Kini usia kandungan Eryka mencecah 9 bulan. Tunggu masa nak bersalin je. Eryka sangat happy bila mengetahui yang dia mengandung anak kembar. Sudah 2 tahun berlalu sejak insiden menyayat hati tersebut. Mia dan Juliana telah menimang cahaya mata. Kini anak mereka berusia 1 tahun.
"You, I nak buah jambu batu tu. Boleh tak you tolong amikkan." Eryka meminta tolong pada Ezril. Mereka semua berada di majlis ulang tahun syarikat Z SHINE HOLDING. Iaitu syarikat Zafran.
"OK jap, I pergi amikkan ya. Jangan nak pergi memana." Eryka ni bukan boleh caya. Dah sarat pun masih lasak. Eryka anggukkan kepala je.
Ezril meninggalkan bininya. "Bro, buat apa kat sini. Mana Ery." Adrian menegur adik iparnya. "Kat sana tu. Aku nak amikkan buah untuk dia." Adrian anggukan kepala sahaja. Ezril meletakkan piring yang berisi buah di atas meja. "Sayang, you ok tak ni." Eryka yang berkerut-kerut dahinya di tanya Ezril. Eryka hanya mampu menahan kesakitannya.
"You asal kain baju ni basah ya. You kencing ke." Ezril bertanya polos. "Yo..you.. I..I rasa I nak beranak lah." Eryka bersuara dalam kesakitan. "Oooo." Ezril Meng o je. "You!!!!!!" Ezril yang leka makan buah terkejut. "YOU I NAK BERANAK LAH !!!" Eryka menjerit. Para tetamu terkejut mendengar jeritan Eryka.
Kenapa ni sayang. Datin Nadia bersuara. "Mama Ery nak beranak. Sakit ma....." Eryka bersuara dengan sayunya. Tak tertahan kesakitan yang dialaminya. "Ril apa lagi. Bini kamu ni nak beranak, sediakan lah kereta." Ezril yang terkejut dari tadi hanya mampu mundar mandir dari tadi.
"Bro bini nak beranak ni. Yang kau mundar mandir dari tadi buat apa bodoh." Zafran bersuara. Ezril terus mencempung bininya. "Huii berat wei." Kata Ezril. Eryka sudah membuat muka. Kereta telah disediakan. Ezril dan Eryka duduk di tempat duduk belakang Adrian menjadi pemandunya. "Along!!! Cepat bawak kereta tu."
Akhirnya Eryka tiba di hospital. Eryka dimasukkan kedalam wad bersalin. "Suami Puan Eryka siapa." Ezril menghampiri doktor perempuan tersebut. Saya. Kenapa doktor.
"Encik, mari masuk. Teman isteri encik. Dia perlukan sokongan dari suami untuk bersalin. Apa kata encik beri sokongan pada isteri encik." Ezril angguk dan mengikuti nurse yang bersama doktor tersebut. Akhirnya Ezril masuk kedalam wad bersalin tersebut.
"Sayang I ada ni. Kuatkan diri you sayang. Pikir wajah comel anak-anak kita sayang." Ezril bersuara memberi sokongan pada Eryka. Eryka mengangguk kepala. "Baiklah puan, saya kata push puan teran ya."
"Ok, Puan push puan." Doktor tersebut memberi arahan. "Arghh!!!!!" Eryka menjerit sekuat hatinya. "Sayang you can do it." Ezril memberi sokongan. Uwek Uwek. Anak pertama Eryka dan Ezril.
"Tahniah anak lelaki Puan." Ezril dan Eryka tersenyum. "You, Sakit lagi" Eryka menjerit. "Baik kita sambut anak kedua pula. Ok puan Push !" Eryka menjerit lagi.
Akhirnya anak kedua Eryka dan Ezril selamat dilahirkan. "Tahniah kembar lelaki juga." Doktor tersebut bersuara. "Tahniah sayang." Eryka tersenyum. Doktor tekanan darah pesakit semakin menurun. Nurse bersuara. Eryka tidak sedarkan diri. "Sayang..Sayang bukak mata sayang." Ezril bersuara mengejutkan isterinya.
"Encik keluar dulu. Biar pesakit kami uruskan." Ezril dibawa keluar oleh jururawat tersebut. "Ril bertabah lah nak. Mom yakin Eryka kuat." Datin Suraya meredakan kegelisahan hati menantunya.
****
"Comelnya anak kamu ni." Eryka akhirnya selamat dari kritikal. "Haah lah comelnya kembar ni." Suzy bersuara. "Well tengok lah sape mummy dan daddy dia." Ezril bersuara. Yang lain menayangkan muka menyampah. Eryka dan anak-anaknya ditempatkan di wad VVIP.
"Ery apa nama anak kamu ni." Datin Nadia bersuara. "Mama tanya lah anak laki mama. Dia yang pilih nama hari tu." Ezril berdehem. "Ok anak Ril yang pertama ni nama dia Eidlan Hans bin Ezril Hans dan anak kedua Ril pulak Eiyad Hans bin Ezril Hans. Tulah nama mereka."
Mereka yang mendengar hanya mengangguk kepala je. Mereka semua tersenyum, dan berbual antara satu sama lain. Kasih sayang dilempahkan antara satu sama lain. Kebahagian dikecapi. Syukur kepada Allah akhirnya mereka bersama jua.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...