BAB 19

6K 206 6
                                    

"Ezril mama nak kamu bertunang dengan Suzana. Tak ada Alasan." Ezril tersentak. "Mama, bagi lah Ril masa dulu. Ni tak terus buat keputusan." Kata Ezril bagi mempertahankan katanya.

"No. Mama dah pinang Suzana. Hujung minggu ni kamu berdua bertunang. Mama akan buat majlis yang grand nanti." Ezril menggeleng kepala.

"Mama, bertunang je pon. Takyah lah grand sangat majlisnya." Datin Nadia terus membidas kata anaknya. "No. Mama nak tunjuk kat semua orang tu menantu pilihan mama. Malu tahu tak bila orang tahu perempuan tu menantu mama. Jijik tahu tak."

"Suka hati mama lah." Lebar senyuman Datin Nadia. Eryka dari jauh mendengar perbualan anak beranak tersebut semakin sakit hati. "Nek sakit nya hati ni. Kenapa Ery jatuh cinta pada dia." Luahan tersebut didengari Mak Nab. "Sabarlah. Pasti ada jalan penyelesaiannya nanti."

"Sampai bila Mak Nab. Penat Ery cuba pikat hati suami Ery Mak Nab. Tapi Suzana tu juga dia suka." Hanya gelengan sahaja yang Mak Nab mampu beri.' Sian gadis ni. Robiah,kenapa kau pilih dia. Kenapa kau suruh aku percayakan dia.' Bisik hatinya. Mak Nab merupakan kawan baik Dato Robiah.

****

"Awak, awak nak makan. Saya sediakan ya." Terkejut Eryka bila melihat suaminya balik awal hari ni. Hari ni memang Eryka tak pergi pejabat sebab Mak Nab tak sihat, so dia tak kerja bagi nak menyiapkan tugasan kerja rumah.

Sekali sekala bantu Mak Nab. "Ermm. Tolong sediakan. Aku nak naik atas jap. Nak mandi." Eryka hanya memandang Ezril meninggalkan ruang makan tersebut.

'Nasib datin takde rumah. Ikut Suzana cari barang hantaran. Boleh lah kut aku pikat hati laki aku. Hihihi.' Eryka menyiapkan hidangan tengah hari. Bubur yang siap dimasak untuk Mak Nab, dihantar ke dalam bilik Mak Nab.

"Mak Nab, makanlah bubur ni dulu ya. Ery nak hidangkan makan tengah hari untuk Ezril ya." Mak Nab angguk sahaja. 'Sejak bila Ril ni balik makan tengah hari kat rumah ni.' Bisik hati mak Nab. Ezril sudah berada di tempat duduknya.

Eryka menyeduk nasi ke atas pinggan Ezril. "Awak, nak makan lauk mana." Hari ni Eryka masak semua makanan kegemaran Ezril dan arwah Ezzarul serta Intan. Eryka amat merindui dua adik angkatnya. Eryka tahu Ezril suka makan ayam masak black paper, manakala Ezzarul suka makan ayam masak merah dan Intan Udang masak mantega.

'Wah, rajin minah ni masak. Siap lauk kegemaran aku pun dia masak.' Desisnya. Eryka melihat wajah suami dia yang senyap terus dia senduk lauk kegemaran Ezril kedalam pinggannya. "Awak, saya letak lauk ayam black paper ya. Maaf kalau tak sedap."

"Hmmm. Dah pergi sana aku nak makan." Eryka tidak tinggalkan meja makan malah duduk di sebelah Ezril. "Asal kau duduk sini. Aku suruh pergi kan." Eryka senyum dah menuang air dalam cawan milik Ezril.

"Saya nak tumpang duduk kejap je. 3 minit ya. Nanti saya blah." Kata Eryka. "Suka hati kau lah." Ezril menyuapkan makanan terus kedalam mulut dia.

Eryka hanya memerhati wajah Ezril yang leka makan makanan kegemaran dia. 'Ril, kenapa aku boleh jatuh cinta dengan kau ya. Aku tak boleh nak buang kau dari hati aku langsung. Kenapa mesti kau yang aku cintai.

