"Ok my turn. Ketua dia tak nak bangun Eh. Ok Tak pe. Semua orang tahu kan bila aku bukak topeng ni, ada dua kemungkinan. First aku bunuh korang. Second aku tunaikan permintaan korang." Semua menelan air liur. Suzana terus mendiamkan diri. Dia pun takut dengan ERE. Sape tak takut. ERE akan tunaikan semua kata-kata dia.
Eryka berjalan menggelilingi tetamu yang masih tinggal dalam majlis tersebut. Langkah yang diatur penuh dengan berkarisma. James, Lee dan yang lain masih duduk santai di kerusi mereka. Penat kut berlawan dari tadi. Langkahnya berhenti dihadapan sebuah keluarga.
"Kita mulakan dengan keluaraga Tan Sri Effendi. Hanya satu permintaan sahaja. Sorang wakilkan. Aku malas nak bazirkan masa ni. CEPAT!!" Eryka memandang tajam keluarga susuannya.
"Lepaskan kami semua. Tu je permintaan kami." Eryka tersenyum. "Tu je. Kau pasti tak ada permintaan lain. Sebab korang memang terlepas pun. Yakin itu je permintaan korang." Eryka membalas jawapan abang susuan sulungnya, Adrian.
"Saya takde permintaan lain, tu sahaja." Eryka mencebik. "Ok. Aku harap korang akan menyesal nanti. Next Keluarga Dato Firdaus. What your wish." Tanya Eryka. Ezzad bersuara bagi mewakili keluarganya. "Kami nak benda yang sama. Lepaskan kami. Kami tak nak benda lain."
Eryka mengangguk kepala. "Well korang pun akan menyesal nanti." Dua buah keluarga tersebut terkejut dengan kata-kata Eryka.
"Ok. You pulak. Apa permintaan you." Zafran terkedu melihat Eryka yang menunjuk jari kepadanya. "Kau akan tunaikan apa-apa sahaja kan. Aku yakin kau akan lepaskan aku. Sebab aku tak cari pasal pun dengan kau.
Jadi aku hanya nak kau tunaikan permintaan aku. Aku dapat tahu kumpulan kau boleh kumpulkan maklumat dengan cepat. Betulkan." Eryka angguk kepala.
"Carikan adik susuan aku. Maklumat aku bagi nanti." Eryka angguk. Wajah Zafran dibelainya. "Adik kau akan muncul nanti. Dia ada kat sini." Zafran terkejut dengan pernyataan Eryka. Eryka terus melangkah menuju ke arah suaminya. "You pulak. Apa permintaan you." Eryka memandang muka Ezril. "Lepaskan isteri aku dan mama aku. Tu je. Aku tak kisah kalau kau nak bunuh aku . Tapi jangan apa-apakan orang yang aku sayang." Eryka tersenyum sinis.
"Kau pasti. Kau takkan menyesalkan. Ingat tak aku kata aku nak bagi hadiah untuk perkahwinan korang dan birthday datin." Mereka semua terkejut. "Ka...kau ES ke." Eryka angguk kepala. Alah baru tukar baju dengan topeng dah tak cam. Nyanyok betul mereka ni.
"Lorh takkkan tak dapat cam kut. Bro,kalau baby tukar baju lain kau cam tak." Persoalan Rasyid dibalas dengan senyuman. "Tukar baju banyak mana, tukar topeng banyak mana aku tetap boleh cam baby."
Jawapan Lee mengudang tawa mereka yang mengenali Eryka. "Tengok body, bau dia tu yang boleh buat kita kenal sape baby kita." James mengekek sambil menjawab pertanyaan kawannya.
"Dah habis cakap. Aku tembak korang karang." Eryka menjeling mereka bertiga. Juliana, Mia dan yang lain gelak besar. "Well kau dah tahu aku ES a.k.a ERE. So aku akan tunaikan permintaan kau."
Eryka tersenyum. "You Suzana ada permintaan. Aku boleh tunaikan apa sahaja." Suzana tersenyum. "Betul, kau boleh tunaikan." Eryka angguk kepala. "Bunuh diorang ni!" Ezril dan Datin Nadia terkejut. Kata-kata Suzana membuatkan Ezril dan Datin Nadia diam seribu bahasa.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AçãoEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...