"Bro maklumat dia tetap sama. Aku dah arahkan orang follow bini kau pon sama apa yang kita tahu." Megat mengemukakan apa yang dia dapat. Ezril memandang maklumat yang diberi oleh Megat.
"Kau Danial kenapa dari tadi diam." Ezril memandang Danial. "Aku sebenarnya dah hampir pecah masuk suatu maklumat tadi. Tapi tiba-tiba ada orang godam laptop aku dan hapuskan maklumat tersebut." Megat dan Ezril terkejut.
"Aku rasa ada orang cuba melindungi maklumat Eryka Sandra. Maklumat yang tak ada sesiapa boleh lihat. Orang yang lakukan ni lagi bagus dari kita." Kata Danial lagi.
Megat bersuara. "Maksud kau, maklumat sentiasa di ubah lah ni." Danial mengangguk. "But how. Camne boleh berlaku." Danial angkat bahu. "Masa laptop aku kena godam, ada satu lambang keluar. Tu aku diam dari tadi." Kata Danial lagi.
"Apa maksud kau." Tanya Ezril. "Ada lambang Shadow Evil tetiba muncul. Aku rasa macam diorang pun nak maklumat bini kau." Ezril mengerutkan dahinya. 'Apa yang cuba kau sembunyikan dari aku Eryka.' Bisik hati kecilnya.
Berlegar-legar persoalan di minda mereka. "Dan satu lagi, pasal kemalangan nenek kau. Orang yang membunuh nenek kau melalui kemalangam yang disengajakan tu, diorang dah mati. Apa yang aku tahu, kematian diorang macam disengajakan. Bukan sebab pergaduhan kongsi gelap. Aku rasa ada orang cuba nak dapatkan maklumat. Boleh dikatakan tubuh badan mereka semua penuh dengan torehan pisau dan kesan pukulan."
Ya tu lagi satu misteri. Semak dah kepala diorang.
****
"Eh perempuan, kau sini. Aku nak cakap sikit. Jap lagi majlis pertunangan Suzana dengan Ezril, aku tak nak kau bersuara pon. Kau jangan berani kata kau didera or whatever lah. Ingat biar aku je yang bersuara. Kalau ada orang tanya, jangan jawab yang bukan-bukan. Faham!" Eryka mengangguk sahaja.
Kini pertunangan suaminya dilangsungkan depan mata dia sendiri. Ramai tetamu hadir bagi memeriahkan majlis. Semua orang tahu Suzana hidup sebatang kara, tapi kaya-raya. Tu yang dipandang masyarakat yang berduit. Kemewahan yang dipandang bukan peribadi seseorang.
Tetamu kebanyakkan orang kenamaan. Eryka bangun dari tempat duduknya dan berlalu meninggalkan dewan. "Maaf puan, boleh saya tanya puan isteri pertama Ezril kan."
Sapaan seseorang menyentak Eryka yang leka menghadap phonennya. Eryka menoleh kepada empunya soalan tadi dan mengangguk. "Maaf kalau nak tanya pape, saya takde masa nak jawab." Eryka cuba meninggalkan orang yang menanyakan pasal dirinya.
"Eryka Sandra. Pemiliki syarikat ES DIAMOND HOLDING. Billionier senyap." Eryka terus memandang pasanggan suami isteri tersebut. "Who Are You!? Jangan sebut lagi pasal diri aku. Kalau tak, tahu lah nasib kau." Pucat lesi wajah mereka apabila ditegur begitu. Tapi mereka tetap gagah kan diri untuk bersuara.
"I Dato Fuad dan ni wife I Datin Faridah. You masih ingat I." Eryka tersentak. "Ya, I masih ingat kamu berdua. Pasangan suami isteri yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Italy 3 tahun yang lalu."
Eryka terkenang kembali semasa dia menyelamatkan pasangan suami isteri semasa dia ada urusan busnies di Itali. "Ya kami lah tu." Eryka anggukkan kepala.
"Apa yang you all nak." Datin Faridah memeluk Eryka. Eryka terpana. "Kami nak ucapkan terima kasih sebab pernah selamatkan kami dulu." Eryka membalas pelukan tersebut. "Welcome, but kalau orang lain di tempat I pasti mereka akan bantu juga." Eryka meleraikan pelukan tersebut.
"Boleh kami tahu, mereka tak tahu pasal kamu ke." Eryka tersenyum sinis. Siapa tak kenal Eryka. 'Siapa tak kenal Ahli koprat yang akan tumpaskan musuhnya yang cuba rampas hak aku. Tapi sekarang, mesti diorang pelik, aku macam tak kisah hak aku dirampas macam tu je.' Bisik hati Eryka.
Kebanyakan orang tidak pernah melihat wajah ES. Tapi mereka berjaya melihat wajah ES. Tu pun secara tak sengaja. Sesiapa yang melihat wajah ES, akan ada dua pilihan yang ES akan buat. First tunaikan permintaan. Kalau logik permintaan dia. Second bunuh orang yang melihat wajah ES.
"Mereka tak tahu pasal I langsung. I merayu kat kamu semua diam kan. Tu sahaja permintaan I." Diorang angguk dan meninggalkan Eryka sendirian. "Danial aku tahu kau kat situ. Lebih baik kau tampilkan diri kau sebelum aku bunuh kau kat sini jugak." Danial tampil dengan riak terkejut.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...