"Mana maklumat perempuan tu , aku nak tengok." Megat terus menghampiri Ezril yang berada di tempat duduknya. Megat merupakan orang kanan Ezril dan sahabat Ezril. Pejabat mewah ini lah yang kurang orang suruhannya masuk, why? sebab masuk je mesti kena amuk.
Dokumen tersebut diserahkan kepada Ezril. Maklumat apa, nak tahu tak. Tulah maklumat bakal bini yang nenek dia nak jodohkan.
NAMA: ERYKA SANDRA BINTI FIRDAUS ARASH
UMUR: 25 TAHUN
PENDIDIKAN: SPM
TINGGAL: DI KAMPUNG.
PEKERJAAN: TEA LADY DI PEJABAT
STATUS: SOLO
KELUARGA : TIADA DALAM DATA
"Ni je maklumat dia. Boleh tahan muka dia. But miskin. Orang kampung, apa yang menarik kat mata nenek aku pun aku tak tahu." Kata Ezril dengan bongkaknya.
"Ni je maklumat yang aku dapat bro. Lagi satu, dia ni tinggal dengan keluarga angkat sebenarnya. Mak Jah tu cuma mak angkat dia. Apa yang aku dapat, dia tu takde keluarga. Sebab orang kampung kata mak angkat dia tu jumpa that girl tu kat lorong-lorong. Tu apa yang aku dengar lah bro." Terang Megat.
'Perempuan lorong. Serius lah, aihhh nenek aku ni. Main rembat je ke jodoh aku ni.' Ezril mengangguk sahaja. Dia memberi isyarat untuk kawan meninggalkan pejabat dia. "Baik, aku akan ikut cakap nenek. Then tahu lah apa aku nak buat lepas tu."
****
"Baiklah nek Ezril terima dia jadi isteri Ezril." Nenek menunjukkan wajah kelegaan. "Tapi Ril tak nak buat resepsi, sandingan semua tu. Nikah je. Boleh nek." Dato Robiah terdiam seketika. "Baiklah, nenek setuju asalkan kamu kahwin dengan pilihan nenek."
'Bagus , lepas ni tiba giliran kau Eryka.' Bisik hati kecilnya. Senyuman sinis terlakar di wajahnya.
"Semua urusan nikah nenek uruskan. Kamu hanya perlu tampilkan diri masa nikah. Faham." Ezril mengiyakan kata neneknya. Ezril memandang muka mamanya yang masam. Dato Robiah terus menuju kebiliknya dan Ezril menuju ke mamanya. "Mama relax, tahu lah Ril nak buat apa."
"Pastikan kamu tetap kahwin dengan girlfriend kamu tu. Dia tu lagi layak daripada perempuan lorong ni. Ingat kata mama." Kata Datin Nadia.
"Ok mama. Tahu lah Ril." Datin Nadia mengangguk dan bangun menuju kebilik. 'Time to party.' Ezril mencapai telefonnya, dia mendail nombor seseorang untuk berparti. "Bro tempat biasa. Aku tengah stress ni." Pemanggil yang menyahut hanya mampu gelak "Ok lah."
****
Eryka terus pulang ke kampung. Why? Sebab sabtu ni hari nikahnya. "Mak, oooo mak." Mak Jah terus mencekak pinggang "Takde salam ke anak oii." Alamak lupa lak. "Assalamualaikum mak" Mak Jah tersenyum dengan telatah anak angkatnya. Salam tetap dijawabnya.
Tangan tua tersebut disalam Eryka. "Pergilah masuk rumah. Rehatkan badan tu. Mak tahu kamu penat." Bilik beradunya dituju. Wow, bilik sape ni. Eh bilik aku lah. Bapak cantik hiasannya.
Well esok kan nak nikah so kene lah biliki tidur pun cantik. "Mak upah sape untuk hias bilik ni." Mak Jah hanya menggelengkan kepala. 'Aihh mak aku ni geleng-geleng kepala pahal.'
"Bukan mak yang upah, tapi Dato Robiah upah hiasan ni semua termasuk pelamin nikah kamu dengan catering sekali." Eryka hanya anggukan kepala mendengar kata Mak Jah.
"Dah pergi kedepan tu. Pakai inai semuanya. Esok kamu nak nikah." Eryka menurut kata ibu angkatnya.
"Hai kak, akak ke yang nak saya inaikan tu." Tegur seorang gadis muda yang akan menginaikan Eryka nanti. "Ya, kamu nampak muda lah." Gadis tersebut gelak. Tawanya membuatkan Eryka tersenyum manis.
"Saya baru 21 tahun kak, tapi jangan risau saya sudah selalu menginaikan tangan orang. Akak jangan risau, saya akan buat akak nampak cantik." Eryka tersenyum manis.
"Siapa nama kamu." Tanya Eryka. "Saya Nora. Nama akak?" Eryka tersenyum.
"Panggil akak, Kak Sandra."
Nora tersenyum manis. "Intan." Panggil Eryka perlahan.
"Apa kak." Sahut Nora bila terdengar ada nama yang diseru si Eryka. Eryka tergamam. "Maaf, akak teringatkan seseorang. Dia macam kamu, suka senyum. Dia ada lesung pipit macam kamu." Terang Eryka.
"Ohh, mesti dia amat penting dalam hidup akak kan." Kata Nora. Eryka anggukan kepalanya.
"Dia memang sangat penting dalam hidup akak." Eryka berkata sayu.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...