BAB 44

6K 179 11
                                    

Tangisan si wanita memenuhi ruangan rumah mewah tersebut. Si dia hanya menerima herdikan dari tadi. Air matanya tiada makna pada si pengherdik. Tubuhnya semakin lemah menerima tamparan dari suaminya.

"Awak saya tak buat. Saya tak tolak dia pun." Ezril menghampiri Eryka dengan wajah bengis. Suzana di tepi tangga meneruskan lakonannya yang kononnya dia di tolak oleh Eryka. "Sayang, dia tolak I. Dia kata I rampas you. Kalau camni kita putus lah. I tak sangup disakiti dengan dia." Suzana menangis di bahu Datin Nadia.

"Kau memang nak kena kan. Aku dah cakap, jangan apa-apakan tunang aku." Ezril menampar Eryka. Eryka terduduk. "Saya tak tolak pun. Sumpah." Ezril tarik rambut Eryka. "Jangan nak main sumpah dengan aku lah pompuan. Kau dengar sini. Aku akan kahwin dengan dia. Kau hanya akan dibiarkan tali tak bergantung. Aku nak kau menderita. Kau Faham."

Badan Eryka ditolak. Lalu badan Eryka terhentak pada tangga. "Auchhh. Sakitnya." Jeritan Eryka menyetak Ezril. 'Darah.' Bisik Ezril. "Aw....awak tolong saya. Sakit... aw..awak tolong selamat kan anak kita." Datin Nadia yang dengar terus terkejut, manakala Ezril tergamam.

"Anak!! Kau jangan berani kata tu cucu aku. Entah dengan sape kau buat. Tup-tup kau kata tu anak Ezril." Datin Nadia memijak perut Eryka. "Gi mampus kau. Ril, Suzana biarkan dia. Jom kita keluar sekarang. Biar dia mati kat sini dengan anak haram dia." Datin Nadia menarik tangan Ezril dan Suzana keluar dari banglo tersebut.

Ezril yang tergamam dari tadi hanya mengikut langkah Datin Nadia. Sesekali dia menoleh kebelakang melihat isterinya. Rintihan sang isteri dibiarkan begitu sahaja.

"Aw..awak tolong. Tolong saya. Sa...kit." Rayuan Eryka dipandang sahaja. Mereka meninggalkan Eryka bergitu sahaja.

"Mak Nab!!" Jeritan Eryka tak disambut. "Ya Allah selamatkan anak aku." Baru Eryka sedar Mak Nab keluar. Eryka mengagahkan diri untuk bangun. "YA Allah kuatkan lah hambamu ini." Kunci Kereta dicapainya. Eryka memasuki keretanya. Telefon dicapai. "Kau keluar dari rumah sekarang." Juliana yang mendengar lintang pukang dengar arahan Eryka.

Eryka memandu sehingga di rumah Juliana. Ya hari ini hari cuti. Jadi Juliana ada di rumah. Juliana yang sudah menunggu ketibaan Eryka terus membantu Eryka.

"Ya Allah, Eryka! Apa yang berlaku ni." Tubuh Eryka dibawa keluar dan dipindahkan pada seat penumpang sebelah. Dalam keadaan yang menyakitkan Eryka gagah bergerak ke seat penumpang tersebut.

Selesai semunya, Juliana terus memandu kereta Eryka dengan lajunya. Panggilan telefon sempat dibuat Juliana. "Pastikan tiada siapa tahu Eryka kemana." Sampai di hospital. Eryka diletakkan di wad kecemasan. Juliana terus menghubungi Mia.

****

"Keluarga Puan Eryka." Juliana dan Mia bangun dari tempat duduk menunggu. "Kami sahabatnya. Bagaimana keadaan Eryka." Doktor tersebut memandang mereka berdua.

"Suaminya tiada ke." Juliana menayang muka tidak puas hati. "Suami dia tengah dating dengan bakal bini baru, bagi tahu kami sahaja. Dan saya Doktor Mia. Doktor peribadi Puan Eryka." Sahut Mia.

Doktor tersebut terkejut mendengar luahan Mia. "Keadaan Puan Eryka stabil. Tapi, kami mintak maaf. Kandungan Puan Eryka tidak dapat di selamatkan. Puan Eryka kehilangan banyak darah menyebabkan dia keguguran. Kami harap kamu semua bertabah." Juliana sudah menangis di bahu Mia. "Mia, aku tak kuat nak cakap dengan Ery. Sian dia, Mia." Mia turut menangis.

"Terima kasih doktor. Takpe nanti saya cakap dengan Eryka sendiri. Tolong pindahkan Eryka ke wad VVIP. Satu lagi, Saya mintak kebenaran biar saya rawat dia." Boleh doktor.

Doktor tersebut mengangguk kepala. "Nanti saya arahkan nurse pindahkan Puan Eryka ke Wad VVIP. Tapi saya kena ade bersama Doktor Mia untuk merawat Puan Eryka."

"Baiklah. Saya setuju." Doktor lelaki tersebut meninggalkan mereka berdua. Juliana terus menangis. "Sudah lah, kita kena kuat. Kalau tak Eryka akan lemah." Juliana terus berhenti menangis.

****

"Listen Mia, kau kene tabah. Aku yakin kau boleh tabah. Ingat Mia kau sekarang kekuatan Eryka." Danial memberi kata semangat dekat Mia. Panggilan telefon dimatikan.

"Ezril, apa yang kau buat. Kau memang cari mautkan." Kata Danial dengan penuh kemarahan. Mia telah menceritakan dari A to Z keadaan Eryka. Kini dia rasa malas mahu berdepan dengan kawannya sendiri. Danial meninggalkan rumah tersebut.

'Bro aku kena outstation. Sory aku tak dapat join kau.' Danial meninggalakan pesanan melalui whatsaap kepada kawannya Ezril yang dia tidak akan join majlis tersebut. Danial cukup kecewa dengan sahabatnya. Danial terus meninggalkan rumahnya.

WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAMWhere stories live. Discover now