka menitiskan air matanya. 'Ezz, Intan. Akhirnya akak dah dapat kebahagian yang akak impikan. Akak sayang kamu semuanya.' Bisik hatinya. Kegembiraan dan kasih sayang yang Eryka cari selama ini akhirnya berjaya dikecapinya . Syukur kepada mu Ya Allah. Eryka tersenyum melihat gelak tawa keluarganya.
"CINTA DAN KASIH SAYANG MENJADI PILIHAN KU." Kata Eryka. "DAN I AKAN ERUS MENCINTAIMU HINGGA KE JANNAH." Balas Ezril. Tubuh isterinya dipeluk erat. "Apa korang buat tu. Jom lah." Laung Haziq. Eryka tersenyum. Akhirnya mereka berdua menghampiri keluarga dan rakan-rakannya. Si kembar turut gembira Bersama tetamu yang memeriahkan rumah banglo tersebut.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...