"HAHAHAHAHAHAHA!!! SUZANA BINTI DATO MALIK. AKHIRNYA BERSUARA JUGAK KAU YA." Suzana terkejut bila nama penuhnya diseru. "Ke..na..pa kau gelak." Eryka menghampiri Suzana.
Tubuh Suzana ditarik dari tempatnya. Diheret tubuh seksi itu ke arah Ali. Di tolak tubuh itu. "Ali ikat perempuan ni." Suzana meronta. "Lepaskan aku!! Kau kata kau akan tunaikan permintaan aku. Lepaskan lah Sial!!!"
"Tak boleh lah dear. Ok asal kau nak bunuh diorang cer citer sikit." Eryka duduk dikerusi yang disediakan oleh anak buahnya. Eryka berhadapan dengan Suzana. Ezril dan Datin Nadia kecewa dengan jawapan Suzana.
"Aku nak kau bunuh diorang, sebab keluarga dioranglah keluarga aku musnah. Bapak laki ni bunuh bapak aku, mama aku pun mati sebab diorang sekeluarga! Aku nak kau bunuh diorang!" Eryka tergelak besar.
"Semua permintaan diorang aku tunaikan, tapi permintaan kau tidak. Kalau kau nak tahu, kau akan jadi mangsa aku malam ni. HAHAHAHAHAHAHAH!" Gelak tawa Eryka membuat semua orang senyap. Orang suruhan Eryka lagi lah. Dia dah nampak dah sisi gelap Eryka.
"Kau nak tengok rupa aku tak, 1,2, and 3. Tada." Topeng muka dibuka. "ERYKA !" Mereka semua terkejut melihat wajah di sebalik topeng tersbut.
Suzana dah terdiam seribu bahasa. "Kau Zafran. Aku akan tunaikan permintaan kau. All of you nak tengok body I tak." Semua orang suruhan Eryka memusingkan kepala mereka. Ali dan Haziq mengekek ketawa melihat gelagat ahli mereka.
"Baby I nak tengok body aummm you tu." Bersuara sudah manusia ni lagi. Rasyid, Lee dan James tersenyum gatal. "Korang ni kalau kena tembak dengan aku sia-sia je. Kau jangan tutup mata. Kau tutup, orang kau aku bunuh." Zafran angguk kepala.
Eryka membuka jaket kulit hitamnya. Hanya tinggal pakaian yang separuh menutupi badanya. Bahagian belakang badan Eryka dipusingkan. Zafran terkejut melihat parut di belakang Eryka. "Mustahil kau.. mustahil kau Sunshine. My sister." Eryka senyum je. Dia memakai kembali jaket hitamnya.
"Miss me gege." Zafran terkedu. 'Akhirnya aku jumpa adik aku.' Desis Zafran. Eryka kembali kepada misi asalnya. "Kau perempuan nak dengar citer tak. Cam mana bapak kau, mak kau dan abang kesayangan kau mati. Nak dengar tak. Mummy nak cerita ni. Semua nak dengar mummy bercerita tak."
"Ofcus mummy. Kami anak-anak mu nak dengar cerita." Suara gedik Haziq disambut tawa oleh orang suruhan mereka semua. Termasuk sekali dengan Juliana, Mia dan lain-lain. "Ok mummy cerita. Pada zaman dahulu...."
****
"Mummy taknak cerita tu." Kata Ali. "Opss sory. Terbawa lak cerita kartun tu." Yang lain buat muka konon tak nak cerita tu. Tapi cerita tu bila ditayangkan, semua pergi menghadap cerita kartun tu.
"OK. Sepuluh tahun lalu, bapak dan abang kau bunuh keluarga susuan aku iaitu keluarga Zafran, abang aku. Then Diorang bunuh bapak angkat Zafran dan bunuh Dato Ezzudin. Alasan pembunuhan, sebab bapak mereka semua tak bekerjasama dengan syarikat bapak kau.
