BAB 40

6.5K 183 2
                                    

"Asal dengan bini kau Ril." Kata-kata Kimi menyentak Ezril. "Bro, apa kau dah buat bro. Aku dengar bini kau jerit nak bunuh orang bro." Megat bertanya. Manakala Danial mendiamkan diri. Dia tahu apa yang sedang berlaku. Mia pernah menceritaka padanya mengenai Eryka.

Wajah Ezril yang menunduk diperhati dengan tajam. "Woi aku tanya ni." Kata Megat. Danial hanya mendiamkan diri. Mereka yang duduk disofa di ruang tamu hanya memerhati tingkah laku Ezril yang sedang membuka sesuatu di televisyennya.

"Ak..aku... aku" Tergagap Ezril menjawab. "Aku apa Ril!" Danial menegur Ezril yang tergagap dari tadi. Ezril mempamerkan video yang dia dapat semalam. Lalu di buka video tersebut. Megat,Danial dan Kimi terkejut melihatnya.

"Apa semua ni Ril." Tanya Megat dengan dingin. Dia tidak sanggup lihat video tersebut. "Aku... aku tak sengaja" Ezril tergagap. "Kau tak sengaja rogol bini kau pulak hah!" kata Kimi.

Ezril menundukkan kepalanya. "Jadi lebam kat badan dia tu semua kau pukul kan!" kata Kimi dengan bengangnya. "Aku tahu aku salah. Aku tak sangka dia akan jadi macam ni." Kata Ezril.

"Bodoh! Dari video ni dah tahu ia di edit bodoh!" Amuk Danial. "Aku tahu aku salah. Aku tengah marah masa tu. Tetiba dapat video ni, aku jadi hilang kawalan." Kata Ezril. Sahabatnya semua gelengkan kepala. "Asal kau tak tunjuk dulu kat aku. Aku boleh pastikan ia betul atau salah lah babi. Kau ni nak je aku bunuh kau." Kata Megat.

"Sebab video ni, aku rampas sesuatu yang berharga dekat Eryka. Aku rampasnya. Aku tahu aku tak sepatutnya cakap. Tapi, aku.. aku salah. Aku bodoh! Aku serabut, arghh." Luahan Ezril menyebabkan semua sahabatnya mengeluh.

Mia yang turun nak amik air terdengar semuanya. "Jadi sebab tu Eryka menjadi ERE. Disebabkan tu. Ezril kau bodoh. Kalau aku takde tadi, aku yakin Eryka akan buat sesuatu yang di luar kawalan dia tadi. Kata Mia untuk pendengarannya sahaja.

****

Eryka mengambil angin pagi bagi menenangkan dirinya. "Siapa yang nak musnahkan aku lagi. Kenapa diorang hantar video tu. Aku tak nak cari korang sebab aku malas, tapi sekarang korang akan tahu akibatnya." Eryka meluahkannya dengan penuh amarah.

"Ery, kau ok." Mia menghampiri Eryka. Eryka hanya memandang kehadapan sahaja. Lebih baik melihat suasana pagi. "Diorang nak apa lagi dengan aku hah! Macam mana video tu boleh sampai dekat Ezril."

Eryka semakin di amuk kemarahan. "Aku tak tahu." Kata Mia. Telefon Eryka berbunyi minta diangkat.

Eryka melihat nama si pemanggil. Panggilan diangkat. "Kau nak apa call aku." Kata Eryka.

"Ry, perempuan tu ada kat sini." Kata Ali. Eryka mendengus geram. "Aku dah agak. Dia nak apa lagi dengan aku hah!" Kata Eryka.

"Ry, ada apa-apa nak kitorang buat." Kata Ali. "Perhatikan perempuan tu." Kata Eryka. Panggilan telefon dimatikan. Wajah Eryka ditatap Mia. "Beb, kenapa." Tanya Mia.

Mia hanya mendiamkan diri. Pertanyaannya dipandang sepi oleh Eryka. Dia yakin wanita itu tengah diamuk api dendam sekarang.

****

Sudah seminggu kejadian yang membuatkan Eryka tidak lagi menegur suaminya. Eryka masih berdingin dengan Ezril. "Baby I dah balik." Tubuh badan Ezril dipeluk depan mata Eryka sendiri. Ezril terkejut bila disapa begitu dari kekasih hatinya. Wajah Eryka diperhatinya. Riak dingin dari wajah Eryka dipamerkan.

"Mama. How travel. Best." Datin Nadia mengangguk. "You, macam-macam I shopping dengan mama tau." Kata Suzana sambil menceritakan semua pengalaman semasa dia bercuti.

