Seorang anak muda menangis di tanah perkuburan. "Mama,papa kenapa tinggalkan Zaf. Kenapa... hiks...hiks...hiks." Tanggis Zafran. Tubuhnya diusap lembut oleh seorang lelaki.
"Sudahlah Zafran, kita balik dulu. Tak baik menangis begitu, kita redha pemergian mereka ya. Kalau kamu meratapi begini, nanti roh papa dengan mama kamu tak tenang." Kata lelaki tersebut.
"Pak cik Bob, kenapa mama dengan papa tinggalkan Zaf. Kenapa." Tanggis nya lagi. Bob hanya mendiamkan diri. "Kita balik dulu ya." Kata Bob. Zafran anggukan kepalanya. Tanah perkuburan ditinggalkkanya. Terasa baru semalam mereka berjumpa.
****
Telefon yang berbunyi membingitkan sisi rumah. Zafran menuju ke telefon rumah tersebut. "Hello." Sahut Zafran. "Assalamualaikum, boleh saya tahu ini keluarga Encik Fakrul dan Puan Dania." Tanya si pemanggil.
"Ya saya, saya anak lelaki mereka. Kenapa ya cik." Tanya Zafran. "Maaf menganggu, saya dari pihak hospital ingin memaklumkan bahawa ibu dan ayah Encik telah meninggal dunia semasa dalam perjalan ke hospital.
Kedua-dua mereka telah terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa jam yang lepas. Saya ingin memaklumkan bahawa jenazah mereka sudah ada di sini." Kata si pemanggil wanita tersebut.
Pegangan telefon terlepas dari tangannya. Nek Ton yang baru tiba terkejut dengan tindakan Zafran. Telefon yang terlepas dari tangan anak muda itu diambilnya. Dia sahutnya panggilan tersebut. "Ya Allah." Itu sahaja yang mampu terungkap dari mulutnya.
****
"Korang dapat tak maklumat yang aku nak." Tanya seorang lelaki muda pada penyiasatnya. "Apa yang kami dapat tahu, sebelum kemalangan berlaku keluarga Tuan ada berjumpa dengan Dato Ezzudin. Selepas itu, mereka ada sedikit pertelingkahan.
Apa yang menjadi punca pertelingkahan saya tidak pasti. Lepas itu keluarga Tuan terus balik. Semasa perjalanan balik mereka terlibat dalam kemalangan. Semasa kemalangan, Dato Ezzudin ada di tempat kejadian." Terang penyiasat tersebut.
"Thank untuk maklumat tu. Ini baki duit kerja kau. Kau boleh keluar sekarang." Kata lelaki muda tersebut. Penyiasat itu terus berlalu meninggalkan bilik itu. Sudah setahun pemergian keluarga angkatnya.
"Zaf, kau ok." Zafran menoleh kepada si penegur. "Aku akan pastikan diorang musnah Imran. Aku akan pastikan diorang melutut di kaki aku." Kata Zafran. Imran hanya tersenyum sinis.
Setelah pemergian keluarga angkatnya, satu persatu rahsia keluarga itu terbongkar. Salah satunya, Encik Fakrul rupanya seorang mafia yang sudah bersara. Tetapi kumpulannya masih aktif. Kini Zafran yang mengambil ahli kumpulan tersebut pada usia muda disebakan ketangkasan Zafran.
Pada masa yang sama, dia turut menguruskan syarikat keluarga angkatnya pada usia yang sangat muda. Imran yang sudah dekat 5 tahun berkawan dengan Zafran sudah masak dengan perangai sahabatnya. Kini dia akan melihat sendiri lelaki ini beraksi menjatuhkan musuh mereka.
****
"Bro kau dah ready belum. Mengelamun pulak kau." Lamunan Zafran pergi begitu sahaja sebaik sahaja Imran menegurnya. "Bising lah kau ni. Jap lah, dah nak siap ni." Tuxedo di katil di ambilnya.
"Jom kita gerak sekarang. Aku tak sabar ni." Kata Zafran. Imran tersenyum sinis. "Lets play the game." Kata Imran.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
AcţiuneEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...