Masa tu syarikat keluarga kau di ambang muflis. Sungguh sedih keluarga kau Suzana. Hahahaha. Siapa je yang nak bekerjasama dengan kongsi gelap kan. Pada usia aku 15 tahun keluarga susuan aku dibunuh.
Aku benci sangat sampai lah aku melibatkan diri aku dalam dunia kongsi gelap. Then aku jadi Mafia pada usia 15 tahun juga, sebab aku berjaya hapuskan mafia yang terkuat.
Sejak tu aku banyak pengikut. Pada usia aku 17 tahun baru aku tahu siapa pembunuh keluarga aku. Masa tu aku rancang nak bunuh bapak kau. Tapi mood aku sangat lah baik masa tu, so aku hanya hantar dia ketali gantung. Lepas aku seksa dia lah. Hahahahah. Tapi aku tak sangka rupanya dia sempat tinggalkan pesanan pada seseorang untuk bunuh bapak angkat abang aku dan bapak Ezril
Itu satu hal, lepas tu bapak kau sempat sembunyikan kau dan abang kau. Pandai orang tua tu. Pandai-pandai pun, akhirnya anak dia jatuh juga ketangan aku. Betul tak." Muka Suzana di tampar.
"Tidak lama lepas tu, abang kau pun aku bunuh. Tapi dalam berita mengatakan abang kau mati dalam kebakaran yang berpunca dari litar pintas. Kau rasa. Hahahaha." Suzana meludah pada muka Eryka. "Kau! kenapa bunuh abang aku. Kenapa.?!!!" Eryka menampar Suzana. Perit doh, siap berdarah bibir Suzana.
"Kan aku dah cakap abang kau terlibat dalam pembunuhan keluarga aku. Tapi bapak kau sempat sembunyikan kau dan jantan bodoh tu. Walau macam manapun dia tetap jatuh dalam tangan aku.
Abang kau bunuh orang lagi, tapi orang yang dia bunuh tu adalah orang yang aku sayang. Kau nak tahu tak dia bunuh sape." Muka Suzana di cengkam kasar.
"Abang kau bunuh adik-adik angkat aku. Kau nak tahu sape adik-adik aku. Ezzarul Hans dan Intan Baiduri. Dioranglah adik-adik aku yang aku tatang bagai minyak yang penuh selama dua tahun. Tak sampai beberapa bulan diorang di Malaysia, diorang dibunuh.
Alasan dibunuh, Ezzarul dapat tahu punca kemalangan bapak diorang. Tapi dia tak sempat nak inform kat aku sebab diorang terlibat dalam kemalangan masa on the balik dari kerja. Puncanya, abang kau yang putuskan wayar break kereta adik aku. Diorang akhirnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bila aku dapat tahu, aku cari pembunuh sebenar. Rupanya abang kau. So bad, aku kirakan kau pun terlibatlah kan. Plus, abang kau jugak dalan pembunuhan Encik Fakhrul dan Dato Ezzudin. Then kau bunuh Dato Robiah dan mak angkat aku Mak Jah. Kau ingat aku tak tahu Suzana. Alasan pembunuhan, Dato Robiah jumpa kau curang di Australia dengan laki lain. Mak Jah lak kau sengaja bunuh sebab marah kan aku.
Kau yang rancangkan kemalangan diorang semua. Kau punca diorang mati. Kau puncanya. Kau patut mati Suzana. ARGHHHHHHHH!!!!!!" Eryka mencapai pistolnya. Pistol diacu pada kepala Suzana.
"Kau juga punca anak aku mati. Kalau kau tak buat fitnah anak aku tak akan mati. Kau rampas orang yang aku sayang, kau rampas orang yang aku cinta, kau juga rampas anak aku. Ohh ya baru aku ingat. Kau ingat Maya."