Selesai Eryka menyiapkan apa yang patutnya, dia meninggalkan mereka semua di ruang tamu begitu sahaja. Dengan penuh api kemarahan, dia hanya melangkah tanpa menoleh kebelakang. 'Sakitnya. Sampai bila aku boleh bertahan.' Kata hati kecilnya. Datin Nadia tersenyum sinis melihat pemergian Eryka. 'Padan muka.' Bisik hati tuanya.

****

Vila mewah yang dipenuhi gelak tawa membuat seisi rumah terasa ceria dan bahagia. Bila anak-anak, menantu mereka dan cucu-cucunya datang bertandang dirumahnya membuatkan rindu mereka terubat.

Memang meriah rumahnya. Tersenyum pasangan suami isteri yang berusia melihat anak-anak, menantu dan cucu-cucu meraka bergelak ketawa. Kini mereka semua berada di Vila Kasih. Vila ini merupakan vila tempat semua keluarga berkumpul dan beristirahat.

"Maisara, lihat lah. Bahagianya mereka semua." Puan Sri Maisara memandang wajah sahabatnya. Ya Suraya. Mereka semua bahagia dengan keluarga mereka. Datin Suraya tersenyum. Dato Firdaus dan Tan Sri Effendi tersenyum mendengar bualan isteri mereka.

"Mai,rasanya Ery dah kahwin lom." Datin Suraya menanyakan soalan yang mengejutkan mereka semua. Hati ibu mana tak sedih. Sampai kini, tiada satu maklumat mengenai anaknya. "Sudah lah kenangkan Ery tu Suraya. Abang tak nak kamu ingat dia." Dato Firdaus bersuara.

"Bang, tak rasa pelik ke pasal video tu." Kata Datin Suraya. "Apa yang peliknya." Tan Sri Effendi menanya isteri sahabatnya kembali. "Bang kalau kita salah membuat keputusan,bagaimana?" Dato Firdaus dan Tan Sri Effendi memandang isteri mereka.

"Tak keputusan kita betul. Tu memang dia. Dah jangan fikir pasal perempuan tu, Faham." Dato Firdaus bersuara. Tan Sri Effendi mengiakan kata sahabatnya. Mereka diam sahaja. Si Isteri masih memikirkan pasal anak mereka.

****

"Sayang main kat sana ya." Adrian menyuruh anaknya bermain bersama sepupunya. "Angah,alang,acik,adik dan Ezzad ikut along kesana jap." Adik-beradik tersebut bangun meninggalkan pasangan mereka dan anak mereka. Tempat yang Adrian tuju ditujui mereka.

"Yo, kau nak apa." Aaron a.k.a angah bertanya. "Kau nak cakap apa." Sahut si kembar. Ar-Rayyan a.k.a alang dan Arian a.k.a acik. "Cepat lah along." Erlyana a.k.a adik Haah along. "Buat suspen je." Ezzad si bongsu. Erlyana dan Ezzad adik susuan mereka berempat. "Along ada cuba cari Ery. Tapi tak jumpa."

Mereka semua memandang Adrian mintak kepastian. "Ya. Along cari Ery. Dah 6 tahun kita buang dia kan. Along rasa bersalah. Ni kita berenam je tahu tau. Jangan cerita kat sesiapa. Termasuk pasangan korang." Mereka mengangguk.

"Apa yang along dapat dari hasil pencarian." Aaron bertanya. Adrian geleng kepala sahaja. "Apa yang aku dapat, Ery ke luar negara dan jejak dia terus hilang sampai situ. Ke negara mana aku tak tahu. Spy persendirian langsung tak dapat detect dia." Mereka semua mengeluh.

****

Sepasang mata helang memerhati keluarga bahagia tersebut. Dalam hati penuh dengan perasaan marah. Terasa menyesal sebab tidak sempat menyelamatkan kekasih hatinya.

"Dragon, lebih baik kita pergi sekarang." Kata orang suruhannya. Dragon masih memerhati keluarga bahagia tersebut.

"Bro kita gerak sekarang." Kata rakannya. Dragon menoleh kearah rakannya. "Aku lambat nak jumpa Sunshine. Kalau aku cepat, pasti sekarang ni dia dengan aku." Dragon memerhati kembali pandangan kepada keluarga bahagia tersebut.

"Aku yakin adik kau tengah cari kau jugak. Kita usaha cari adik kau. Aku yakin dia mesti rindu sangat dengan kau." Kata rakannya. "Aku akan pastikan aku jumpa dia Imran. Itu adik aku." Kata Dragon. Imran hanya menganggukkan kepala.

"Zaf, kita gerak lu. Nanti kita cari cara lain nak cari adik kau." Zafran menganggukan kepala. Mereka meninggalkan perkarangan rumah tersebut.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now