"Bro, aku dah check lah latar belakang bini kau. Sama je dengan apa kau dapat. Tapi aku pelik sikit. Masa aku cuba cari maklumat dia, ada seseorang godam maklumat aku jugak. Terus hilang maklumat bini kau. Tak sampai 5 minit terus muncul balik maklumat bini kau." Pandangan pelik yang diberikan Ezril pada sahabatnya, Megat.
"Maksud kau, ada sesuatu pasal bini aku yang aku tak tahu ke." Megat mengangguk je. "Mustahil, aku sendiri suruh orang aku pergi kampung tu untuk tanya pasal minah tu lagi. So aku yakin cakap diorang semua." Megat geleng je. "Mana tahu diorang boleh menipu. Tapikan aku rasa something dengan bini kau." kata Megat.
"Arghh abaikan lah." kata Ezril.
Mereka berdua menuju ke markas diorang. Sampai je kat sana, lintang pukang ahli Black Devils mengemas markas mereka. "Korang kemas sekarang sebelum aku tembak korang !" Mengekek Megat tengok anak buah Ezril mengemas markas tersebut.
"Relax lah, cer chill sikit." Tegur seorang jejaka yang baru keluar dari bilik beradunya. "Chill hotak kau, markas ni dah mewah aku bagi, korang sepahkan. Memang nak kena. Kau lak baru nak bangun, aku call dari tadi tak reti angkat. lebih baik kau buang phone kau dalam jamban." Hamun Ezril. Mengangguk jelah mamat tu.
Itulah sahabat Ezril dan Megat, Danial. Manusia yang paling malas dalam dunia. Hanya muncul bila kumpulan betul betul dah nazak. Seorang penembak jarak jauh.
"Alah, aku penat lah." Kata Danial.
"Penat hatuk kau. Malam ni ada kerja sikit. Kau ikut. Takde alasan." Muka toya yang diberikan Danial. "Padan muka kau." Kusyen kecil dibaling Danial ke muka Megat. Megat mentertawakan Danial.
****
"Adoiii, mana lak diorang ni. Diorang nak serang dari mana. Dari langit ke." Bebelan Danial yang didengari di alat komunikasi yang terpasang di telinga setiap ahli kumpulan membuatkan mereka nak ketawa. Alat tersebut bertujuan untuk berhubung. "Kau diam lah babi. Karang kau yang aku tembak kat sana." Megat mentertawakan Danial apabila terdengar kata Ezril. Hari ni dia join main.
"Bos diorang dah masuk."
"Masa untuk serang." Ezril pandang ahli kumpulannya. "Ready semua. Let start the game." Kata Ezril.
Semua terus amik posisi. "So nilah dia kumpulan Black Devils. Akhirnya aku akan bunuh kau, sebab kau bunuh abang aku."
"So kau adik Chen lah ni. Sian,takziah untuk abang kau. Tapi salah dia, sape suruh kacau kawasan aku."
"SERANG !" Kata Ezril mengarahkan orang dia untuk menyerang musuh dia. Hampir kesemua musuhnya tumpas. "Masa untuk kau pulak Chin. Hari tu abang mati, ni adik lak."
Ezril menyerang. Tiba-tiba, "Ril, ade musuh lain masuk. Chin bawak kumpulan Tiger bro." Ezril pandang muka Chin. "Asal, terkejut ke." Terus tumbukan padu diberi pada Chin. "Kau memang bodoh. Asal kau bergabung dengan Tiger hah. Pengecut."
"Look..... sape kat sini. Black devils musuh ku. Dah lama aku nak bunuh kau. Hahahaha." Tembakan dilepaskan pada bahu Ezril. Tembakan rambang dilepaskan. Black devil cuba berundur tapi dikepung. Tiger dan Chin gelak besar.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AçãoEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...