Suzana memandang Eryka. "Apa maksud kau. Kenapa dengan Maya. Apa kau buat dekat dia." Eryka gelak semakin besar. "Maya dah mati. Aku nak dia hidup-hidup sebab aku nak tahu kenapa dia fitnah aku. Bila orang aku nak bawak dia jumpa aku, dia lari then BAM. Dia kemalangan. MATI. DI. TEMPAT. KEJADIAN. Hahahaha ." Kata Eryka satu persatu. Suzana menangis. Dia tidak tahu bahawa kawan baik dia mati. Eryka menyampaikan kisah sahabatnya macam pemberita pulak.
"Kau mesti pelik asal aku cari dia, DIA LAH PUNCA AKU DIBUANG KELUARGA. DIA NAKKAN ADRIAN TAPI DIA ANIAYA AKU SEBAB AKU TAHU TEMBELANG DIA. DIA BUAT VIDEO LUCAH GUNA MUKA AKU DORH!!! TAPI KELUARGA AKU BODOH!!! DIORANG BODOH TAK LEH BEZAKAN, BADAN AKU ADA PARUT KUT, KAT BELAKANG NI. DIORANG TAHU YANG AKU ADA PARUT NI. DIORANG BUANG AKU MACAM SAMPAH TANPA DENGAR PENJELASAN AKU.
LEPAS TU VIDEO TU SAMPAI KAT TANGAN LAKI AKU. THEN LAKI AKU RAMPAS SESUATU DARI AKU DENGAN PAKSA. ARGHHHHHH!!!! KAU RASA AKU NAK BUAT APA MASA TU. AKU RASA NAK BUNUH SEMUA ORANG. TAPI AKU BUAT BODOH JE. HAHAHAHA." Tawa Eryka menyentak semua orang. Ya kini mereka semua menyesal.
"Lepas tu aku dapat baby, tapi kau bunuh anak aku. Kau! Kau ! Dan Kau! Korang semua bunuh anak aku." Pistol diacukan pada Datin Nadia, Ezril Dan Suzana. "Maafkan kami, kami tak tahu." Datin Nadia bersuara. "Tak tahu. Eh! Orang tua. Aku yang kau hina ni lah akhirnya kau tunduk pada kaki aku. Hahahahaha." Datin Nadia teresak menahan ketakutan dan kesedihan dengan penyataan Eryka sampaikan tadi.
"Eryka, aku mintak maaf. Aku salah, aku punca anak kita mati. Maafkan aku." Eryka gelak. Muka Ezril dicengkam kasar. "Anak kita. Eh itu anak aku lah bodoh. Kau kan kata tu anak haram kan. Disebabkan kata kau tu lah anak aku tu dia tinggalkan aku."
Tiba-tiba suara Eryka mendayu. Then dia gelak. Ya ini lah Eryka, sisi gelap dia. Takde perasaan. Lagi tepat sisi ERE yang gila. Haziq bangun untuk menghampiri Eryka.
"ERE. Sudah lah. Meh pistol tu." Eryka memandang wajah Haziq. "Kau diam, kalau tak kau yang aku bunuh. Kau tahu tak aku sakit, sakit sangat. Keluarga aku buang aku, tunang aku putuskan pertunangan dengan aku. Tup-tup dia kahwin dengan adik aku Erlyana. Then laki aku kahwin lain, anak aku mati. Kau rasa, APA YANG AKU BOLEH BUAT HAH!!!! AKU NAK NYAWA DIORANG SEMUA. ARGHHH!!!" Jeritnya.
Eryka memandang muka seorang jejaka yang sedang memeluk adiknya,Erlyna. "Airil, selama ni you memang tak pernah cintakan I kan." Airil membisu.
YOU ARE READING
WUJUDKAH SAYANG, TERHAPUSKAH DENDAM
ActionEryka Sandra seorang gadis yang dibuang daripda keluarganya hanya disebabakn sebuah fitnah. Dirinya yang periang kini berubah menjadi wanita yang penuh misteri. Hatinya sudah dipenuhi dendam dan kebencian. Ezril seorang lelaki yang cukup pakejnya...