BAB 53

6.2K 179 0
                                    

Pintu bilik mesyuarat diketuk. Seorang wanita muda masuk sebaik diberi keizinan untuk masuk. "Dato, mereka dah sampai." Kata Setiausahanya. "Bawak diorang masuk." Kata Dato Ramli.

"Baik." Kata Setiausahanya. "Ready Rafael. Kita kena bersedia mental dan fizikal untuk berhadapan dengan tetamu kita. Kita tak tahu macam mana kita nak berurusan dengan dia. Dengan kata, dia seorang yang dingin dan berbahaya." Kata Dato Ramli.

"Daddy tahu siapa yang datang." Dato Ramli gelengkan kepala. "Apa yang daddy tahu, dia dingin orang dia. Sebab PA dia sendiri cakap." Kata Dat Ramli. Rafael anggukan kepala.

Pintu diketuk lagi, keizinan untuk masuk diberi. Dato Ramli dan Rafael bangkit dari kerusinya untuk mengalukan kedatagan tetamu mereka. "Selamat datang" Dato Ramli terdiam sebaik sahaja melihat tetamu yang ingin membantunya.

****

Eryka yang memakai topeng ES tersenyum sinis. "Selamat datang ES. Saya tak sangka ES yang datang." Kata Rafael bagi menyambung kata daddynya. "Terima kasih sebab sudi nak berjumpa dengan saya." Kata Eryka. Juliana hanya mendiamkan diri.

"Boleh mintak setiausaha Dato keluar. Saya nak perbincangan ini hanya kita berempat sahaja. Boleh." Kata Eryka. Setiausaha Dato Ramli tertunduk kepalanya. "Boleh, kita bincang dipejabat saya sahaja." Kata Dato Ramli.

"Cik, jangan terasa awak tersisih. ES memang kalau ada perbincangan, dia tak suka ada orang lain. Saya mintak maaf ya." Kata Juliana bagi membuat setiausaha Dato Ramli tidak salah faham.

"Tak apa, saya faham." Kata setiausaha Dato Ramli. Eryka hanya tundukkan sedikit kepalanya. Setiausaha Dato Ramli turut buat benda yang sama. "Mari kepejabat saya." kata Dato Ramli.

Mereka berempat menuju ke pejabat Dato Ramli. Setibanya di pejabat Dato Ramli. Eryka dan Juliana serta Dato Ramli dan Rafael duduk di sofa di dalam pejabat tersebut.

****

"Baiklah, kita mulakan perbincangan kita." Kata Dato Ramli. Eryka hanya mendiamkan diri. "ES, boleh kita teruskan perbincangan kita." Kata Rafael bagi memecah kesunyian diantara mereka.

"Dato Ramli, pak long kepada Ezril. Rafael anak sulung Dato Ramli. Apa khabar." Kata Eryka. Dato Ramli dan Rafael tergamam seketika. "Ba..baik.." Tergagap-gagap Rafael bersuara. Mahu tak nya. Eryka bersuara pun dengan dinginnya.

"Hahahaha. Jangan risau, saya tak makan orang. Kita tak nak bincang pasal business. Sebab saya tetap akan bantu syarikat ni. Mari bincang pasal keluarga ni." Kata Eryka.

"Maaf, saya tak faham apa yang ES cuba sampaikan." Kata Dato Ramli. Rafael hanya anggukkan kepala. "Panggil saya Ery ataupun Eryka." Kata Eryka sambil membuka topengnya.

Dato Ramli dan Rafael terkejut melihat wajah Eryka. "Hai." Kata Eryka. "Kamu, mana kamu pergi selama ni Eryka." Kata Dato Ramli. Dia terasa gembira melihat wajah menantu adiknya.

"Betul Ery, mana kamu menghilang." Tanya Rafael. Eryka hanya mampu tersenyum sinis. "Saya ada je kat dunia ni." Kata Eryka. "Loyar buruk pulak." Tetiba Rafael terasa selesa berbual dengan Eryka.

Eryka tersenyum. "Bang long, Pak Long. Boleh saya panggil camtu." Tanya Eryka. "Silakan, Pak Long tak kisah. Ni kalau Mak long ada mesti dia seronok kamu panggil camtu. Oh ya apa kata kita balik rumah Pak long. Nak tak, kita berbual dirumah." Kata Pak Long.

"Boleh ke." Tanya Eryka minta kepastian. "Boleh. Jom kita balik sekarang." Kata Rafael tak sabar. Dia sudah anggapkan Eryka seperti adik perempuannya. Juliana terdiam melihat perangai Eryka. Tetiba dia boleh mesra dengan keluarga Dato Ramli. 'Satu keajaiban' Desis hati Juliana.

****

Rumah mewah Dato Ramli yang sunyi tetiba riuh bila si isteri Dato Ramli membebel. Eryka yang baru memasuki rumah tersebut tersenyum disebalik topeng.

"Sorry Ery, kamu kena dengar mak singa mengaum dalam rumah. Maklumlah si anak teruna lagi sorang suka menyakat maknya." Kata Dato Ramli. Juliana dan Eryka hanya mampu ketawa halus.

"Eh abang awal balik, kamu pun Rafael." Tegur Datin Ariana. Bila dia menghampiri suami dan anaknya dia terkejut pada tetamu dibelakang suami dan anaknya itu. "Ab...abang ni bukan... ke.. ES. Camne dia boleh kesini." Tanya Datin Ariana tergagap-gagap.

Seram wei, wanita koprat yang dingin dan bahaya datang kerumah agamnya. Dengan tidak buat apa-apa persiapan untuk menyambut tetamu, membuatkan Datin Ariana tergamam akan kehadiran tetamu tersebut.

"Hai." Tegur Eryka. "Ya Allah, abang. Asal tak bagi tahu ada tetamu nak datang. Kalau tak saya dah siap masak untuk tetamu kita. Eiii geramnya dengan abang ni. Kamu pun Rafael."

Datin Ariana dah mula membebel. "Sayang, jom jemput tetamu kita masuk. Tak kan nak ajak borak depan pintu kut." Kata Dato Ramli bagi meredakan bebelan isterinya. "Ya Allah lupa saya. Jemput masuk semua."

Di ruang tamu Rafiq yang leka menonton televisyen tergamam akan tetamu yang hadir dirumahnya. "Abang, itu ES kan." Kata Rafiq. Rafael anggukan kepala. "Terbaik lah.. Hai ES saya Rafiq anak bongsu dalam rumah. Saya juga jejaka paling tampan dalam keluarga saya." Kata Rafiq. Eryka menggeleng kepala.

Eryka menghampiri Rafiq. "Tak handsome pun." Kata Eryka. Rafiq terkejut bila Eryka menghampirinya. Rafael tergelak terbahak-bahak. "Err...." Tergamam Rafiq dengan kata Eryka.

Datin Ariana yang baru menyediakan air minum berlalu ke ruang tamu. Terkejut dia melihat Eryka menundukkan mukanya dihadapan Rafiq yang sudah terduduk. "Abang, kenapa tu." Datin Ariana menanya kepada suaminya. Eryka memandang wajah Datin Ariana. Topengnya dibuka. Datin Ariana tergamam.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now