Aku takut aku akan sakit lagi. Hati aku dah sakit sangat. Tolong Ril sembuhkan luka aku, bukan hancurkan hati aku lagi. Aku teringin nak kasih sayang dan disayangi. Aku dah lama tak merasa kasih sayang.'

Keluhan Eryka menyentak Ezril. 'Asal minah ni tiba-tiba mengeluh. Dia ada masalah ke.' Eryka tidak sedar Ezril memerhati dia. Ezril hanya batuk kecil sahaja.

Bunyi batukan Ezril menyentak lamunan Eryka. "Awak nak tambah nasi ke." Ezril angguk. 'Sedap wei dia masak.' Bisik hati Ezril. Nasi disenduk lagi untuk Ezril. "Dah cukup." Ezril sambung makan.

"Kau ada masalah ke. Aku dengar kau mengeluh tadi." Tanya Ezril. 'Apa kau buat ni Ezril. Tiba-tiba tanya minah ni.' Bisik hati kecilnya Eryka tersenyum. Seronok apabila sang suami bertanya bagaikan perihatin pada dirinya.

"Tak ada pape." Ezril tak puas hati dengan jawapan Eryka. "Tu bukan jawapan yang aku nak dengar." Eryka tersenyum.

"Saya cuma rindu mak angkat saya. Dulu masa saya balik dari belajar, saya ada nampak seorang mak cik ni kat tepi lorong. Masa tu saya tengah bagi orang gelandangan kat sana makanan . Lepas tu saya nampak makcik tu. Dia baru dibuang oleh anak dia. Masa tu saya tak pikir apa-apa, saya tanya mak cik tu.

Mak cik ok tak. Mak cik tu dia senyum. Then saya cakap, nangis lah mak cik. Saya nampak apa yang anak mak cik buat tadi. Mak cik tu nangis." Ezril yang tengah makan terpana seketika. 'Asal jalan cerita ni aku macam tak pernah dengar. Ke betul cakap Megat.'

Ezril diam sahaja. "Lepas tu saya cakap, mak cik saya tak ada sesiapa. Apa kata mak cik amik saya sebagai anak makcik. Terus makcik tu setuju. Saya terus bawa dia balik kampung dia. Rupanya dia tinggal dengan anak laki dia semata-mata jadi orang gaji kat rumah anak dia.

Kejam kan. Saya jumpa mak saya kat tepi lorong yang gelap. Tak sangka Allah tunjuk seorang anak yang sanggup buang mak dia depan mata saya. Hahaha."

Ezril pelik, tiba -tiba bini dia gelak. "Asal kau gelak. Aku rasa tak kelakar pon citer kau."

'Apa masalah kau Ril, boleh lemah tiba-tiba ni. Ada sesuatu yang aku tak tahu dekat perempuan ni. Perempuan ni misteri betul.' Bisik hati kecilnya.

'Saya gelakkan manusia yang sombong dan bongkak tu. Sanggup buang orang yang bela kita, bagi kasih sayang pada kita dan akhirnya dilayan macam sampah. Kalau jadi kat saya, saya akan buat diorang menderita."

Ezril tersentak dengar kata bini dia. 'Siapa dia. Kenapa aku rasa macam ada aura gelap keliling dia. Kenapa aku rasa dia ni macam sembunyikan diri sebenar dia. Sape dia ni.'

Eryka tersedar apa yang dia cakap hampir membuat Ezril pelik dengan dia. "Awak dah makan. Mari saya kemas. Maaf saya terbanyak cerita kat awak. Maaf juga tak tepati janji. Tadi saya janji 3 minit je saya teman awak makan. Rupanya dah dekat 20 minit saya teman awak makan."

Baru Ezril sedar, yang bini dia dari tadi tak blah. Malah dia lagi suka bini dia teman dia makan. 'Aku dah jatuh cinta ke dengan bini aku. Betul ke? How?' Tu lah yang di minda Ezril.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now